Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
Adakah perkataan "mahasiswa-mahasiswi" gramatis? | Perkataan mahasiswa dan mahasiswi boleh merujuk kepada sorang atau ramai bergantung pada konteks ayat yang digunakan. Perkataan mahasiswa-mahasiswi adalah tidak tepat, yang betul ialah mahasiswa dan mahasiswi atau mahasiswa sahaja sudah memadai untuk merujuk pelajar yang belajar di universiti termasuklah pelajar wanita. | Tatabahasa | 06.05.2011 |
Tukar ayat bersusunan biasa di bawah ini kepada ayat songsang tanpa mengubah maksud asalnya. i. Semua pelajar berdiri apabila lagu Negaraku dinyanyikan. ii. Air teh itu perlulah ditapis dahulu sebelum diminum. iii. Siapa wanita yang memakai tudung biru itu? iv. Pengguna haruslah berhati-hati ketika memuat naik gambar ke laman sosial. v. Rumah keluarga Fahrimi telah dipecah masuk ketika mereka pulang ke kampung. | i. Apabila lagu “Negaraku” dinyanyikan semua pelajar berdiri. ii. Sebelum diminum air teh itu perlulah ditapis dahulu. iii. Wanita yang memakai tudung biru itu, siapa? iv. Ketika memuat naik gambar ke laman sosial pengguna haruslah berhati-hati. v. Telah dipecah masuk rumah keluarga Fahrimi ketika mereka pulang ke kampung. | Tatabahasa | 18.05.2016 |
Tuan, ada seorang mengatakan bahawa wujudnya bentuk "angkasawati" dalam Kamus Inggeris-Melayu Dewan, sedangkan bentuk ini tidak wujud dalam Kamus Dewan, serta Kamus Pelajar. Jadi, saya hendak bertanya, adakah kata "angkasawati" wujud? Adakah "angkawasan" bermaksud lelaki yang terbang ke angkasa, dan "angkasawati" bermaksud wanita yang terbang ke angkasa? Adakah wujudnya perbezaan jantina dalam kata "angkasawan" dan "angkasawati" kerana adanya akhiran-wan dan akhiran-wati? | Kamus Inggeris Melayu Dewan menterjemahkan perkataan space woman kepada angkasawati. Perkataan angkasawati juga ditemukan dalam data korpus. Walau bagaiamanapun, tuan juga boleh menggunakan perkataan angkasawan wanita bagi merujuk space woman kerana perkataan ini lebih banyak ditemukan dalam penulisan umum. | Tatabahasa | 14.03.2015 |
1. Wanita itu menangis (teresak-esak / tersedu-sedu) kerana kehilangan suaminya yang tersayang. 2. (Banyak kanak-kanak) kelihatan (letih lesu) dalam bulan Ramadan. Bahagian manakah dalam ayat ini salah? Atau tiada kesalahan. 3. Golongan remaja perempuan perlu berwaspada agar (tidak diperdaya) oleh lelaki hidung belang. ATAU Golongan remaja perempuan perlu berwaspada agar (tidak mudah terperdaya) oleh lelaki hidung belang. 4. Ibu (memasakkan) sambal udang untuk abang yang baru pulang dari asrama. 5. Berikut (adalah) peserta yang berjaya ke peringkat akhir. 6. Sangat sukar sekali untuk kami membuat keputusan itu. 7. Mereka berjalan cepat-cepat ke sekolah kerana hujan renyai-renyai mulai turun. 8. Ken Yee (diam) di rumah banglo yang terletak di hujung kampung itu. 9. Para pelajar disuruh duduk (diam) semasa ketiadaan guru. 10. (Sementara) itu kapal belajar juga, makin lama makin laju. 11. Kami (menemukan) beg pelajar itu di belakang bangunan itu. | 1. Wanita itu menangis teresak-esak kerana kehilangan suaminya yang tersayang. 2. Banyak kanak-kanak kelihatan letih/lesu dalam bulan Ramadan. - ayat ini betul 3. Golongan remaja perempuan perlu berwaspada agar tidak mudah terperdaya oleh lelaki hidung belang. 4. Ibu memasakkan sambal udang untuk abang yang baru pulang dari asrama. 5. Berikut ialah peserta yang berjaya ke peringkat akhir. 6. Sangat sukar sekali untuk kami membuat keputusan itu. 7. Mereka berjalan cepat-cepat ke sekolah kerana hujan renyai-renyai mulai turun. 8. Ken Yee tinggal di rumah banglo yang terletak di hujung kampung itu. 9. Para pelajar disuruh diam semasa ketiadaan guru. 10. Sementara itu kapal belayar juga, makin lama makin laju. 11. Kami menemukan beg pelajar itu di belakang bangunan itu. Untuk menyemak penggunaan perkataan yang sesuai, sila rujuk laman web kami www.prpm.dbp.gov.my dan taipkan perkataan yang hendak dicari. Untuk memastikan penggunaan kata penguat yang betul seperti dalam soalan ketujuh (7) rujuk buku Tatabahasa Dewan, halaman 259. | Tatabahasa | 24.10.2011 |
Baru-baru ini Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat telah mengeluarkan satu surat rasmi mengenai istilah OKU. dalam surat berkenaan, pihak kementerian telah memaklumkan bahawa singkatan OKU ialah Orang Kurang Upaya. BUKAN Orang Kelainan Upaya. Bagaimanapun, saya dapati masih banyak lagi media cetak/massa yang menggunakan istilah yang salah iaitu Orang Kelainan Upaya. Mohon DBP memberi teguran mengenai hal ini. Perkara ini wajar diberi perhatian kerana ia akan mengelirukan masyarakat terutamanya pelajar sekolah. | Terima kasih atas makluman tuan, dan kami juga atas perkembangan mutakhir ini. Sehubungan itu, perkara ini akan diambil tindakan sewajarnya. | Lain-lain | 24.06.2014 |
Hai minta betulkan ayat di bawah : 1) Ali telah membentuk dirinya untuk menjadi seorang yang bertanggungjawab. 2) Rasulullah memartabatkan wanita di tempat yang tinggi kerana ia mulia di sisi Allah. 3) Ani telah menguasai syarikat itu setelah ayahnya sudah meninggal. 4) Ali merupakan seorang yang tegas dalam kebersihan. 5) Menantu perempuan Eli juga mati semasa melahirkan anak. 6) Sebuah pusat latihan polis di Melaka telah membentuk pelajar untuk menjadi wira negara. 7) Tentera Rom telah menguasai salah satu daerah di Parsi setelah menumpaskan raja Hercules. 8) Kita perlulah membentuk sikap cemerlang di sekolah. 9) Allah yang menguasai segalanya. 10) Mesin itu berfungsi dengan baiknya. 11) Kanak-kanak perlu menguasai ilmu fardhu ain dari sejak kecil lagi. 12) Darah melambangkan nyawa. | Pihak DBP hanya memberikan khidmat nasihat bahasa kepada orang awam. Untuk soalan seperti di atas, sila betulkan dahulu ayat tersebut dan kemudian boleh dihantar kepada pihak DBP untuk penyemakan bagi jawapan/ayat yang betul. | Lain-lain | 13.07.2022 |
1. Adakah penggunaan kata "Saudara/i" atau "Mahasiswa/i" atau "Mahasiswa/wi" boleh digunakan untuk menunjukkan kepada kedua-dua jantina? 2. Adakah penggunaan kata "tuan" dalam surat dapat ditujukan kepada perempuan? sebagai contoh: "... sehubungan itu, pihak tuan telah dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa Hal Ehwal Wanita Islam..." | 1. Perkataan “mahasiswa” boleh digunakan untuk merujuk kepada pelajar perempuan dan lelaki kerana bermaksud pelajar di universiti. Perkataan “mahasiswi” pula hanya boleh digunakan untuk merujuk kepada pelajar perempuan. Manakala perkataan “saudara” merupakan kata ganti diri kedua yang digunakan kepada orang lelaki dan “saudari” merujuk kepada orang perempuan. 2. Dalam penulisan surat rasmi, “tuan” merujuk kepada penerima lelaki dan “puan” merujuk kepada penerima perempuan. Walau bagaimanapun, kata ganti nama "tuan" boleh digunakan sekiranya penulis surat tidak mengetahui jantina penerima surat tersebut. | Tatabahasa | 29.10.2019 |
Ada kesalahan ejaan dalam entri 'bagas' dan 'menentang' PRPM. Angin dieja 'angina'. | Menurut data kami, perkataan bagas merujuk kepada 1. (berkenaan angin) kencang, kuat: angina paksa sedang kencang ~; 2. (berkenaan badan) tegap, kuat;kebagasan keadaan tegap (dan) kuat, ketegapan: baju menunggangnya yang mirip baju wanita itu tidak dapat menyembunyikan ~ badannya. (Kamus Dewan Edisi Keempat). Perkataan menentang ialah 1 memandang tepat-tepat pada sesuatu; menatap: Lapang hatinya dapat ~ wajah anak yang dikasihinya itu. 2 melawan atau memerangi musuh dan lain-lain: Banyak perajurit yang telah terkorban dalam peperangan ~ musuh. 3 kiasan tidak menyetujui pendapat, usul dan lain-lain; tidak mematuhi peraturan, undang-undang dan sebagainya; menyanggah; membangkang: Tiada sesiapa yang berani ~ usulnya itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua). Selain itu, ejaan yang betul ialah angina dan penggunaaan istilah ini bergantung kepada bidang. | Lain-lain | 15.03.2019 |