Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Artikel ; Ensiklopedia ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Peribahasa ; Multimedia ; Jurnal ; Pengesahan Bahasa ; Kerajaan Malaysia ; Dialek ; Kamus Dewan Perdana ; Kamus Istilah Sains Kewangan ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Pantun
Pantun Sumber Tema
Rosak sukat rosak timbangan, Timbangan rosak berat tak betul; Rosak adat rosak pegangan, Pegangan rosak maksiat tercabut.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Dibilang kata isinya adat, Untuk pegangan anak dan cucu; Orang meninsta hatinya tumpat, Buruk berjalan tegak pun layu.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Kata adat membawa fiil, Fiil mulia pegangan umat; Lupa adat manusia jahil, Jahil membawa ke jalan sesat.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Adat Melayu berdada lapang, Sabar dan syukur jadi pegangan; Kuat Melayu tahukan hutang, Besar seukur dengan bayangan.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Berjurai elok sulaman asli, Sama tengah sulaman tekat; Dipakai untuk pegangan diri, Di sanalah tuah akan melekat.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Rosak pahat tangkainya patah, Tangkai patah tinggallah puting; Rosak adat perangai menyalah, Pegangan rosak maksiat bercabut.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Terbilang kayu kerana kuatnya, Kuat menjadi pancang jermal; Terbilang Melayu kerana adatnya, Adat terpuji pegangan amal.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Ikat pinggang rambut berjurai, Berjurai elok sulaman asli; Adat dibilang lalu dipakai, Dipakai untuk pegangan diri.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
1
Tesaurus
 
pegang
Kata Terbitan : berpegang, berpegang pada, berpegangan, memegang, pegangan, pemegang,