Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Artikel ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Multimedia ; Universiti Awam ; Pengesahan Bahasa ; Kerajaan Malaysia ; Dialek ; Pantun ; Kamus Dewan Perdana ; Kamus Istilah Sains Kewangan ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Ensiklopedia
Tajuk Sinopsis Bidang Klasifikasi
PUTERI KAWAT

Puteri kawat juga dikenali sebagai majorette,

bertanding dalam pasukan antara satu sama lain

secara latihan dan dalam pelbagai taktik yang

rumit. Pasukan puteri kawat kadangkala berarak

dalam pesta dan upacara keraian seperti tatu

tentera dan pesta keramaian. Pasukan-pasukan ini

bertanding pada peringkat kebangsaan dan

peringkat antarabangsa. Terdapat kejohanan khas

untuk remaja berumur 13 tahun dan kategori

bawah 12 tahun.

UMUM
BOLA SEPAK AMERIKA

Bola sepak Amerika ialah sejenis sukan

berpasukan yang menarik yang dimainkan

terutamanya di Amerika Syarikat dan Kanada.

Sukan ini dimainkan oleh pelajar di sekolah

rendah, sekolah menengah, kolej dan pasukan

profesional. Berjuta-juta orang membanjiri stadium

pada setiap musim perlawanan untuk melihat

pasukan pilihan mereka beraksi. Berjuta-juta lagi

peminat menonton perlawanan antara pasukan-pasukan

kolej dan pasukan yang bermain dalam

dua liga profesional yang utama, iaitu Liga Bola

Sepak Kebangsaan (National Football League NFL)

Amerika Syarikat dan Liga Bola Sepak Kanada

(Canadian Football League CFL) di televisyen.

Di Amerika Syarikat, bola sepak ini dimainkan

oleh dua pasukan yang setiap satunya mempunyai

11 orang pemain. Di Kanada, setiap pasukan

mempunyai 12 orang pemain. Setiap pasukan

mendapatkan mata dengan membuat larian dan

hantaran play (manuver) untuk membawa sebiji

bola yang lonjong melintasi garisan gol lawan.

Larian atau hantaran seperti ini menghasilkan

touchdown. Semasa permainan berlangsung,

kawalan bola berpindah tangan antara dua

pasukan tersebut. Pasukan yang memiliki bola ialah

pasukan penyerang. Pasukan yang satu lagi ialah

pasukan pertahanan. Pasukan pertahanan akan

cuba menghalang pasukan penyerang daripada

memungut mata.

UMUM
PASUKAN HUSSAR

Pasukan Hussar ialah pasukan askar berkuda

Eropah yang bersenjata ringan seperti karbain,

pedang, dan kadangkala pistol.

UMUM
SURAH AL-AHZAB

Surah al-Ahzab ialah salah satu daripada surah

Madaniyyah, surah yang ke-33 dalam susunan

surah-surah al-Quran dan mengandungi 73 ayat.

Surah ini dinamakan dengan al-Ahzab (pasukan-pasukan

tentera yang bergabung) kerana orang

musyrikin mengepung orang Islam dari setiap

penjuru Madinah. Orang-orang kafir Makkah

bergabung dengan Bani Ghatfan, Bani Qurayzah

dan golongan penghasut Arab untuk memerangi

orang Islam. Akan tetapi, Allah S.W.T. menghalau

mereka secara hina. Oleh sebab itu, orang-orang

Islam memenangi peperangan tersebut dengan

mukjizat yang diturunkan oleh Allah S.W.T. yang

penuh gemilang.

UMUM
RENJER

Renjer ialah unit khusus rejimen infantri dalam

pasukan tentera Amerika Syarikat. Pasukan renjer

diberi latihan yang lebih keras daripada rejimen

infantri lain. Pasukan renjer ditubuhkan pada

tahun 1942, semasa Perang Dunia II (19391945) di

bawah pimpinan Kolonel William O. Darby.

UMUM
PASUKAN POLIS BERKUDA DIRAJA KANADA

Pasukan Polis Berkuda Diraja Kanada

(RCMP) ialah sebuah jabatan penguat kuasa

undang-undang di Kanada. Kemasyhuran Pasukan

Polis Berkuda ini telah tersebar ke seluruh pelosok

dunia semenjak ditubuhkan pada tahun 1873. Kini,

pasukan tersebut menunggang motosikal dan tidak

lagi menunggang kuda. Namun, masih banyak lagi

buku-buku dan filem yang memperkatakan tentang

pasukan polis berkuda ini. Lencana pasukan Polis

Berkuda Diraja Kanada ini memaparkan cogan kata

organisasi tersebut iaitu, Maintiens le droit

(Pertahankan yang benar).

UMUM
PASUKAN GERAK CEPAT

Pasukan Gerak Cepat ialah pasukan angkatan

tentera Amerika Syarikat yang dirancang khas

untuk bergerak dengan cepat bagi melindungi

kepentingan Amerika Syarikat di mana sahaja di

dunia ini.

UMUM
MINUTEMAN

Minuteman adalah pasukan sukarela yang

bertukar menjadi pasukan tentera dan dilatih

menggunakan senjata pada tahun-tahun sebelum

berlaku Revolusi Amerika. Pasukan sukarela ini

dikenali sebagai minuteman kerana mereka

bersedia bertindak pada bila-bila masa.

UMUM
PASUKAN KHIDMAT BAKTI

Pasukan Khidmat Bakti ialah sukarelawan

bebas di seberang laut yang diprogramkan oleh

kerajaan Amerika Syarikat di seberang laut. Lelaki

dan wanita dalam pasukan ini bekerja dengan

penduduk di negara-negara sedang membangun

untuk membantu mereka memperbaiki keadaan

hidup.

UMUM
PASUKAN SUKARELAWAN PERSEKUTUAN NEGERI-NEGERI MELAYU

PASUKAN SUKARELAWAN PERSEKUTUAN NEGERI-NEGERI MELAYU, pasukan tentera sukarelawan.  Pertumbuhan pasukan tentera sukarelawan bermula di Singapura dengan penubuhan Singapore Volunteer Corps pada tahun 1854.  Di Pulau Pinang, Penang Rifle Corps ditubuhkan pada tahun 1861 dan Malacca Company of The Singapore Volunteer Corps ditubuhkan di Melaka pada 25 Oktober 1901, di bawah perintah Kapten R.N. Bland.  Di Negeri-Negeri Melayu Bersekutu, pasukan Malay States Volunteer Rifles (MSVR) ditubuhkan pada tahun 1902. Pasukan ini telah dilengkapi dengan dua laras Maxims Gun yang dihadiahkan oleh Dr. Loke Yew C.M.G.  Enakmen Sukarelawan Negeri-Negeri Melayu Bersekutu dikuatkuasakan pada tahun 1913, sekali gus menggantikan Enakmen 1910.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIPersatuan
Tesaurus
 
pasuk
Kata Terbitan : pasukan, berpasukan,