SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiAngkatlah dari pasar landih, Membeli tali pasar senyawan; Demi kupandang wajah kekasih, Merosak hati menggugur iman. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiPergi ke pasar membeli bayam, Bayam ada bercampur kangkung; Jangan diturut resmi ayam, Belum bertelur riuh sekampung. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiMembeli tali pasar Senyawan, Singgah di surau tangga berlian; Merosak hati menggugur iman, Seperti pungguk rindukan bulan. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiPergi ke pasar membeli keladi, Opak ubi sama borongkan; Biarlah biar apa terjadi, Kehendak hati saya turutkan. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiMembeli tali pasar Senyawan, Dayang Juita berjalan kaki; Demi kupandang wajah menawan, Manakan ajak apa jadi. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiNanas dijual di pasar niaga, Ramai orang datang membeli; Emas perak perhiasan dunia, Budi bahasa perhiasan diri. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiMembeli tali di pasar Senyawan, Dayang Juita berjalan kaki; Merosak hati menggugur iman, Menyuruh gila apakan jadi? |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiHarap kami ke pasar sayur, Kelebihan diri apalah dia; Abang rindu saya tak tidur, Kasih rindu saya tak rela. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiSari-sari pergi ke pasar, Jumpa barang baik dibeli; Jangan kira kecil besar, Asal barang dapat kubeli. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiKalau abang pergi ke pasar, Belikan saya ketam lumut; Kalau abang pergi belayar, Tinggalkan saya kain selimut. |
|
Tesaurus |
---|
| pasar (kata nama) | Bersinonim dengan pekan, pekan sari, pasar raya, pasar mini, pasar malam, pasar kering, pasar basah,
pasar tani, pasar besar, pesara, pasara;, | | Kata Terbitan : memasarkan, pasaran, pemasaran, |
|
Puisi |
---|
|
Pergi ke pasar membeli bayam, Bayam ada bercampur kangkung; Jangan diturut resmi ayam, Belum bertelur riuh sekampung.
Lihat selanjutnya... |
|