Kata |
Takrif |
Sumber |
pasai | Mn jemu, bosan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
azamat | hebat, ramai (kuat, sangat) sekali: terlalu ~ tempik sorak rakyat Pasai. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bergemuruh | berbunyi spt guruh (bunyi kapal terbang, air terjun, dll): rakyat Pasai pun keluarlah, ~ bunyinya; ucapannya mendapat sambutan tepuk-sorak yg bergemuruh; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pancar | keturunan, anak cucu: ~ drpd anak cucu bagindalah segala raja-raja di Pasai itu turun-temurun; ~ gas Id pancutan gas, jet (yg menggerakkan kapal terbang): pesawat terbang ~ gas; sepancar ki seketurunan, sejenis, seasal: bahasa Melayu ialah bahasa yg mesra dan ~ dgn kejadian dirinya; berpancaran keluar ke sana sini (berbagai-bagai hala), berpancutan: air ~ dr paip rosak itu; memancar 1. keluar memancut dgn deras (bkn air dsb); 2. mengeluarkan cahaya terang, bersinar terang: matahari belum kelihatan ~; sebuah lampu suluh kelihatan ~ cerah; memancarkan 1. memancutkan atau memancurkan deras-deras (air, minyak, dll): di sana sini mata air ~ air yg jernih; 2. mengeluarkan sinar (cahaya): bulan mulai mengambang di langit sebelah timur dan ~ cahayanya yg gemilang; 3. mengirim atau menyiarkan (haba, bunyi, cahaya, dll), mengeluarkan (sesuatu): bunyi hanya boleh dipancarkan melalui jirim; nyanyian yg dipancarkan oleh Radio Malaysia; 4. melahirkan, memperanakkan, menurunkan (keturunan); terpancar 1. keluar memancar (memancur, memancut), dipancarkan: maka air susu Minuram Dewi pun ~; cahaya itu harus ~ balik dr muka benda itu; 2. ki terbit: dr mulut dia ~ kalimat itu; harapan yg ~ dlm hati; 3. terlahir, keluar (anak); pancaran 1. yg dipancarkan atau terpancar (cahaya, haba, bunyi, air, dll), yg dikeluarkan (diterbitkan dsb): ~ cahaya dr lampu menyinari mukanya; ~ air paip air yg memancarkan (mengeluarkan) air; 2. siaran; ~ radio siaran radio; 3. gambaran, bayangan: sastera ialah ~ kehidupan; 4. keturunan; pemancaran perihal memancarkan: ~ bunyi atau gambaran; pemancar 1. yg memancarkan: alat ~; stesen ~; 2. alat yg memancarkan (bunyi, cahaya, dll): ~ air; ~ radio. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kebesaran | 1. perihal (sifat dll) besar, kemuliaan, kehormatan: surat itu dijemput Raja Pasai dgn sempurna ~ dan sempurna kemuliaan; pakaian ~ pakaian yg dipakai ketika istiadat besar-besar; payung ~ payung istiadat raja-raja; 2. Jk terlalu besar; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
gemuruh | 1. = bergemuruh berbunyi spt guruh (bunyi kapal terbang, air terjun, dll): rakyat Pasai pun keluarlah, ~ bunyinya; ucapannya mendapat sambutan tepuk-sorak yg bergemuruh; 2. berdebar-debar hati (kerana ketakutan, berasa sangat bimbang, dsb), agak gementar: setiap pemain pasti berasa sedikit ~ apabila menentang lawan, terutamanya dlm kejohanan penting;kegemuruhan keadaan tidak tenteram, keributan: berlaku suatu ~ drama sejarah pd awal-awal tahun 1950-an. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menempuh | 1. mara melanggar (musuh dll), menyerang, menyerbu (ke): maka ia pun ~ ke dlm rakyat Pasai yg spt laut itu; 2. melanggar (angin, ombak, dll), melanda, memukul: sebentar kain penutup jendelanya berkibar-kibar perlahan-lahan ditempuh angin; 3. menimpa (kemalangan dll): maka ia pun ditempuh kemalangan; 4. melalui (jalan dll), mengikut (jalan dll): inilah kali yg ketiga aku ~ jalan ini; 5. melalui, melintasi: ketika ~ di hadapan Kuala Singapura itu, Wan Derus telah berkata sesuatu kpd Dah Jali; 6. berjalan masuk (lalu dll) di tempat yg sulit-sulit, mengharung (lautan dll), meredah (belukar dll): selang antara beberapa lamanya ~ hutan rimba yg besar dgn takdir Allah Subhanahuwataala sampailah kpd suatu padang; 7. sengaja menghadapi bahaya dll, menanggung kerugian dll, menyongsong (angin, ribut): dlm masa ~ gelora, ketika kapal itu sedang dijulang dan dihempas gelombang, beliau sentiasalah sibuk; 8. = menempuhi mengalami (kesukaran dll), menderita (kesulitan dll): mereka telah ~ berbagai-bagai kesulitan; ~ hidup; 9. mendatangi sesuatu tempat (rumah dll), masuk ke, memasuki: kita sekalian semaksud, secita-cita ~ negeri orang hendak mencarikan perut yg tidak berisi; 10. = menempuhi memasuki (peperiksaan, ujian, dll), mengikuti, menyertai (kursus dll): Malaysia baru sahaja ~ ujian jasmani dlm pesta sukan Asia Tenggara; 11. sudah menamatkan (pelajaran, persekolahan, dll), mengikuti (kursus dll); 12. memasuki dan melalui atau mengalami (penghidupan baru, pekerjaan baru, dll): mulai hari itu mereka berdua ~ penghidupan baru; 13. melakukan sesuatu yg sukar atau sulit; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menyamai | sama dgn, setaraf dgn, setanding dgn: pd zaman itu sebuah negeri pun tiada ~ Melaka, melainkan Pasai dan Haru; kuasa Mahkamah Tertinggi Persekutuan sekarang ini tidaklah pula ~ kuasa Mahkamah Ter-tinggi di Amerika; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kederasan | 1. perihal deras, kelajuan, kecepatan: oleh sebab ~ Tun Hamzah mengamuk, lalu pecahlah perang orang-orang Pasai itu; 2. kadar pergerakan (dlm sesuatu jangka waktu), kelajuan, kecepatan: lori itu dipandunya dgn ~ 60 kilometer sejam; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mengertikan | 1. menjelaskan erti (makna) sesuatu, memberi erti, mentafsirkan: batu nisan itu mempunyai tulisan yg tidak dapat diertikan; maka oleh Sultan masalah itu disuruh ertikan ke Pasai; kalau dia berdiam diri, janganlah diertikan dia bersetuju; 2. membuat atau menjadikan (orang dll) mengerti; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
Istilah Sumber |
Istilah Sasar |
Bidang |
Subbidang |
Huraian |
chronicle | kronikel | Kesusasteraan | Tiada | Bentuk penulisan sejarah awal yang umumnya mengandungi rekod tentang peristiwa yang berlaku dalam tempoh masa tertentu. Penulisan kronikel bermula sejak zaman Roman dan berkembang di Perancis dan Great Britain. Contoh kronikel yang penting ditemui dalam karya King Alfred berjudul Anglo-Saxon Chronicle. Karya ini meriwayatkan sejarah England dari awal (60 SM) hingga pertengahan abad ke-12. Kronikel wujud dalam bentuk prosa dan puisi. Di Nusantara, klonikel dikenali dengan nama babad atau tersilas. Sebagau suatu bentuk penulisan sejarah yang awal, kronikel memperlihatkan percampuran antara fakta degan unsur, bukannya fakta seperti legenda atau mitos. Penulis klonikel cenderung untuk menggunakan maklumat yang diperoleh tanpa menitikberatkan kebenaran maklumat tersebut berbanding dengan peristiwa atau fakta sejarah yang benar. Susunan peristiwa dalam klonikel bertujuan memuatkan rekod tentang peristiwa dan kurang penekanan terhadap interpretasi atau analisis terhadap peristiwa tersebut. Penulisan kronikel mula terhapus dalam tradisi pensejarahan sastera Melayu apabila penulisan berbentuk biografi, autobiografi, memoir, diari dan buku catatan pelayaran atau pengembaraan mula wujud dan berkembang. Penulisan bentuk ini mendapat tempat sebagai suatu kaedah penulisan sejarah. Dalam tradisi pensejarahan Melayu, penulisan klonikel umumnya dikenali sebagai karya sastera bercorak sejarah atau historiografi Melayu yang dihasilkan oleh sasterawan dan sejarawan istana Melayu pada zaman silam. Antara karya klonikel yang terkenal ialah Hikayat Raja Pasai (Pasai), Sejarah Melayu (Melaka), Merong Mahawangsa (Kedah), Misa Melayu (Perak) dan Tuhfat al-Nafis (Riau). Dalam sastera Arab, karya kronikel ditemui dalam al-Suluk oleh al-Maqrizi. Lihat juga catatan sejarah. |
collophon | kolofon | Kesusasteraan | Tiada | Maklumat pada bahagian akhir sesebuah manuskrip bertulis tangan atau bercetak yang mencatatkan nama pengarang, tajuk karya, tarikh diterbitkan, dan nama pencetak. Dalam konteks penulisan moden, kolofon biasanya terdapat pada bahagian awal buku, mencatakan nama penerbit, tempat terbit, tanda dagangan, jenis kertas, jenis huruf, dan sebagainya. Dalam tradisi penulisan manuskrip lama, kolofon merupakan salah satu bahagian yang sangat penting untuk diketahui oleh pembaca. Pada bahagian tersebut, pembaca akan mengetahui nama pengarang, penyalin manuskrip, tarikh dan tempat manuskrip ditulis atau disalin. Maklumat yang diperoleh menjadi panduan kepada pembaca atau pengkaji untuk mengetahui sejarah dan latar belakang manuskrip berkenaan. Manuskrip yang tidak mempunyai kolofon akan memberikan pelbagai masalah kepada pembaca atau pengkaji untuk menentukan kedudukan manuskrip berkenaan. Contohnya, dablah Hikayat Raja Pasai (Russell Jones, 1987), terdapat kolofon seperti yang berikut: Tamat Hikayat Raja Pasai. Selamat sempurna yang membaca dia dan segala yang mendengarkan dia, istimewa yang menyuratkan dia, dipeliharakan Allah subhanahu wa taala apalah kiranya dari dunia datang ke akhirat, berkat shafaat Nabi Muhammad mustafa, sallallahu alaihi wassalam. Tamat hari Isnin, kepada hari, Dua puluh sa, kepada bulan, Muharam, sanat za Hijratul Nabi 1230, Sangking Kyai Suradimanggala, bupati sapupu nagari Demak nagari Bagor , warsa 1742. |
anachronism | anakronisme | Kesusasteraan | Tiada | Kehadiran watak, peristiwa, objek, acara, ungkapan bahasa, atau unsur budaya di luar ruang waktu sejarah yang benar (kronologi), atau bertentangan dalam masa yang sebenar. Anakronisme umumnya wujud dalam karya tradisional (bercorak sejarah), fiksyen, atau drama yang mempunyai latar sejarah. Anakronisme mungkin wujud sebagai suatu teknik penceritaan yang disengajakan oleh pengarang dan boleh memberikan kesan yang menarik kepada khalayak sastera, khususnya kesan yang bersifat ironik, lucu, dan satira. Dalam kesusasteraan Melayu tradisional, anakronisme banyak terdapat dalam karya sastera bercorak sejarah seperti Hikayat Raja Pasai Sejarah Melayu dan Hikayat Merong Mahawangsa. Contohnya, dalam Sejarah Melayu terdapat peristiwa Sultan Mansur Syah berkahwin dengan Raden Galuh Cendera Kirana, Puteri Bentara Majapahit yang bernama Patih Gajah Mada. Catatan sejarah menunjukkan Sultan Mansur Syah memerintah antara tahun 1459 1477, sedangkan Patih Gajah Mada meninggal dunia sekitar tahun 1365, iaitu perbezaan jangka masa lebih kurang seratus tahun. |
grand style | adigaya | Kesusasteraan | Tiada | Gaya penulisan bersifat tinggi dan hebat. Gaya penulisan ini biasanya ditemui dalam karya epik. Berdasarkan prinsip dekorum (tertib), gaya penulisan harus sesuai dengan isi, genre, perwatakan dan situasi atau babak. Justeru, gaya tinggi dan hebat ini dianggap sesuai untuk genre epik yang mengisahkan kebaktian yang bersifat kewiraan dan percintaan agung. Gaya ini dicirikan oleh teknik retorik yang menggugah perasaan atau teknik hiperbola dengan pemerian yang panjang lebar dan berlebih-lebihan. Gaya tinggi ini bertujuan untuk membangkitkan emosi dan semangat khalayak. Contoh adigaya ditemui dalam Hikayat Sejarah Melayu dan Hikayat Raja-raja Pasai. Lihat juga hiperbola. |
annal | catatan sejarah | Kesusasteraan | Tiada | Catatan atau rekod bersifat sejarah yang ditulis berdasarkan urutan masa, tahun demi tahun secara kronologi. Ada kalanya catatan masa lengkap dengan tahun, bulan, dan hari. Catatan sejarah merupakan suatu bentuk penulisan sejarah yang awal. Dalam sejarah kesusasteraan Melayu, wujud sejenis karya yang mempunyai ciri-ciri penulisan catatan sejarah, yang dikenali sebagai karya sastera bercorak sejarah. Dalam karya berkenaan, unsur sejarah dapat dilihat, terutamanya berkaitan dengan penurunan salasilah raja-raja, pembukaan kota, dan rentetan peristiwa berkronologi yang berlaku dalam sesebuah kerajaan. Contoh karya dalam kesusasteraan Arab ialah Kital al-Suluk oleh al-Maqrizi. Manakala contoh karya catatan sejarah yang terkenal dalam kesusasteraan Melayu tradisional ialah Hikayat Raja Pasai, Sejarah Melayu Hikayat Merong Mahawangsa, Misa Melayu, dan Tuhfat al-Nafis. Karya catatan sejarah juga disebut sebagai kronikel. Penggunaan kronikel mencakupi bidang yang lebih luas, meliputi peristiwa utama dalam pemerintahan seseorang raja, tetapi kurang memberi penekanan tentang susunan peristiwa tahun demi tahun. Annal berasal daripada perkataan Yunani annales yang bermaksud yearly books. Lihat juga kronikel. |
hikayat | hikayat | Kesusasteraan | Tiada | Suatu bentuk genre sastera Melayu tradisional berbentuk prosa atau separa prosa yang biasanya mengandungi cerita yang panjang. Sebagai suatu bentuk genre, hikayat bersifat bebas isi dan struktur, iaitu boleh digunakan untuk membawa pelbagai tema dan jenis karya. Contohnya fabel, roman, epik, sejarah, adab dan hagiografi. Oleh itu, hikayat mempunyai pelbagai fungsi, antaranya sebagai hiburan, pengajaran, adab, dan dakwah. Hikayat dicirikan oleh unsur-unsur kecerekaan dan khayalan. Walau bagaimanapun, ada hikayat yang agak faktual seperti cerita yang berkait dengan tokoh sejarah dan peristiwa sejarah. Contohnya Hikayat Sultan Ibrahim Ibnu Adham dan Hikayat Raja Pasai. Kebanyakan karya hikayat berfokus pada perihalan istana atau golongan bangsawan. Berdasarkan etimologi istilah hikayat, dapat diandaikan bahawa karya hikayat hanya muncul dalam dunia Melayu pada zaman selepas kedatangan Islam. Contohnya Hikayat Amir Hamzah, sebuah epik warisan Islam dianggap sebagai salah satu hikayat Melayu yang terawal. Oleh sebab hikayat muncul selepas kedatangan Islam, maka karya hikayat biasanya bertulisan jawi. Karya lisan yang berjudul Hikayat ialah karya lisan yang telah ditulis. Sastera hikayat kebanyakannya berbentuk sintesis kerana sastera ini muncul dalam latar budaya sinkritik, peribumi Hindu-Islam. Contoh karya hikayat sintesis ialah Hikayat Indera Putera. Walaupun sastera hikayat tidak lagi popular selepas kurun ke-18, namun judul hikayat masih digunakan untuk memerikan beberapa jenis karya baharu. Contohnya, Abdullah Munsyi menggunakan judul hikayat untuk karya autobiografi dan catatan perjalanan. Beliau juga menggunakan judul tersebut untuk tulisannya yang bersifat ilmiah, contohnya Hikayat Dunia (geografi), Hikayat Kapal Terbang, Hikayat bintang, Hikayat Eropah. Malahan karya novel yang awal juga menggunakan judul hikayat contohnya Hikayat Faridah Hanum dan Hikayat Percintaan Kasih Kemudaan. Hikayat berasal daripada perkataan Arab hikayah bermaksud cerita-cerita sejarah, atau haka bermaksud menceritakan, mewartakan dan memberitahu. Lihat juga cerita binatang, epik, fabel binatang, hagiografi, roman. |
classic | klasik | Kesusasteraan | Tiada | Kategori karya sastera yang bermutu tinggi yang lahir daripada tamadun Yunani dan Romawi. Karya sastera diakui memiliki keunggulan dan kehebatan sepanjang zaman. Karya sastera klasik bukan sahaja menampilkan pemikiran yang besar tetapi juga memperlihatkan estetik seni yang tinggi bagi bangsa yang melahirkannya. Biasanya, pengarang yang menghasilkan karya klasik merupakan seniman yang mewakili genius zaman silam bagi bangsa berkenaan. Antara karya yang dianggap klasik dalam sejarah kesusasteraan Barat termasuklah karya Homer, Iliad dan Odyssey dan karya karangan Shakespeare bertajuk Hamlet dan Romeo and Juliet. Karya Jane Austen berjudul Pride and Prejudice merupakan contoh karya klasik dalam sejarah kesusasteraan Inggeris. Dalam sejarah kesusasteraan Melayu, karya yang dianggap klasik umumnya muncul atau lahir dalam era kesusasteraan istana di Pasai, Aceh dan Johor-Riau. Karya berkenaan merupakan nukilan pengarang istana yang dianggap sebagai golongan genius Melayu pada zaman silam. Antara karya yang penting ialah Sejarah Melayu, Hikayat Hang Tuah, dan Tuhfat al-Nafis. Ketinggian nilai karya ini terletak pada ketinggian pemikiran yang mendasari penulisan karya tersebut. Aspek penting yang diketengahkan dalam karya termasuklah sejarah, adat-istiadat, kepercayaan, sosiopolitik, undang-undang, adab sopan dan sebagainya. Di samping itu, karya klasik memperlihatkan ketinggian seni kesusasteraan Melayu zaman silam yang kaya dengan kehalusan bahasa, ketajaman pemikiran, kekayaan pengalaman, dan keindahan pengucapan. Ketinggian mutu karya bagi suatu bangsa ada kalanya berlaku dalam suatu tempoh masa tertentu yang dianggap sebagai periode klasik bagi hasil kesusasteraan bangsa tersebut. Karya yang tergolong dalam periode itu merupakan karya zaman keemasan dalam sejarah bangsa tersebut. Zaman Abasiyah dianggap zaman keemasan dalam tradisi kesusasteraan Arab tradisional. Abad ke-16 hingga abad ke-19 boleh dianggap sebagai period klasik dalam sejarah kesusasteraan Melayu tradisional. |
battle of the books | perang buku | Kesusasteraan | Tiada | Sikap pertentangan pendirian atau pandangan para sarjana berhubung dengan penulisan klasik dan moden. Perang buku muncul di akhir abad ke-17 dan awal abad ke-18, terutamanya di Perancis dan England. Sikap pertentangan tercetus akibat kemunculan pemikiran baharu yang berterusan dalam ilmu sains dan falsafah moden. Contohnya, di England sekitar akhir abad ke-17, Sir William Temple melalui tulisannya berjudul An Essay Upon the Ancient and Modern Learning (1690) menolak dakwaan bahawa sesuatu yang klasik lebih rendah daripada yang moden. Tulisan tersebut dicabar oleh William Wotton pada tahun 1694 melalui karyanya berjudul Reflections Upon Ancient and Modern Learning yang menyanjung tinggi keunggulan ilmu moden. Idea perang buku wujud berdasarkan tajuk sebuah prosa satira tulisan Swift berjudul The Battle of the Books yang membawa tema utama, iaitu sesuatu yang berasal dari zaman silam adalah lebih baik. Dalam kesusasteraan Melayu tradisional, idea perang buku bermaksud persaingan ideologi dan pemikiran yang berlaku dalam kalangan pengarang istana Melayu. Justeru, lahir beberapa buah karya, khususnya karya sastera bercorak sejarah yang memperlihatkan bentuk bersaingan ideologi dan pemikiran pengarang Melayu zaman silam. Kelahiran teks Sejarah Melayu pada abad ke-17 memberi beberapa reaksi terhadap teks Hikayat Raja Pasai yang dihasilkan pada abad ke-14. Persaingan pemikiran juga dapat dilihat dalam teks Tuhfat al-Nafis. Dalam karya ini, Raja Ali Haji membawa pemikiran Islam ke dalam penulisan sejarah orang Melayu, sehingga wujud idea yang mempersoalkan martabat raja Melayu yang terungkap dalam Sejarah Melayu, sekali gus mengubah persepsi pembaca terhadap raja-raja Melayu. |
Kata |
Takrif |
Bahasa |
Tema |
pasai II | lihat paser I. | Melanau Mukah | |
pasai I | kain basahan. | Melanau Mukah | |
Kata |
Sebutan |
Jawi |
pasai | [pa.sai] | ڤاساي |
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata pasai; |
|
|