Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Artikel ; Puisi ; Ensiklopedia ; Buku ; Peribahasa ; Multimedia ; Pengesahan Bahasa ; Kerajaan Malaysia ; Dialek ; Pantun ; Kamus Dewan Perdana ; Kamus Istilah Sains Kewangan ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Khidmat Nasihat
Soalan Jawapan Jenis Soalan Tarikh Soalan
Cikgu, frasa strategi penggalian parit" atau "strategi menggali parit" barulah betul? Saya tak dapat membezakan perbezaan kedua-dua bentuk ini. Tolong berikan penjelasan tentang kedua-dua bentuk frasa ini.Kedua-dua frasa ini betul. Yang membezakannya ialah bagaimana ia digunakan dalam konteks ayat.
Penggalian menunjukkan satu proses menggali
menggali ialah perbuatan menggali sesuatu.
"Strategi Penggalian parit" boleh digunakan sebagai tajuk  rencana atau akhbar atau sebuah kata nama khas.  Contoh:  Kerajaan telah melancarkan strategi penggalian parit yang paling baik di dunia.
"Strategi menggali parit" digunakan dalam ayat yang menunjukkan perbuatan. Contoh: Ketua kampung itu sedang menerangkan strategi menggali parit yang paling berkesan kepada anak-anak buahnya.
Tatabahasa11.05.2014
Apakah perbezaan antara parit dengan longkang dari segi penggunaan?Kegunaan parit adalah untuk mengalirkan air ke luar atau longkang. Ia juga bermaksud lubang panjang di tanah tempat berlindung atau tempat berkubu dalam peperangan. Selain itu, parit juga digunakan sebagai tali air untuk mengairi sawah dan lain-lain. 

Longkang pula digunakan sebagai parit tempat mengalirkan air kotor. 
Lain-lain22.09.2021
untut Tajuk bagaimana huruf untuk kata sendi 1. Permohonan Jalan di Parit Satu atau Permohonan Jalan Di Parit Satu 2. Pertanyaan Tentang Biasiswa atau Pertanyaan tentang BiasiswaAyat yang gramatis dengan tanda baca yang betul ialah: 1. Permohonan Jalan di Parit Satu; dan 2. Pertanyaan tentang Biasiswa. Untuk maklumat lanjut, rujuk buku Tatabahasa Dewan. Tatabahasa05.03.2012
Apaka perbezaan antara parit dan longkang?Parit bermaksud 1. alur (salur dll) utk mengalirkan air dll; 2. lubang yg panjang dlm tanah (sbg kubu dll); 3. alir, terusan air, tali air; 4. lubang tempat menggali bijih dll, lombong; 5. alur atau jalur pd kayu dll; 6. ark ranjau darat (laut); manakala longkang pula ialah parit, limbahan. Untuk penjelasan lanjut, sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat.Lain-lain04.03.2010
apakah singkatan bagi perkataan PARIT? Adakah "prt" atau "pt"?Kependekan bagi perkataan parit ialah pt. Sila layari  http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=pt&d=1.Tatabahasa04.06.2013
Pekerja-pekerja berusaha memperdalam / mendalamkan parit untuk mengelakkan banjir. Terima kasih.Ayat yang betul ialah Pekerja-pekerja berusaha memperdalam parit untuk mengelakkan banjir.Tatabahasa01.07.2019
boleh tak kita buat ayat seperti ini - Ali sedang menyapu parit.Ayat yang betul ialah Ali sedang membersihkan parit.  Tatabahasa06.03.2009
Hukum penggunaan imbuhan PER untuk perkataan parit. Adakah perparitan atau peparitan?Ejaan yang betul ialah perparitan.Tatabahasa17.09.2013
Program pengindahan Sungai Klang dan Sungai Gombak anjuran Jabatan Parit dan Saliran yang diberi nama "River of Live" seolah-olah satu lagi usaha menidakkan kepentingan bahasa Melayu. Paling mengecewakan, ia turut berlaku di jabatan kerajaan. Bagaimana harus DBP bertindak?Kami berterima kasih kepada tuan atas maklumat yang disampaikan. DBP akan memantau penggunaan bahasa yang digunakan dalam paparan awam termasuklah kempen kerajaan. DBP akan menghantar surat teguran kepada pihak berkenaan kerana DBP tidak ada kuasa menghukum pihak yang melakukan kesalahan atau tidak memartabatkan penggunaan bahasa kebangsaa.Lain-lain24.05.2012
Wall FB DBP : 24 Nov 2014 Lyd Singgam Mohon DBP menegur Jabatan Parit dan Saliran.(JPS) yang menamakan projek pengindahan Sungai Klang dengan nama River of Live. Padahal mereka boleh saja namakan projek itu dalam bahasa Melayu yang sesuai seperti Sungai Nadi Kehidupan, Sungai Kehidupan, atau apapun istilah lain yang menarik pada pandangan mereka. Juga program anjuran Kementerian Belia dan Sukan FitMalaysia yang boleh ditukar kepada MalaysiaCergasTerima kasih aduan daripada pihak tuan. Pihak kami akan menjalankan siasatan dan menghantar surat teguran kepada pihak yang berkenaan jika perkara ini betul.Lain-lain24.11.2014
Tesaurus
 
parit (kata nama)
Bersinonim dengan longkang, alur, saluran, saliran, tali air, alahan, bendar, siring, solokan, selokan, apuran, got.,

Puisi
 

Dari Parit ke Tanjung Piandang,
     Singgah sekejap membeli roti;
Bila sudah wajah terpandang,
     Tetap tersimpan di lubuk hati.



Lihat selanjutnya...