Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Artikel ; Puisi ; Ensiklopedia ; Khidmat Nasihat ; Peribahasa ; Jurnal ; Pengesahan Bahasa ; Novel ; Hasil Penyelidikan ; Dialek ; Pantun ; Kamus Dewan Perdana ; Kamus Istilah Sains Kewangan ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Ujian
PERKATAAN PADANAN BIDANG HURAIAN
genechipCip yang mengukur paras ungkapan gen secara serentak ke atas semua transkrip dalam sesuatu sampel tisu. Cip ini bersaiz sama seperti satu setem pos yang terdiri daripada substrat kaca yang mengandungi kira-kira 400 000 sel halus. Setiap sel tersebut memegang DNA daripada pelbagai gen manusia. Cip ini digunakan untuk menganalisis gen, seperti pengenalpastian gen kanser.
natural nanoscale sensorPenderia tabii dalam nanoskala atau pada paras molekul yang terdapat pada haiwan atau tumbuhan yang berinteraksi, mengesan atau mengecam rangsangan dengan kepekaan yang tinggi. Contohnya, sensor molekul tertentu yang terdapat pada bunga atau daun akan berinteraksi apabila terdapat tenaga cahaya dan akan bergerak ke arah tertentu bagi mendapatkan cahaya yang lebih tinggi. Termasuk juga ikan yang mempunyai garis lateral untuk mengesan perubahan bunyi dan tekanan.
Frank-van der Merwe (FM) growthPertumbuhan lapisan epitaksi ultratipis secara satu demi satu bagi menghasilkan peranti elektronik atau optoelektronik bahan semikonduktor berkualiti tinggi dengan menggunakan epitaksi alur molekul (MBE). Lapisan yang dibentuk mempunyai antara muka yang jitu dan berkeupayaan mengawal ketebalan sehingga ke paras monolapisan.
nanoflash memory deviceAlat yang serupa dengan MOSFET. Peranti ini terdiri daripada tiga terminal, dua daripadanya ialah get tersusun di atas satu sama lain. Elektrod teratas merupakan get kawalan, manakala elektrod di bawah ialah get terapung yang terganding secara kapasitif dengan get kawalan. Operasi sel ingatan melibatkan peletakan cas atau pembuangan cas pada get terapung, berpadanan dengan dua paras logik. Peranti ini menggunakan nanozarah tunggal atau berganda sebagai unsur penyimpanan cas.
1
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata paras

Puisi
 

Pucuk palas tumbuh di kuala,
     Sayang langgudi tumbuh di pancur;
Rupa paras saya tak gila,
     Kerana budi hatiku hancur.



Lihat selanjutnya...