Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
Rupa paras atau paras rupa? | Rupa paras dan paras rupa, kedua-duanya betul. | Lain-lain | 28.12.2015 |
Rupa paras atau paras rupa yang tepat? | Kedua-dua frasa tersebut boleh digunakan. Lazimnya, paras rupa lebih banyak penggunaannya dalam kalangan masyarakat. | Tatabahasa | 19.04.2013 |
Pada paras atau di paras? | Frasa yang betul ialah pada paras. | Tatabahasa | 24.04.2014 |
Salam sejahtera. 1. Adakah penggunaan perkataan 'paras' bagi ayat ini betul: Curahkan bahan itu hingga paras yang telah ditetapkan. 2. Adakah penggunaan perkataan 'bekas' bagi ayat ini betul: Bekas hartanya menjadi rebutan anak-anaknya. Kalau tidak betul, sila cadangkan perkataan yang sesuai. Terima kasih. | 1. Curahkan bahan itu hingga paras yang telah ditetapkan. Betul. 2. Bekas hartanya menjadi rebutan anak-anaknya. Ayat ini perlu diubah menjadi Harta peninggalannya menjadi rebutan anak-anaknya. | Tatabahasa | 02.09.2022 |
Mohon untuk semak ayat ini. 1. Sila peka terhadap tarikh perbincangan yang akan ditetapkan dalam masa terdekat. Adakah penggunaan perkataan peka ini sesuai? 2. Syarikat ini beroperasi di paras satu. Perkataan paras atau aras yang paling sesuai? Sekian, terima kasih. | 1. Penggunaan perkataan peka dalam ayat tersebut betul. 2. Kedua-dua perkataan betul. Walau bagaimanapun, perkataan yang lazim digunakan ialah aras. | Tatabahasa | 21.09.2021 |
Salam sejahtera. Adakah perkataan paras sesuai digunakan utk menunjukkan kedudukan tempat. Contoh : Paras 4 , Bahagian Komunikasi. Mohon jasa baik tuan/puan untuk e-melkan jawapan/maklum balas ke jevababy2609@gmail.com berikutan e-mel rasmi telah dinyahaktif. Terima kasih. | Cadangan jawapan yang sesuai ialah Aras 4, Bahagian Komunikasi. | Lain-lain | 27.07.2022 |
Boleh jelaskan penggunaan tepat kata aras dan paras; contohnya ~ bahu, laut, dsb | Aras bermakna a) a) Had tingginya sesuatu permukaan air; paras; takat. Contoh ayat: Beberapa meter padu air mesti dipamkan ke dalam kolam yang panjangnya 25 meter, lebarnya 15 meter, supaya aras air naik satu meter. b) b) Permukaan air. Contoh ayat: Kerana hujan lebat, aras air Sungai Kota Tinggi naik tiga meter. Paras bermakna a) a) Sama rata permukaannya; tidak tinggi rendah. Contoh ayat: Gambar itu tergantung pada paras bahu. b) b) Aras; had yang menunjukkan dalam atau tingginya sesuatu; takat. Contoh ayat: Ali berendam sehingga paras dada. | Makna | 11.01.2021 |
"Ingin tahu terjemahan dalam Bahasa Melayu 1)outlet (bahagian struktur di mana air keluar ) 2) outfall( bahagian struktur dimana air keluar tapi paras nyamenurun) 3) tail water (paras air di sebelah hilir struktur) 4) invert level (aras sasuatu tapak atau lokasi) 5) downstream boundary condition Harap dapat bantu saya." | 1. outlet - saluran keluar 2. outfall - betung alur keluar (Istilah Perhutanan) 3. invert level - dasar (Istilah Geografi) 4. downstream boundary - cadangan: Sempadan hilir Mohon hubungi DBP untuk perbincangan lanjut sekiranya istilah tidak menepati konsep yang diperlukan. | Istilah | 28.05.2013 |
Sekumpulan ahli payung terjun____ di udara pada paras 4 000 meter. A terayun-ayun B terumbang-ambing C terawang-awang D terolang-aling Munsyi, apakah jawaban yang lebih tepat? TK | Jawapan yang betul ialah C. terawang-awang (Sekumpulan ahli payung terjun terawang-awang di udara pada paras 4 000 meter.) | Tatabahasa | 05.04.2012 |
Assalamualaikum Saya Nurinee Chemudo berlajar bahasa Saya ingin bertanya tentng bahasa Apakah makna Wajah | Menurut data kami, maksud wajah ialah air muka; muka; paras: ~nya berseri-seri. berwajah 1 mempunyai atau menampakkan wajah (paras rupa, air muka dan sebaginya): ~ ceria. 2 mempunyai atau menampakkan keadaan luaran atau pemandangan sesuatu: Buku lama ~ baru. berwajahkah menggunakan atau mempunyai sesuatu sebagai wajah: Apakah benar kalian berani kerana benar? tanya ketua makhluk ~ semut itu. mewajahi memberikan rupa atau keadaan luaran kepada: Pemandangan alam semula jadi yang indah ~ pulau legenda itu. perwajahan perihal atau proses menjadikan sesuatu berwajah: ~ yang menarik telah dirancang untuk iklan bagi menarik pelancong. pewajahan perihal atau perbuatan memberikan wajah kepada sesuatu; proses mewajahi sesuatu: ~ merupakan salah satu usaha penting dalam mereka bentuk kulit majalah tersebut. Untuk maklumat lanjut, sila layari http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=wajah | Makna | 15.11.2015 |