Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
Mohon disemak : " Orang awam dilarang menggunakan tempat letak kenderaan berbumbung yang dikhaskan untuk pegawai dan kakitangan Majlis Daerah Papar sahaja" Terima kasih. | Orang awam dilarang menggunakan tempat letak kenderaan berbumbung yang dikhaskan untuk pegawai dan kakitangan Majlis Daerah Papar sahaja. Ayat ini betul. | Tatabahasa | 19.09.2014 |
Merujuk semula kepada jawapan daripada KND pada 29/05/2017 Padanan yang sesuai bagi head-up display dalam biadang aeroangkasa dan kejuruteraan kapal terbang ialah papar pandu. Mengikut keterangan yang tuan/puan memberikan, dalam data kami istilah yang dimaksudkan tuan/puan ialah HMD (head mounted display) yang bermaksud HMD (paparan lekap kepala) dalam bidang teknologi maklumat yang memberikan huraian sistem paparan yang dipakai di kepala seperti gogel yang memberi ilusi monitor yang terapung. HMD digunakan dalam aplikasi realiti maya. Soalan saya yang asal memang berkaitan HUD dalam bidang teknologi maklumat dan bukannya HMD.
Keterangan yang saya berikan adalah berkaitan huraian sistem paparan atas skrin (seperti monitor, skrin telefon), bukannya huraian sistem paparan yang dipakai di kepala (seperti gogel).
Jadi, adakah HUD dalam bidang teknologi maklumat juga perlu dipadankan kepada istilah papar pandu (istilah dalam bidang aeroangkasa) walaupun paparan HUD dalam perisian (terutamanya permainan video) yang dipaparkan dekat skrin monitor atau skrin telefon tersebut langsung tiada kaitan dengan aktiviti pandu (seperti kelajuan atau ketinggian pergerakan) dan sebaliknya memaparkan maklumat yang diperlukan oleh pengguna (seperti barangan yang boleh digunakan daripada beg yang dibawa)? | Salam sejahtera, Tuan, Merujuk maklum balas tuan, HUD dalam bidang teknologi maklumat boleh dipadankan kepada istilah papar pandu. Sekian.
| Istilah | 30.05.2017 |
Saya perlu memohon Lesen perniagaan dan Majlis Perbandaraan Petaling Jaya dan diminta untuk mendapatkan pengesahan bahasa untuk papar iklan. saya lampirkan fail sini minta tolong chop pengesahan supaya dapatkan perlesenan. Sekian Terima Kasih. | Sila kemukakan permohonan tuan melalui domain Khidmat Pengesahan Bahasa DBP, bukannya Khidmat Nasihat Bahasa. | Lain-lain | 10.07.2015 |
Apakah padanan bagi "head-up display (HUD)" dalam bidang teknologi maklumat (IT) dan permainan video (VG)? Ketika ini, hanya bidang kejuruteraan kapal terbang dan aeroangkasa mempunyai padanan untuk HUD iaitu 'papar pandu' tetapi dalam bidang IT dan VG, padanan tersebut mungkin berasa janggal kerana HUD tidak semestinya digunakan untuk dipaparkan ketika pandu. Hal ini kerana HUD dalam bidang IT dan VG merujuk kepada kaedah di mana maklumat ditunjukkan secara visual kepada pemain permainan video sebagai sebahagian daripada antaramuka pengguna permainan. Selalunya HUD dalam permainan video digunakan untuk menunjukkan pilihan item atau senjata, nyawa, masa permainan, keupayaan pemain, menu, penjalanan permainan (seperti mata pengalaman / experience points), kekuatan senjata sedang digunakan, jumlah peluru yang ada, mesej tutorial, sarikata, jarak sesuatu kawasan dituju dan lain-lain. | Padanan yang sesuai bagi head-up display dalam biadang aeroangkasa dan kejuruteraan kapal terbang ialah papar pandu. Mengikut keterangan yang tuan/puan memberikan, dalam data kami istilah yang dimaksudkan tuan/puan ialah HMD (head mounted display) yang bermaksud HMD (paparan lekap kepala) dalam bidang teknologi maklumat yang memberikan huraian sistem paparan yang dipakai di kepala seperti gogel yang memberi ilusi monitor yang terapung. HMD digunakan dalam aplikasi realiti maya. | Makna | 25.05.2017 |
|
Tesaurus |
---|
| papar (adjektif) | Bersinonim dengan papak, pepat, dempak, repang, rata, tidak runcing;, | | Kata Terbitan : memaparkan, terpapar, pemaparan, paparan, |
|
|