Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
Anak-anak Pak Ali pandai-pandai belaka. Anak Pak Ali pandai-pandai belaka. Anak-anak Pak Ali pandai belaka. Ayat manakah yang betul dalam penggunaan kata ganda? Sila jelaskan. Terima Kasih, tuan | Anak-anak Pak Ali pandai belaka, gandaan sebagai penanda jamak iaitu menandakan jumlah yang banyak. | Tatabahasa | 27.06.2008 |
Apakah maksud pandai-pandai? | Mohon berikan contoh ayat untuk penjelasan maksud “pandai-pandai”. | Lain-lain | 01.08.2022 |
Selamat sejahtera. Adakah ayat-ayat berikut betul? a. Ketiga-tiga orang anak lelaki Puan Liza pandai-pandai belaka. b. Ketiga-tiga orang anak lelaki Puan Liza pandai belaka. c. Anak Puan Liza rajin-rajin belaka. | Ayat yang gramatis, Ketiga-tiga orang anak lelaki Puan Liza pandai belaka.
| Tatabahasa | 02.07.2016 |
Maksud Pandai Soalan saya ialah: Bolehkah perkataan pandai digunakan dalam kontek kemahiran seseorang dal bidang pertukangan. contohnya pandai kayu | Merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, pandai boleh digunakan untuk merujuk makna ahli. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat. | Istilah | 02.01.2009 |
Awak pandai memerah susu lembu. Ayat pasif yang berikut manakah betul? (a) Susu lembu pandai awak perah. (b) Susu lembu awak pandai perah. | Ayat pasif yang betul: Susu lembu awak pandai perah. | Tatabahasa | 11.11.2015 |
1. Cikgu menyentuh tentang masalah disiplin murid. ( tentang diperlukan atau tidak?) 2. Bapa mengambil berat tentang pelajaran kami. ( tentang diperlukan atau tidak?) 2. Dia juga pandai/Dia pandai juga. | Ayat (1) dan (2) boleh menggunakan 'tentang' yang bermaksud mengenai atau berkaitan dengan. Manakala ayat (3), kedua-duanya boleh digunakan bergantung pada konteks ayat. | Tatabahasa | 20.08.2010 |
Kuzai Mohd Oct 27th, 10:53am assalamualaikum dan selamat pagi ingin bertanya bolehkah pihak tuan/puan menerangkan perkataan ini beserta contoh Pandai / bijak / cerdik tq] | Waalaikummusalam, Tuan/Puan, Ketiga-tiga perkataan ini memberi makna yang sama. Pandai membawa maksud orang yang cerdik, pintar, terpelajar, bijak, cekap dan mahir. Bijak juga membawa maksud pandai, cerdik, pintar dan pandai bercakap. Manakala, cerdik membawa makdus dapat mengerti dengan cepat, berakal, pandai, banyak akal, licik dan tahu tipu muslihat. Misalnya, "adik pandai dalam matematik", "Kamal bijak dalam menyelesaikan soalan teka teki" dan "Sang Kancil cerdik dalam melepaskan diri daripada buaya". | Makna | 27.10.2015 |
Dia tidak berapa pandai memandu kereta. Dia tidak seberapa pandai memandu kereta. Ayat yang manakah betul? | Ayat yang betul ialah: Dia tidak berapa pandai memandu kereta. Untuk maklumat lanjut berkaitan penggunaan perkataan berapa, sila rujuk Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020), halaman 267. | Tatabahasa | 07.02.2024 |
Ayat songsang kepada ayat biasa, 1)Belum tentu pandai anak guru tentang bidang itu. Jwpan (a): Anak guru belum tentu pandai tentang bidang itu. Jwpan (b): Anak guru tentang bidang itu belum tentu pandai. Adakah jawapan (b) betul? 2) Sungguh menakjubkan pertunjukan yang diadakan sempena sambutan ulang tahun hari kemerdekaan negara. Jwpan (a): Pertunjukan yang diadakan sempena sambutan ulang tahun hari kemerdekaan negara sungguh menakjubkan. Jwpan (b): Pertunjukan yang diadakan sungguh menakjubkan sempena sambutan ulang tahun hari kemerdekaan negara. Adakah jawapan (b) betul? Terma kasih. | Salam sejahtera, Soalan 1 Jawapan yang betul: (a) Anak guru belum tentu pandai tentang bidang itu. Soalan 2 Jawapan yang betul (a) Pertunjukan yang diadakan sempena dengan sambutan ulang tahun hari kemerdekaan negara sungguh menakjubkan.
| Tatabahasa | 04.06.2017 |
Salam sejahtera, 1. Puan Lee pandai menganyam tikar daripada buluh. 2. Puan Lee pandai menganyam tikar dengan buluh. Ayat di atas yang manakah betul. Terima kasih.... | Ayat yang betul ialah Puan Lee pandai menganyam tikar daripada buluh. | Tatabahasa | 02.09.2013 |
|
Tesaurus |
---|
| pandai | 1. Bersinonim dengan cerdik ( pintar, bijak, cerdas, bijaksana, bestari, bergeliga, cair otak, besar akal,
banyak akal, tajam akal, tajam fikiran, terang akal, terang hati, otak minyak, fatan, punsu,
tahu-tahu, piawai, ) (adjektif:) Berantonim dengan bodoh
2. Bersinonim dengan cekap ( mahir, handal, pantas, cekat, tangkas, biasa, terlatih, lancar, akas, prigel, campin, ) (adjektif:)
3. Bersinonim dengan ahli ( jauhari, tukang, pakar, juru, utas, empu, kipu, ) (kata nama:)
| Kata Terbitan : memandai-mandai, kepandaian, |
|
Puisi |
---|
|
Memasang jerat sudah lama, Dapat seekor burung nuri; Saya pergi tiada lama, Pandai-pandai menjaga diri.
Lihat selanjutnya... |
|