Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
Kemasukan kata *pancung - kenapa tiada takrif berkaitan dengan kenderaan air yang bernama *bot pancung? | Menurut Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020: 320-321), kata/frasa bot pancung diletakkan di bawah entri/kata bot. Bot pancung diberikan takrif seperti yang berikut: bot pancung bot yang dibuat daripada kayu dan digunakan untuk membawa penumpang atau barang secara tidak sah. Contoh penggunaan: Kastam menerima maklumat mengenai kehadiran sebuah bot pancung yang dipercayai sarat dengan muatan rokok keretek. Di bawah entri/kata pancung, masih tiada makna dikaitkan dengan keadaan ini. Cadangan bagi memasukkan makna ini akan dipertimbangkan. Harap maklum.
| Makna | 05.11.2022 |
|
Puisi |
---|
|
Dari jauh bermalam datang, Tetak sangkar pancung kemudi; Darilah jauh kamilah datang, Mendengar tuan baik budi.
Lihat selanjutnya... |
|