Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
Bolehkah "paling" dan "sekali" digunakan serentak, seperti : paling cantik sekali ?? | Penanda darjah penghabiasan ter-, paling dan sekali tidak dapat hadir serentak dalam satu binaan.Frasa paling cantik sekali tidak boleh digunakan secara serentak. Binaan darjah penghabisan boleh menerima kata penguat belakang sekali dengan kata penguat bebas "amat", "sangat" atau "sungguh" yang hadir sebelum kata adjektif. | Tatabahasa | 16.07.2013 |
Adakah 'paling' dianggap sebagai kata penguat bebas? Contohnya, Pelajar itu paling tinggi di dalam kelas atau Pelajar itu tinggi paling di dalam kelas. Terima kasih. | Paling ialah kata penguat hadapan. kata penguat bebas ialah amat, sangat dan sungguh. | Tatabahasa | 19.06.2016 |
Aslmkm tuan. Mana yg betul bagi gabungan kata penguat di bawah. 1. Agak ... sekali 2. Amat ... paling 3. Paling ... sekali 4. Agak ... sungguh atau smuanya salah. Harap dapat pencerahan drp tuan | Pola penggunaan darjah penghabisan yang betul adalah seperti yang berikut: 1. ter- + amat/sangat + kata adjektif 2. amat/sangat/sungguh + kata adjektif + sekali Agak bukan kata penguat. Untuk maklumat lanjut, rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 244. | Tatabahasa | 13.05.2015 |
Assalamualaikum, saya nak tanya jika perkataan boleh guna perkataan 'yang' sebelum perkataan 'paling'? Contohnya: 1) Rumah yang paling cantik. 2) Rumah paling cantik. Apakah ayat yang betul, 1 atau 2? | Kedua-dua ayat tersebut adalah betul cuma membezakannya ialah unsur lewah. Lewah dalam hal ini bermaksud penggunaan kata berlebih-lebihan yang tidak perlu. Penggunaan kata yang lewah dalam pembinaan ayat perlu dielakkan. | Tatabahasa | 15.12.2015 |
mana satu yang paling betul dan paling tepat? 1. berdasarkan pernyataan informan... 2. berdasarkan penyataan informan... 3. berdasarkan kenyataan informan... | Berdasarkan cadangan padanan jawapan yang diberikan, ayat yang betul ialah "berdasarkan kenyataan informan...". | Lain-lain | 15.08.2022 |
Slm, Mohon check ayat di bawah. 1) Serangga apa yang mempunyai kelajuan terbang yang paling laju? Pepatung merupakan serangga yang terbang paling laju dalam kalangan serangga. Ia boleh terbang dalam kelajuan 90 km per jam. Serangga kedua terbang paling laju ialah Human Botfly yang mempunyai kelajuan terbang sebanyak 50 km per jam. Bumblebee pula boleh terbang dalam kelajuan 18 km per jam. tq | Apakah serangga yang terbang yang paling laju? Pepatung merupakan serangga yang terbang paling laju. Ia boleh terbang dalam kelajuan 90 km per jam. Serangga kedua yang terbang paling laju ialah Human Botfly yang mempunyai kelajuan terbang sebanyak 50 km per jam. Bumblebee pula boleh terbang dalam kelajuan 18 km per jam. | Tatabahasa | 19.08.2015 |
Salam sejahtera. Bolehkah imbuhan awalan ter digunakan pada perkataan paling. | Imbuhan awalan ter atau penanda darjah penghabisan, iaitu ter, paling dan sekali tidak boleh hadir serentak dalam satu binaan ayat. Contoh kesalahan lain: tercantik sekali, paling cantik sekali, terpaling cantik, paling tercantik. | Tatabahasa | 28.08.2022 |
Apakah maksud "kumpulan primer" dan "kumpulan sekunder"? | Perkataan “primer” bermaksud paling asas atau paling utama. Manakala perkataan “sekunder” pula bersifat bukan asas atau utama. | Makna | 15.12.2021 |
bolehkah perkataan sekali dengan paling berada dalam satu ayat? | Penanda darjah penghabiasan ter-, paling dan sekali tidak dapat hadir serentak dalam satu binaan.Frasa paling cantiksekali tidak boleh digunakan secara serentak. | Lain-lain | 18.08.2017 |
Salam Tuan, saya ingin kepastian sama ada penggunaan paling tersohor betul atau tidak? Terima kasih. | Penggunaan imbuhan awalan ter- dengan kata penguat "paling" dalam penggunaan kata adjektif dari segi darjah penghabisan membawa maksud yang sama. Tuan/puan boleh memilih sama ada menggunakan awalan ter- + kata adjektif atau penguat paling + kata adjektif. Kedua-duanya bermaksud penanda darjah penghabisan. 1. Ali pelajar tersohor di sekolah itu. atau 2. Ali pelajar paling sohor di sekolah itu. Kedua-dua ayat membawa maksud yang sama | Tatabahasa | 22.09.2017 |