Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Perkhidmatan ; Artikel ; Karyawan ; Puisi ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Universiti Awam ; Kerajaan Malaysia ; Majalah ; Katan ; Pantun ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Ensiklopedia
Tajuk Sinopsis Bidang Klasifikasi
SALEHA MOHD. ALI, DATO' PADUKA

SALEHA MOHD. ALI, Dato Paduka (1923 -      ), tokoh kebajikan dan korporat.  Dia lahir pada 29 Januari 1923 di Kelang, Selangor.  Dia mendapat pendidikan awal di sekolah Melayu di Kelang.  Kemudian dia melanjutkan pelajarannya di St. Marys Girls School, Kuala Lumpur.  Pada tahun 1946, Saleha meneruskan pengajiannya di London School of Economics dan memperoleh diploma dalam bidang Ekonomi dan Sains Kemasyarakatan.  Dia adalah antara anak Melayu terawal yang berjaya dihantar belajar di luar negara.

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
MUMTAZ JAAFAR, DATUK PADUKA

Mumtaz  Jaafar, Datuk Paduka (1962- ), pelumba lari negara. Beliau lahir pada 1 Januari 1962 di Nilai, Negeri Sembilan. 

SUKANTokoh
RAHMAH OSMAN, DATO' PADUKA

RAHMAH OSMAN, Dato Paduka (1939 -        ), ahli politik, Naib Ketua Pergerakan Wanita UMNO Malaysia (1984-1987) dan Ketua Pergerakan Wanita Parti Semangat 46 (1988-1992). Dia lahir pada 12 Jun 1939 di Kuala Lumpur. Rahmah mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Bukit Istana, Kelang dan Kuala Lumpur. Kemudian dia menyambung pelajarannya di Sekolah Perempuan Bukit Bintang hingga Tingkatan Lima. Dia memperoleh Higher School Certificate (HSC) di sebuah sekolah perdagangan di Kuala Lumpur. Setelah bekerja, Rahmah kemudiannya menyambung pelajarannya dan memperoleh Diploma Kewartawanan dari London School of Journalism pada tahun 1971.

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
TUNKU ANUM RAJA JAMBANGANTUNKU ANUM RAJA JAMBANGAN (  ?  - 1853), pembesar empat Kedah, bergelar Seri Paduka Raja.  Tidak diketahui dengan tepat tarikh kelahirannya tetapi semasa pendudukan Siam di Kedah (1821-1842), dia dianggap seorang tokoh tua yang disegani di Kedah.  Nama penuhnya ialah Tunku Anum bin Tunku Abdul Rahman, keturunan Sultan Muhammad Jiwa (1710-1778).  Bagaimanapun dia lebih dikenal dengan gelaran Tunku Paduka Raja Jambangan.  Gelaran ini diperolehnya pada bulan Ogos 1809 apabila dilantik oleh Sultan Ahmad Tajuddin sebagai ketua utusan bunga mas dan perak.  Dengan tugas ini dia dikehendaki mengetuai rombongan menghantar ufti ke Ligor sebelum dikirimkan ke Bangkok.SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
TUN ABDUL JAMILTUN ABDUL JAMIL (? -1688), pembesar kerajaan Johor.  Dia adalah salah seorang anak Laksamana Johor yang meninggal dunia pada tahun 1640-an.  Dengan itu jawatan laksamana dipegang oleh Tun Abdul Jamil.  Pada mulanya dia bertugas sebagai panglima, kerana kecekapan dan kebolehannya dia dinaikkan pangkat menjadi ketua juak raja dengan gelaran Panglima Muda, seterusnya menjawat jawatan Megat Seri Rama, Laksamana dan Paduka Raja.  Jawatan Paduka Raja adalah bakal Bendahara.SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
KESULTANAN PAHANG

KESULTANAN PAHANG, institusi kerajaan Pahang. Kesultanan Pahang hari ini ialah keturunan Bendahara Siwa Raja Wan Ahmad yang diisytiharkan oleh pembesar negeri sebagai Sultan Pahang dengan gelaran Sultan Ahmad Al-Muazzam Syah. Baginda ditabalkan pada 12 Disember 1884. Dalam buku Sejarah Melayu dinyatakan Pahang di bawah pengaruh Siam dan ditadbirkan oleh Maharaja Dewa Sura. Sultan Mansur Syah, Sultan Melaka, menghantar Bendahara Paduka Raja, Tuk Pikrama, Seri Bija Diraja dan Tun Bijaya Maha Menteri bersama-sama askar menyerang Pahang. Setelah Pahang dikalahkan, Seri Bija Diraja (Tun Hamzah) dilantik sebagai pemerintah Pahang. Setiap tahun Seri Bija Diraja menghadap Sultan Melaka.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIKesultanan/Kerajaan/Pemerintahan
SULTAN ABDUL JALIL RIAYAT SYAH IV

SULTAN ABDUL JALIL RIAYAT SYAH IV (? 1721), Sultan Johor-Riau-Lingga-Pahang (1699 1718).  Nama sebenarnya ialah Tun Abdul Jalil.  Baginda menjadi bendahara dengan gelaran Bendahara Paduka Raja Johor semasa pemerintahan Sultan Mahmud Syah II (1685 1699).  Sultan Mahmud mangkat dibunuh oleh Megat Seri Rama pada tahun 1699 tanpa meninggalkan zuriat.  Justeru itu, Bendahara Tun Abdul Jalil melantik dirinya sebagai Sultan Johor dan memakai gelaran Sultan Abdul Jalil Riayat Syah IV.  Adinda baginda, Tun Mahmud, dilantik sebagai Raja Muda dan Tun Mas Anom sebagai Bendahara Seri Maharaja.

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
TUN MAI ULAT BULUTUN MAI ULAT BULU ( ? - ? ), salah satu watak dalam Sejarah Melayu.  Nama sebenar Tun Mai Ulat Bulu ialah Tun Mayuddin.  Dia adalah anak Tun Zainal dan cucu kepada Bendahara Paduka Raja Tun Perak.  Tun Mai Ulat Bulu berani berdebat dengan gurunya kerana mempertahankan kewibawaan bahasa Melayu.  Dia telah berusaha memperdalami ilmu agama dan bahasa Arab dengan berguru kepada Makhdum Sadar Jahan, seorang mualim dan pendeta dari Jeddah yang telah datang ke Melaka untuk berdagang sambil berdakwah.SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
YAHYA M.S.YAHYA M.S. (1939-    ) penyair dan penulis Brunei Darussalam.  Dia lahir pada 21 Ogos 1939 di Kampung Lorong Sikuna, Brunei Darussalam.  Nama penuhnya ialah Pehin Siraja Khatib Dato  Paduka Seri Setia Ustaz Awang Haji Yahya bin Haji Ibrahim.  Dia turut menggunakan nama pena Maya Borneo, Madah Satria dan Yusra Hariry.    Yahya M.S. menerima pendidikan Melayu, Inggeris dan Arab.  Dia pernah terdidik di Sekolah Arab Al-Juneid, Singapura dari tahun 1955 hingga tahun 1958.  Kemudian dia menyambung pelajarannya di Kolej Islam Malaya, Kelang, Selangor (1958-1963).  Seterusnya dia melanjutkan pengajiannya di Universiti al-Azhar, Mesir (1965-1967) dan menerima Ijazah Sarjana Sastera (M.A.) dalam Jurusan Pengajian Arab.SASTERATokoh
WAN MAT SAMAN

WAN MAT SAMAN (1830-an-1898), pentadbir.  Nama penuhnya ialah Wan Muhammad Saman bin Wan Ismail.  Dia lahir di Alor Janggus, Alor Setar.  Dia berketurunan keluarga pembesar negeri.  Datuknya yang bergelar Dato Seri Paduka Raja Laksamana pernah menjadi Menteri Keempat Kedah, sementara ayahnya Wan Ismail pernah dilantik sebagai salah seorang penasihat utama kepada Sultan Ahmad Tajuddin Mukarram Syah (1853-1879).  Wan Ismail juga tokoh yang bertanggungjawab menaikkan Sultan Ahmad Tajuddin ke atas takhta.  Hubungan Wan Ismail dan anaknya Wan Mat Saman dengan Sultan Ahmad Tajuddin bertambah rapat lagi apabila sultan berkahwin dengan Wan Hajar, kakak kepada Wan Mat Saman.

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata paduka