Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Artikel ; Puisi ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Peribahasa ; Novel ; Dialek ; Kamus Istilah Sains Kewangan ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Pantun
Pantun Sumber Tema
Lama sudah pelita padam, Mahu dipasang tak ada sumbu; Lama sudah cinta kupendam, Mahu berterang lidahku kelu.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Cari kapas hutan Merlimau, Padam api tinggal bara; Kalau lepas mulut rimau, Tempuh lalang takut juga.Kurik Kundi Merah SagaKiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran
Sejak nasi menjadi bubur, Akal padam badan mengeram; Sejak babi menjadi mandur, Halal haram dimakan orang.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Yang pelita jangan dipadam, Bila padam gelaplah dunia; Yang cinta jangan dipendam, Bila dipendam hidup merana.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Kucing kurus menghembus api, Sudah hembus padam menyala; Kurus kering kerana susah hati, Kerana telinga tak mendengar kata.Kurik Kundi Merah SagaNasihat Nasihat
Kemuning kayu di rimba, Mari digenggam padam baranya; Putih kuning tidur di riba, Bentangkan tikar banyak bahayanya.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Sungguh bertuah kuali pesuk, Pesuknya membuat api padam; Sungguh bertuah berbini gemu. Gemuknya dapat menjadi tilam.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Kalau bermalam di tengah jalan, Jangan selalu berasa khuatir; Kalaulah padam nyawa di badan, Di batu nisan cinta kuukir.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Jikalau malam orang berakit, Setelah siang badan pun lesu; Jikalau padam bintang di langit, Barulah hilang kasih sayangku.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Orang menekat serta menyulam, Terlalu asyik banyak yang pening; Abang ibarat pelita padam, Sumbu pendek minyak pun kering.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Tesaurus
 
padam (kata kerja)
1. Dalam konteks api
bersinonim dengan mati, pudur, melindap,
Berantonim dengan menyala

2. Dalam konteks kemarahan
bersinonim dengan reda, berkurangan, beransur kurang,
Berantonim dengan meluap

3. Bersinonim dengan hilang: luput, hapus,
Berantonim dengan menjelma

Kata Terbitan : memadamkan, pemadaman, pemadam,

Puisi
 

Kucing kurus menghembus api,
     Sudah hembus padam menyala;
Kurus kering kerana susah hati,
     Kerana telinga tak mendengar kata.



Lihat selanjutnya...