Permainan luncur air, sejenis sukan air yang menguja dengan pemainnya menunggang buih ombak di lautan. Penduduk di pulau yang kini dikenali sebagai Hawaii telah bermain luncur air sebelum penjelajah Christopher Columbus belayar ke Dunia Baru pada tahun 1492. Sekarang permainan luncur air sangat popular di banyak negara, termasuk Australia , Brazil, Perancis, Indonesia, Jepun, Portugal, Peru , Afrika Selatan, dan Amerika Syarikat. |