PeribahasaYang ombak itu ombak juga, yang air itu air juga.TakrifOrang kaya itu kaya juga dengan kikir dan tamaknya; orang miskin itu miskin juga dengan melarat dan sebagainya.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaOmbak yang kecil jangan diabaikan (= ditidakkan).TakrifPerkara kecil yang dapat mendatangkan bahaya, jangan dianggap mudah atau jangan disia-siakan.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaOmbak membanting sendirinya.TakrifMarah yang sia-sia.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBagai ombak purus.TakrifSuara riuh-rendah.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaSeperti ombak membanting diri.TakrifBerkeluh-kesah.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaAngin berputar, ombak bersabung.TakrifPerkara yang amat sulit.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaAngin bersiru, ombak bersabung.TakrifPerkara yang amat sulit. (Peribahasa lain yang sama makna: Angin berputar, ombak bersabung).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaMenguap-nguap bagai orang ombak.TakrifSangat ketagih (minuman, candu, rokok dan sebagainya). (Peribahasa lain yang sama makna: Menguap-nguap bagai ikan kekeringan). orang ombak = orang hampir mati.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaSilih berganti bagai ombak di tepi pantai.TakrifKehidupan yang tiada tetap.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaSeperti beting dipalu ombak.TakrifKehidupan yang tidak tenteram, senantiasa diganggu orang. beting = gosong panjang di muara sungai.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
|
Puisi |
---|
|
Pasang ombak di laut tinggi, Gelombang macam di Tanjung Puri; Jika abang berjiwa tinggi, Jika sungguh menyerah diri.
Lihat selanjutnya... |
|