Kata |
Takrif |
Sumber |
oda | (Sas) sajak panjang yg menyanjung atau memuji seseorang atau sesuatu atau utk meraikan sesuatu peristiwa. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
Istilah Sumber |
Istilah Sasar |
Bidang |
Subbidang |
Huraian |
ode | oda | Kesusasteraan | Tiada | Sajak lirik yang panjang dan serius subjeknya, tinggi stailnya, dan elaborat bentuk stanzanya. Oda menampilkan tema yang mulia, gaya yang sangat rasmi, dan nada yang menyanjung. Oda dapat merakamkan peristiwa umum yang penting atau yang berkaitan dengan kehidupan peribadi. Oda juga mengandungi pujian terhadap seseorang. Jenis prototaip puisi ini diketengahkan oleh penyair Greek yang bernama Pindar yang bermodalkan lagu daripada korus drama Greek. Dalam sastera Inggeris oda digunakan oleh Ben Johnson (1572) yang meratapi kematian seorang tokoh melalui karyanya berjudul Ode on the Death of Sir H. Morison. |
ode | oda | Kesusasteraan | Puisi | Puisi yang membawakan pemikiran dan tema-tema berupa sanjungan, pemujaan dan pujian, terutama terhadap seseorang tokoh, pemimpin atau objek-objek yang disanjungi dan dihormati. Puisi-puisi yang dijadikan lagu-lagu nasyid adalah merupakan puisi oda yang liriknya menyanjung tentang kemuliaan Nabi Muhammad s.a.w dan keagungan Allah s.w.t. |
horation ode | oda horas | Kesusasteraan | Tiada | Sajak lirik Inggeris yang diilhamkan daripada lagu karya penyair rome yang bernama Horace. Dalam sajak ini, setiap stanza biasanya mempunyai bentuk dan pola meter yang sama. Sajak ini berbeza dengan sajak lirik ciptaan Pindar. Lihat juga oda. |
lyric | lirik | Kesusasteraan | Tiada | Puisi pendek yang menyuarakan pemikiran dan perasaan sesorang penyair. Puisi ini mungkin diucapkan secara bersendirian atau kepada watak lain. Dalam kebanyakan puisi lirik, watak tersebut adalah rekaan dan berbeza dengan watak penyair. Tema lirik biasanya tentang percintaan dan suasana perasaan watak juga berhubungan dengan percintaan tersebut. Puisi lirik merupakan suatu pernyataan ringkas tentang keadaan perasaan watak seperti dalam sajak bertajuk To Night oleh Shelley. Jenis-jenis puisi lirik ialah soneta, oda, elegi dan haiku. Puisi lirik yang lebih kompleks dan pabnjang ialah elegi dan oda. Contoh puisi Oda ialah On the Morning of Christs Nativity oleh Milton. Lihat juga oda. |
antistrophe | antistrofa | Kesusasteraan | Puisi | Bahagian kedua daripada tiga bait atau stanza puisi lirik, atau salah satu tiga bentuk stanza dalam 'Oda Yunani' yang dinyanyikan beramai-ramai. |
palinode | palinoda | Kesusasteraan | Tiada | Karangan yang bertujuan untuk menolak pendapat (kepercayaan, pegangan) yang telah dihasilkan oleh penyair/penulis terdahulu. Dalam kesusasteraan, khususnya puisi, palinoda lazimnya ditujukan untuk menafikan tulisan yang terdahulu, terutamanya terhadap penulisan oda yang awal. |
Kata |
Sebutan |
Jawi |
oda | [o.da] | اودا |
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata oda |
|
|