Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Artikel ; Ensiklopedia ; Buku ; Direktori Karyawan ; Pengesahan Bahasa ; Kerajaan Malaysia ; Novel ; Kamus Istilah Sains Kewangan ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Khidmat Nasihat
Soalan Jawapan Jenis Soalan Tarikh Soalan
apakah maksud norma?Menurut Kamus Dewan Edisi Empat, norma ialah ukuran untuk menentukan sesuatu; Norma juga bermaksud peraturan atau ketentuan yang telah menjadi kebiasaan yang dijangka akan dipatuhi oleh setiap anggota masyarakat dan sebagainya: dia ingin memelihara ukuran-ukuran dan norma yang telah ditetapkan; tindakan mereka mengikut norma dan peraturan kekeluargaan mereka.Makna18.02.2013
Saya ingin bertanya, manakah yang tepat. Selamat kembali ke sekolah BERSAMA norma baharu Atau Selamat kembali ke sekolah DENGAN norma baharu Terima kasih.Penggunaan yang betul ialah  Selamat kembali ke sekolah dengan norma baharu. Tatabahasa28.03.2021
Salam. Adakah betul terjemahan New Normal yang sering diguna pakai sekarang ialah Norma Baharu/Baru? Bukankah sepatutnya ialah Kebiasaan Baharu/Baru? Setahu saya, Norma tak sama maksudnya dengan Normal.
Padanan bahasa Melayu bagi new normal ialah kebiasaan baharu manakala new norm pula ialah norma baharu.

Kebiasaan baharu merupakan tindakan atau tingkah laku yang baharu atau tidak seperti kebiasaan untuk dijadikan standard atau biasa disebabkan oleh sesuatu perkara seperti pandemik penyakit berjangki, dalam usaha mengadaptasi keadaan baharu.

Norma baharu pula merupakan peraturan yang diterima atau diguna pakai oleh masyarakat disebabkan berlakunya sesuatu perkara seperti pandemik penyakit berjangkit.
Penyemakan dan penterjemahan02.06.2020
adakah pihak DBP akan memberi kursus berkaitan penulisan ilmiah jika diminta oleh sesuatu jabatan? Bagaimana prosedurnyaSila berhubung dengan  Ketua Bahagian Pembangunan Sumber Manusia, Dewan Bahasa dan Pustaka melalui e-mel  norma@dbp.gov.my">norma@dbp.gov.my untuk mendapatkan maklumat lanjut.Lain-lain01.11.2010
(iii) Amalan rasuah dapat dihapuskan jika semua pihak dapat menerima hakikat bahawa amalan itu bertentangan dengan ajaran agama dan etika masyarakat yang bertamadun. bolehkah perkataan etika digantikan dengan kata 'norma'?Perkataan etika boleh digantikan dengan norma. Amalan rasuah dapat dihapuskan jika semua pihak dapat menerima hakikat bahawa amalan itu bertentangan dengan ajaran agama dan norma masyarakat yang bertamadun.Lain-lain05.05.2010
saya ingin bertanya tentang biasiswa yang ditawarkan oleh pihak DBP. Bilakah permohonan untuk biasiswa tersebut bagi tahun 2009 dibuka?

Untuk keterangan lanjut tentang persoalan tersebut kepada Puan Norma binti Mohd. Nazim, Ketua Bahagian Pembangunan Sumber Manusia, Dewan Bahasa dan Pustaka, melalui no. telefon 03-21439135 atau e-mel: norma@dbp.gov.my">norma@dbp.gov.my.

Lain-lain12.06.2009
Assalamualaikum Mohon perhatian dan DBP,penggunaan Norma Baharu atau Normal Baharu yang lebih tepatnya dalam situasi sekarang.Kerana kalau di dalam Bahasa Inggerisnya di sebut NEW NORMAL bukannya NEW NORM. Terima kasih.
Padanan bahasa Melayu bagi new normal ialah kebiasaan baharu manakala new norm pula ialah norma baharu.

Kebiasaan baharu merupakan tindakan atau tingkah laku yang baharu atau tidak seperti kebiasaan untuk dijadikan standard atau biasa disebabkan oleh sesuatu perkara seperti pandemik penyakit berjangki, dalam usaha mengadaptasi keadaan baharu.

Norma baharu pula merupakan peraturan yang diterima atau diguna pakai oleh masyarakat disebabkan berlakunya sesuatu perkara seperti pandemik penyakit berjangkit.

Puan boleh rujuk laman FB Dewan Bahasa dan Pustaka untuk istilah semasa. 
Penyemakan dan penterjemahan02.06.2020
Jelaskan maksud penggunaan kata 'normal baharu' dan perbezaan penggunaan kata 'norma baharu'. Terima kasih.

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, maksud normal ialah menurut aturan, keadaan, pola yang lazim atau biasa, contoh ayat: Fisioterapi akan membantu otot-otot yang cedera itu untuk pulih ke keadaan normal.

 

Manakala perkataan norma pula membawa maksud ukuran untuk menentukan sesuatu, peraturan atau ketentuan yang telah menjadi kebiasaan yang dijangka akan dipatuhi oleh setiap anggota masyarakat dan sebagainya, contoh ayat: Dia ingin memelihara ukuran-ukuran dan norma yang telah ditetapkan; Tindakan mereka mengikut norma dan peraturan kekeluargaan mereka

Penyemakan dan penterjemahan24.04.2020
antara 'norma baharu' atau 'normal baharu", mana satu yang betul?

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, maksud normal ialah menurut aturan, keadaan, pola yang lazim atau biasa, contoh ayat: Fisioterapi akan membantu otot-otot yang cedera itu untuk pulih ke keadaan normal.

 

Manakala perkataan norma pula membawa maksud ukuran untuk menentukan sesuatu, peraturan atau ketentuan yang telah menjadi kebiasaan yang dijangka akan dipatuhi oleh setiap anggota masyarakat dan sebagainya, contoh ayat: Dia ingin memelihara ukuran-ukuran dan norma yang telah ditetapkanTindakan mereka mengikut norma dan peraturan kekeluargaan mereka

Penyemakan dan penterjemahan13.05.2020
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Antara dua ini, manakah penggunaan yang betul? Normal baharu-Patuh arahan PKPB atau Norma baharu-Patuh arahan PKBP. Terima Kasih.Penggunaan perkataan yang betul ialah “Norma baharu-Patuh arahan PKBP” kerana “norma” bermaksud “peraturan baharu yang diterima atau diguna pakai oleh masyarakat disebabkan berlakunya sesuatu perkara seperti pandemik penyakit berjangkit”. Manakala normal pula membawa makna, tindakan atau tingkah laku yang baharu atau tidak seperti kebiasaan untuk dijadikan standard atau biasa disebabkan oleh sesuatu perkara seperti pandemik penyakit berjangkit, dalam usaha mengadaptasi keadaan tertentu.Makna12.05.2020
Tesaurus
 
norma (kata nama,)
Bahasa Asal :Inggeris
Bersinonim dengan standard, kriteria, gren, tingkat, garis panduan, model, keunggulan, pola, contoh, sampel, spesifikasi, kayu ukur, batu uji.,