Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Artikel ; Ensiklopedia ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Jurnal ; Pengesahan Bahasa ; Kerajaan Malaysia ; Kamus Istilah Sains Kewangan ; Glosari Linguistik Korpus ; Glosari Linguistik Korpus 2 ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Ujian
PERKATAAN PADANAN BIDANG HURAIAN
tunneling currentSejenis arus yang berlaku apabila nisbah ketumpatan arus melepasi sawar yang dibahagi dengan ketumpatan arus tuju tersebut yang bernilai bukan 0 (sawar ultranipis dan elektron yang mencukupi), maka elektron tersebut berjaya melepasi sawar. dengan Io = arus tuju, It = arus sawar, E = tenaga dan V = tenaga keupayaan.
nanorodStruktur yang bentuknya seperti batang kayu, berdiameter 1 nm -100 nm dan nisbah panjang terhadap lebar adalah antara 3 - 5. Beberapa nanorod diperbuat daripada logam atau bahan semikonduktor, contohnya emas dan silikon karbida (SiC). Nanorod dihasilkan menerusi sintesis kimia dan mempunyai kegunaan meluas dalam teknologi paparan hingga kepada mikroelektromekanik (MEMS).
quantum yieldUkuran kecekapan penyerapan cahaya dalam suatu sistem kuantum yang diungkapkan sebagai nisbah jumlah foton yang dipancarkan oleh bahan terhadap jumlah foton yang diserap. Contohnya, pemancaran cahaya oleh bintik kuantum apabila diuja oleh sinaran yang mempunyai jarak gelombang lebih pendek seperti sinaran ultralembayung.
mass analyzerSpektrometer jisim yang digunakan untuk menentukan komposisi kimia suatu sampel berasaskan pemisahan ion mengikut nisbah jisim per cas (m/z). Bahan sampel analisis ini terlebih dahulu dijadikan ion bergas dan dialirkan dalam medan magnet dan elektrik. Alat ini juga dapat menentukan komposisi isotop satu atau lebih unsur dalam sesuatu sebatian.
field emissionPenerowongan kuantum yang elektronnya merentasi suatu halangan di bawah pengaruh medan elektrik yang tinggi. Fenomena ini amat bergantung pada sifat bahan dan bentuk katod tertentu sehingga nisbah aspek tinggi menghasilkan arus pancaran medan yang tinggi. Pancaran medan digunakan sebagai sumber elektron dalam elektron ingatan kilauan, mikroskop, sistem mikroelektromekanik (MEMS) dan paparan pancaran medan. Pancaran ini dikenali juga sebagai penerowongan Fowler-Nordheim.
1
Tesaurus
 
nisbah (kata nama)
Bersinonim dengan perbandingan, perimbangan, kadar, nilai, skala.,