Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Artikel ; Ensiklopedia ; Buku ; Direktori Karyawan ; Pengesahan Bahasa ; Novel ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Khidmat Nasihat
Soalan Jawapan Jenis Soalan Tarikh Soalan
Ujian oleh NisaUjian oleh NisaLain-lain01.05.2011
Apakah kesalahan dalam surat yang saya sertakan ini?Surat daripada pihak tuan yang telah dihantar kepada pihak kami merupakan dokumen yang perlu disemak dan kadar penyemakan dokumen tersebut ialah sebanyak RM6 untuk satu muka surat. Sila e-melkan semula dokumen tersebut kepada pegawai kami melalui e-mel nisa@dbp.gov.my">nisa@dbp.gov.my untuk penyemakan dan tindakan yang selanjutnya.Penyemakan dan penterjemahan08.02.2018
Salam sejahtera khairun nisa', Soalan : apakah perbezaan makna bagi perkataan "berasa" dan "merasa" Jawapan : Menurut Kamus Dewan, berasa bermaksud (i) mendapat rasa (yang dialami oleh bahagian badan) seperti berasa sakit ; (ii) mempunyai rasa seperti masin dan manis ; (iii) mengalami rasa di dalam hati seperti berasa suka. Manakala merasa pula bermaksud (i) mengalami rasa dengan lidah seperti manis, masin ; (ii) mengalami rasa (sakit dan lain-lain) pada tubuh. Terima kasih kerana menggunakan perkhidmatan Khidmat Nasihat Dewan Bahasa dan Pustaka. Merujuk kepada jawapan daripada pihak tuan/pn, boleh disimpulkan bahawa maksud perkataan "berasa" dan "merasa" adalah sama. Penggunaan bahasanya juga adalah sama. contohnya, Saya berasa sakit. Saya merasa sakit. Saya berasa gembira. Saya merasa gembira. Adakah kenyataan saya betul?Berasa dan merasa, kedua-dua perkataan tersebut terbitan daripada kata rasa dan maknanya keduanya hampir sama (merujuk Kamus Dewan). Dari segi amalannya perkataan berasa biasanya dikaitkan dengan makna (i) dan (iii), manakala merasa pula biasanya dikaitkan dengan makna (i)Tatabahasa06.12.2007
1)Akmal menendang sekuat hati bola itu.2)Nisa menyuap dengan tertib makanan itu. 3)dengan bersukan , badan menjadi sihat. 4)Pak Mail memukul ular itu dengan sebatang kayu.Ayat pertama dan kedua salah kerana memisahkan kata kerja transitif dengan objeknya. Ayat kedua dan keempat betul kerana mengikut rumus tatabahasa bahasa Melayu.Tatabahasa10.03.2011
Assalamualaikum, Adakah perkataan bahasa Arab yang dimulai dengan kalimah 'al' perlu diletakkan huruf besar selepasnya? Contohnya: al-Rihal, al-hikmah, al-nisa dan sebagainya (yang membawa maksud umum) Terima kasih.Perkataan bahasa Arab yang dimulai dengan kalimah 'al' sama sahaja sistem penggunaan huruf besar atau kecil dalam teks.  Jika penggunaan 'al' itu merupakan kata nama, maka diletakkan huruf besar selepasnya, jika bukan, maka huruf kecil digunakan.Ejaan25.02.2020
Perkataan `Al di depan nama Arab Bagaimana mengeja nama orang Arab yang bermula dengan `Al dalam dua situasi. Contohnya: Al-Mamun. 1. Situasi di depan nama Al-Mamun. Apakah huruf `A itu mesti huruf besar (bukan di permulaan ayat) seperti: Dalam kitabnya, Al-Mamun menjelaskan 2. Situasi di tengah nama - Ishaq al-Junaidi. Apakah huruf `A itu ditulis dengan huruf kecil atau huruf besar? 3. Apakah ejaan `al dikekalkan sekiranya terletak di depan perkataan Arab yang bermula dengan huruf d, n, r, s, dan t, seperti: al-Duha atau `ad-Duha? al-Nisa atau 'an-Nisa? al-Rad atau `ar-Rad? al-Syuara atau as-Syuara? al-Takwir atau at-Takwir? `al-Zalzalah atau `az-Zalzalah? *Apakah kemungkinan ejaannya kekal tetapi sebutan sahaja yang berubah?Mengikut buku Gaya Dewan, ejaan "Al" untuk nama pada awal ayat, gunakan huruf besar.  Contoh: Al-Makmun.  Sekiranya di tengah ayat, gunakan huruf kecil.  Contoh: Dalam kitabnya, al-Makmun mengatakan....Untuk nama Ishak al-Junaidi, gunakan huruf kecil.  Ejaan "al" dikekalkan sekiranya terletak di hadapan huruf d, n, r, s dan t.  Contoh: al-Duha, al-Ra'd, al-Nisa' dan sebagainya.Ejaan20.12.2016
1
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata nisa