Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Artikel ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Peribahasa ; Pengesahan Bahasa ; Novel ; Pantun ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Ensiklopedia
Tajuk Sinopsis Bidang Klasifikasi
SURAH QURAYSH

Surah Quraysh ialah salah satu daripada surah

Makkiyyah, surah yang ke-106 mengikut susunan

surah-surah al-Quran dan mengandungi empat

ayat. Surah ini dinamakan Quraysh kerana ia

menceritakan mengenai nikmat-nikmat yang Allah

S.W.T. kurniakan kepada orang-orang Quraisy.

UMUM
SYURGA

Syurga ialah tempat yang penuh nikmat di akhirat,

yang disediakan oleh Allah S.W.T. bagi orang yang

beriman dengan-Nya, dengan para malaikat, kitab-kitab

suci, para rasul, hari akhirat dan yang sentiasa

melakukan kebaikan.

UMUM
MEMORI

Memori ialah kebolehan untuk mengingat

sesuatu yang sudah dipelajari atau yang pernah

dialami. Memori merupakan bahagian penting

dalam proses pembelajaran. Jika kita tidak

mengingati langsung tentang masa lampau, maka

kita tidak akan dapat mempelajari sesuatu yang

baru. Semua pengalaman kita akan hilang sebaik

sahaja pengalaman tersebut berakhir dan setiap

keadaan baru betul-betul merupakan suatu perkara

yang asing. Tanpa memori kita akan mengalami

pengalaman yang sama berulang kali untuk

pertama kalinya. Kita juga akan kehilangan

nikmat yang diberikan oleh memori kepada

kehidupan nikmat kenangan yang indah di

samping kenangan yang menyedihkan.

UMUM
SURAH AL-KAWTHAR

Surah al-Kawthar ialah salah satu daripada

surah Makkiyyah, surah yang ke-108 mengikut

susunan surah-surah al-Quran dan mengandungi

tiga ayat. Ia dinamakan surah al-Kawthar (kebaikan

yang banyak) berdasarkan firman Allah S.W.T. di

dalam surah tersebut yang bermaksud:

Sesungguhnya kami telah berikan kepadamu

nikmat yang banyak (al-Kawthar).

(Surah al-Kawthar 108:1)

UMUM
SURAH AL-FURQAN

Surah al-Furqan ialah salah satu daripada surah

Makkiyyah, surah yang ke-25 mengikut susunan

surah-surah al-Quran dan mengandungi 77 ayat.

Surah ini dinamakan al-Furqan kerana Allah S.W.T.

menyebut tentang al-Quran melalui ayat-ayat surah

ini dengan menyatakan bahawa ia adalah kitab

yang diturunkan kepada hamba-Nya, Muhammad

s.a.w. Al-Quran adalah suatu nikmat yang terbesar

kepada seluruh manusia kerana ia umpama cahaya

terang dan gemilang yang dijadikan oleh Allah

S.W.T. sebagai pembeza antara kebenaran dengan

kebatilan, antara cahaya dengan kegelapan serta

antara kekufuran dengan keimanan. Lantaran itu al-

Quran selayaknya diberi nama al-Furqan atau

pemisah.

UMUM
SURAH SABA'

Surah Saba ialah salah satu daripada surah

Makkiyyah, surah yang ke-34 mengikut susunan

surah-surah al-Quran dan mengandungi 54 ayat.

Surah ini dinamakan Saba kerana Allah S.W.T.

ada menyebut dalam al-Quran cerita negeri Saba,

iaitu cerita tentang raja-raja Yaman. Penduduk di

negara tersebut hidup dalam kenikmatan dan

kemewahan, kegembiraan dan ketenangan.

Tempat tinggal mereka dipenuhi dengan kebun-kebun

dan taman-taman. Apabila mereka mengkufuri nikmat

yang dikurniakan oleh Allah S.W.T., mereka dihancurkan

dengan banjir besar. Kisah ini menjadi pengajaran

kepada orang yang mahu mengambil iktibar.

UMUM
SURAH AL-NAML

Surah al-Naml ialah salah satu daripada surah

Makkiyyah, surah ke-27 mengikut susunan surah-surah

al-Quran dan mengandungi 93 ayat. Ia

dinamakan al-Naml (semut) kerana Allah S.W.T.

menyebut di dalamnya cerita seekor semut yang

telah memberi peringatan kepada kaum

sejenisnya, dan mengingatkan serta meminta maaf

kepada Nabi Sulayman a.s. dan para tenteranya.

Nabi Sulayman a.s. tersenyum kerana dia

memahami kata-kata semut itu dan bersyukur

kepada Allah S.W.T. kerana dikurniakan kelebihan

dan nikmat tersebut.

UMUM
PERSATUAN NELAYAN KEBANGSAAN

PERSATUAN NELAYAN KEBANGSAAN, persatuan yang menggabungkan berbagai-bagai persatuan nelayan tempatan untuk meningkatkan taraf ekonomi dan sosial masyarakat nelayan.  Persatuan ini lebih dikenal sebagai NEKMAT.  NIKMAT ditubuhkan pada 27 Oktober 1985 dan dirasmikan oleh Dato Seri Anwar Ibrahim, Menteri Pertanian Malaysia, di Lumur, Perak.  Persatuan ini didaftarkan pada 30 November 1985.

BUDAYAPersatuan
1
Tesaurus
 
nikmat
1. Bersinonim dengan enak
( sedap, lazat, seronok, nyaman, naim, )
(adjektif:)

2. Bersinonim dengan anugerah Allah
( kurnia, pemberian Allah, )
(kata nama:)

Kata Terbitan : menikmati, kenikmatan,