Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Artikel ; Buku ; Direktori Karyawan ; Pengesahan Bahasa ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Khidmat Nasihat
Soalan Jawapan Jenis Soalan Tarikh Soalan
Selamat sejahtera. Adakah kata penguat "nian" HANYA digunakan untuk kata adjektif indah iaitu INDAH NIAN? ATAU Kata penguat "nian" boleh digunakan untuk semua kata adjektif? Contohnya, bersih nian, cantik nian, sihat nian... Terima kasihNian bermaksud terlalu sangat,amat, benar, sungguh. Kata nian digunakan untuk menguatkan maksud kata sebelumnya. Berdasarkan maksud ini nian bolehlah digunakan dengan kata adjektif lain, seperti cantik nian, indah nian dan sebagainya.Tatabahasa19.03.2017
Selamat sejahtera, Bagaimanakah penggunaan 'nian' dalam ayat? Bagaimana saya hendak menerangkan kpd anak murid saya jika hanya dgn memberi 2 cth iaitu indah nian dan cantik nian? Apakah perkataan lain selain indah dan cantik? Bolehkah gemuk nian atau sebarang kata adjektif digunakan bersama 'nian'?TQNian bermaksud terlalu sangat,amat, benar, sungguh. Kata untuk menguatkan maksud kata sebelumnya. Berdasarkan maksud ini nian bolehlah digunakan dengan kata adjektif lain.Makna30.01.2008
Kata Penguat "nian" boleh digunakan di belakang kata adjektif seperti indah dan cantik. Bagaimana pula dengan kata adjektif lain? Adakah penggunaannya tiada had untuk kata adjektif lain? "elok nian" betul tak?Nian ialah kata penguat yang letaknya di belakang kata adjektif. Nian bermaksud terlalu sangat,amat, benar, dan sungguh. Berdasarkan maksud ini nian bolehlah digunakan dengan kata adjektif lain, contohnya segak nian, bodoh nian.Tatabahasa11.05.2012
Apa kah maksud/kata erti untuk NIANNian bermaksud terlalu sangat, amat, benar, sungguh. Kata untuk menguatkan maksud kata sebelumnya. Kamus Dewan Edisi Keempat, halaman 1080. Makna27.05.2008
Saya ada terbaca dalam laman tuan mengenai penggunaan kata penguat nian yang boleh digunakan di hadapan kata adjektif cantik/indah. Adakah kata penguat ini relevan di hadapan kata adjektif nian.Nian bermaksud terlalu sangat,amat, benar, sungguh. Kata nian digunakan untuk menguatkan maksud kata sebelumnya. Berdasarkan maksud ini nian bolehlah digunakan dengan kata adjektif lain, seperti cantik nian, indah nian dan sebagainya.Tatabahasa08.07.2010
Apakah perbezaan antara penggunaan nian dengan kata penguat belakang lain? Saya mendapati satu soalan dengan wujudnya dua kata penguat belakang, iaitu nian dan benar, murid saya pilih jawapan benar, tetapi jawapan yang diberikan dalam buku itu ialah nian. Adakah cara-cara yang jelas bagi membezakan nian dengan benar?

Saudara/Saudari,

Kata penguat nian dan benar tergolong dalam kata penguat belakang yang hadir selepas kata adjektif. Nian bermaksud terlalu sangat ,amat, benar, dan sungguh. Dari segi hukum penggunaan kata penguat, kedudukannya boleh diletakkan pada sebelum atau selepas kata yang mengikutinya. Contoh:amat kuat, kuat amat, sungguh cantik dan cantik sungguh. Namun, ada juga kata penguat yang hanya boleh diletakkan selepas kata yang mengikutinya. Dalam konteks kata penguat nian dan benar, kedudukannya hanya selepas kata yang mengikutinya.

Jika mengikut sumber kami, tiada kesalahan sekiranya kata penguat nian dan benar digunakan dalam ayat sekiranya penggunaan kata penguat tersebut diletak selepas kata adjektif.  

Saudara/saudari eloklah sekiranya berhubung dengan pihak Kementerian Pelajaran Malaysia, kerana mungkin pihak mereka meletakkan sesuatu kriteria dalam cara penyemakan jawapan para pelajar.

 

Tatabahasa08.09.2012
soalan saya,perkataan INDAH NIAN itu betul atau salah? contoh ayat. pemandangan sawah padi itu indah nian.Nian bermaksud terlalu sangat,amat, benar, sungguh. Kata untuk menguatkan maksud kata sebelumnya. Berdasarkan maksud ini nian bolehlah digunakan dengan kata adjektif lain. Oleh itu, frasa indah nian adalah betul.Tatabahasa01.06.2010
terima kasih atas jawapan tuan. ttetapi dalam kamus dewan edisi ketiga, nian untuk menggambarkan maksud kata sebelumnya. kalau kita guna nian seperti contoh di bawah, boleh tak : tinggi nian bangunan moden itu. terima kasih.Nian merupakan kata penguat belakang iaitu di belakang kata adjektif. Penggunaan nian dalam ayat tersebut betul.Tatabahasa27.05.2013
Saya ada terbaca dalam laman tuan mengenai penggunaan kata penguat nian yang boleh digunakan di hadapan kata adjektif cantik/indah. Adakah kata penguat ini relevan di hadapan kata adjektif indah.Nian bermaksud terlalu sangat,amat, benar, sungguh. Kata nian digunakan untuk menguatkan maksud kata sebelumnya. Berdasarkan maksud ini nian bolehlah digunakan dengan kata adjektif lain, seperti cantik nian, indah nian dan sebagainya.Tatabahasa08.07.2010
kenapa frasa amat indah nian a dalah betul ? amat dan nian membawa maksud sangat. Bukankah kesalahan ini sama dengan paling indah sekali ?Amat, sangat dan sungguh ialah kata penguat bebas yang boleh diikuti oleh sekali. Paling, ter- dan sekali ialah penanda darjah tertinggi. Oleh itu, amat indah nian adalah betul kerana amat ialah kata penguat bebas dan nian ialah kata penguat belakang. Paling indah sekali adalah bentuk lewah, kerana . kedua-dua paling dan sekali ialah penanda darjah tertinggi, maka bentuk ini salah.Tatabahasa27.07.2007
Tesaurus
 
nian (kata tugas)
Bersinonim dengan terlalu, terlampau, sangat, amat, benar, sungguh, mengar.,