Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Artikel ; Puisi ; Ensiklopedia ; Khidmat Nasihat ; Peribahasa ; Novel ; Dialek ; Istilah Sains Kewangan ; Domain_Fik ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Pantun
Pantun Sumber Tema
Dari jauh nampak kelabu, Nampak ke Gunung Jerai; Ini malam kita bertemu, Besok hari kita bercerai.Kurik Kundi Merah SagaPerantauan
Pulau Pisang nampak terendam, Nampak dari Kuala Rambah; Hati rindu bertambah dendam, Pada siapa nak menumpang susah?Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Gunung Daik nampak terlintang, Nampak dari Pulau Pelanduk; Hitam manis sanggul melintang, Tempat abang bersandar masuk.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Riak-riak kata ke toman, Kalau toman nampak riaknya; Nampak layu katakan demam, Kalau demam ada pucatnya.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Nampak rendang pokok belimbing, Gugur buah tepi telaga; Berapa senang berbini sumbing, Kalau marah ketawa juga.Kurik Kundi Merah SagaJenaka
Nampak dari Kuala Segamat, Di situ banyak pokok pauh; Berubah hati berdebar semangat, Kerana bertemu kampung bertuah.Kurik Kundi Merah SagaPerantauan
Nampak perahu terapung-apung, Cik Rasib tukang kemudi; Jangan selalu harapkan untung, Kalau tak nasib mana nak jadi.Kurik Kundi Merah SagaNasihat Nasihat
Nampak dari tanah Makkah, Di sana ramai anak bidadari; Sabarlah kita sebelum nikah, Sama-samalah menjaga diri.Kurik Kundi Merah SagaNasihat Nasihat
Nampak sebuah kapal perang, Rakyat banyak bukan sedikit; Kota Melaka asalnya padang, Kerana siapa jadi bukit?Kurik Kundi Merah SagaKiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran
Nampak fajar di Selat Sunda, Waktu pagi ayam berkokok; Hijau jangan disangka muda, Sudah lama masak di pokok.Kurik Kundi Merah SagaKiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran
Tesaurus
 
nampak (kata kerja)
Bersinonim dengan tengok, melihat, memandang;,
Kata Terbitan : nampaknya, menampakkan, ternampak, ternampak-nampak,

Puisi
 

Pulau Pisang nampak terendam,
     Nampak dari Kuala Rambah;
Hati rindu bertambah dendam,
     Pada siapa nak menumpang susah?



Lihat selanjutnya...
Peribahasa
643

A wolf in sheep's clothing

Orang yang nampak sahaja baik tetapi sebenarnya berbahaya.

Ular berlingkar di gulungan tikar

When you are in a big city, beware of a wolf in sheep's clothing. Danger may lurk beneath a person who for no rhyme or reason tries to be nice to you.

Apabila kamu hidup di kota besar, berwaspadalah dengan ular berlingkar di gulungan tikar. Bahaya mungkin menanti di sebalik orang yang tidak semena-mena cuba berbaik-baik dengan kita.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu



Lihat selanjutnya...