Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Artikel ; Puisi ; Ensiklopedia ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Kerajaan Malaysia ; Novel ; Dialek ; Katan ; Pantun ; Kamus Dewan Perdana ; Istilah Sains Kewangan ; Domain_Fik ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Peribahasa MelayuPeribahasa Inggeris Melayu

Peribahasa

Bulan naik matahari naik.

Takrif

Mendapat untung dan bahagia di kiri kanan.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Sirih naik, junjungan naik.

Takrif

Mendapat untung dan bahagia silih berganti.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Naik tak bertangga, turun tak berpintu.

Takrif

Melakukan sesuatu perbuatan yang salah.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Naik melompat, turun terjun.

Takrif

Hendak memperoleh kejayaan selalunya lambat, tetapi hendak jatuh mudah sekali.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Naik dari janjang, turun dari tangga.

Takrif

Membuat sesuatu pekerjaan menurut aturannya. janjang = jenjang.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Naik basuh kaki saja.

Takrif

Mengerjakan sesuatu pekerjaan dengan mudah. (Peribahasa lain yang sama makna: Tak payah basuh kaki tangan).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Berjanjang naik, bertangga turun.

Takrif

Menurut derajat (darjat) dan kedudukan masing-masing; menurut aturan yang lazim. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Naik dari janjang, turun dari tangga, b. Naik di janjang di tangga, c. Naik tak bertangga, turun tak berpintu).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Naik seperti semut, turun seperti ribut.

Takrif

Hendak memperoleh kejayaan selalunya lambat, tetapi hendak jatuh mudah sekali. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Naik melompat, turun terjun, b. Naik membilang anak tangga, turun selangkah jejaklah ke bumi).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Kaduk naik junjung.

Takrif

Orang hina merasa dirinya mulia.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Kaki naik, kepala turun.

Takrif

Bekerja tak berhenti-henti siang dan malam, selalu sibuk. (Peribahasa lain yang sama makna: Kepala ke bawah, kaki ke atas).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata naik;

Puisi
 

Cubalah abang naik rakit,
     Naik kereta pergi ke hulu;
Bolehlah abang tolong sedikit,
     Supaya adik bolehlah tahu.



Lihat selanjutnya...
Peribahasa
300

The leopard does not change his spots

Sifat atau tabiat seseorang, lazimnya sangat negative, tidak mungkin berubah.

Biarpun kucing naik haji, pulang mengeong juga

I thought that old man had repented when he married that beautiful singer, but the leopard does not change his spots. He still dated young girls, only this time right under his wife's nose!

Saya agakkan orang tua itu sudah bertaubat setelah mengahwini penyanyi cantik manis itu, tetapi biarpun kucing naik haji, pulang mengeong juga. Dia masih keluar dengan gadis-gadis muda, cuma kali ini di depan mata isterinya!

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu



Lihat selanjutnya...