Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Artikel ; Ensiklopedia ; Buku ; Peribahasa ; Kerajaan Malaysia ; Novel ; Dialek ; Katan ; Pantun ; Kamus Dewan Perdana ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Khidmat Nasihat
Soalan Jawapan Jenis Soalan Tarikh Soalan
Nadi Merah assalamualaikum.. mama perkataan yang betul, 'biadab' @ 'biadap'? terima kasih. mana perkataan yang betul, 'biadab' @ 'biadap'? terima kasih.Conversation started today Nadi Merah 12:14pm Nadi Merah assalamualaikum.. mama perkataan yang betul, 'biadab' @ 'biadap'? terima kasih. mana perkataan yang betul, 'biadab' @ 'biadap'? terima kasih. Dewan Bahasa Dan Pustaka 12:29pm Dewan Bahasa Dan Pustaka Waalaikumussalam. Terima kasih bersahabat dengan DBP. Ejaan yang diterima ialah biadab bukan biadap. Antara kata terbitannya ialah kebiadaban dan sebiadab. Biadab terbentuk daripada kata bi (dari bahasa Parsi yang membawa makna tiada ) dan adab (Wilkinson, 1959). Pihak kami mengucapkan terima kasih kepada saudara yang memperlihatkan kesilapan ejaan biadap dan kebiadapan dalam carian kata yang akan kami selaraskan dengan biadab dan kebiadaban yang wujud sebagai entri dan subentri dalam kamus-kamus terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka. Kami mencadangkan agar saudara menjadikan http://prpm.dbp.gov.my sebagai teman di hujung jari. Moga membantu. Sekian.Lain-lain03.06.2014
salam. saya mendapat satu tugasan bagi tajuk 'Transformasi kepimpinan Nadi Penggerak Modal Insan'. namun saya menghadapi sedikit kekeliruan. diharapkan pihak tuan/puan dapat menjelaskan dan menghuraikan kehendak topik ini. terima kasih atas kerjasama yang diberikan.Maklumat yang diperlukan tidak ada dalam pangkalan data kami. Laman web www.prpm.dbp.gov.my membolehkan saudara mencari makna setiap perkataan tetapi tidak ada makna untuk keseluruhan frasa. Oleh itu, kami cadangkan saudara berbincang dengan penganjur yang menyediakan tugasan berkenaan serta membuar rujukan melalui artikel yang berkaitan.Lain-lain10.02.2012
Tuan, Kami ingin mendapatkan pandangan berkaitan istilah berikut, merujuk kepada tajuk yang bakal diberikan kepada penerbitan kami kelak. Adakah kombinasi perkataan bagi tajuk-tajuk tersebut memberi makna dan penggunaanya betul? i. JEJAK WARISAN ii. DENAI BENTALA iii. 3 DEKAD: JEJAK DAN DENAI BENTALA iv. 3 DEKAD: DENAI NADI DAN JIWA Terima kasih kerana membantu.Frasa Jejak  Warisan dan Denai : Nadi dan jiwa adalah betul. Namun, dalam data PRPM, perkataan bentala tidak mempunyai makna.Lain-lain19.02.2013
Saya membeli sebuah buku nilam. Saya membeli sebuah buku Nilam. Saya membeli sebuah buku NILAM. Penggunaan ejaan yang manakah lebih tepat merujuk kepada buku NILAM atau Nilam atau nilam. Nilam bermaksud Nadi Ilmu Amalan MembacaEjaan yang betul ialah Nilam (Nadi Ilmu Amalan Membaca). Iaitu merujuk kepada akronim cantuman huruf dan suku kata perkataan. Contoh lain Mara, Intan dan lain-lain.Ejaan21.09.2017
Assalamualaikum... Boleh saya tahu, adakah ayat "Semoga dipermudahkan segala urusan" salah? Sebab saya ada tengok tiktok Zack Kirana yang cakap perkataan "dipermudahkan" ni salah dari segi tatabahasa.. Yang betul hanyalah "Semoga dipermudah segala urusan". Satu lagi, adakah "denyut jantung" salah? Adakah denyut hanya digunakan untuk nadi sahaja? Jantung hanya boleh guna "degup" sahaja ke? Bolehkah pihak tuan berikan penjelasan berkaitan isu ini? Terima kasih.1. Ayat yang betul ialah "Semoga dipermudah segala urusan" kerana kata adjektif "mudah" menerima apitan memper- (aktif) dan diper- (pasif), bukan apitan memper-...kan/diper-...-kan.

2.  Denyut bermaksud gerakan turun naik atau kembang kempis (nadi, jantung, ubun-ubun, dll); dan degup bermaksud bunyi seperti bunyi denyutan jantung yang keras. Berdasarkan makud ini frasa denyut jantung dan degup jantung, kedua-duanya betul. 
Lain-lain23.07.2022
Sila terangkan maksud perkataan 'berdenyut-denyut' dalam ayat berikut? 1) Kaki Ali yang bengkak akibat penyakit kencing manis itu berdenyut-denyut.Maksud perkataan berdenyut ialah  mendenyut bergerak turun naik atau kembang kempis (seperti gerakan nadi, ubun-ubun, jantung, dan lain-lain): apabila jantung itu ~, maka darah pun mengalir; hatinya men­denyut menahan kemarahannya. Untuk maklumat lanjut, sila layari http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=berdenyutTatabahasa07.12.2015
Wall FB DBP : 24 Nov 2014 Lyd Singgam Mohon DBP menegur Jabatan Parit dan Saliran.(JPS) yang menamakan projek pengindahan Sungai Klang dengan nama River of Live. Padahal mereka boleh saja namakan projek itu dalam bahasa Melayu yang sesuai seperti Sungai Nadi Kehidupan, Sungai Kehidupan, atau apapun istilah lain yang menarik pada pandangan mereka. Juga program anjuran Kementerian Belia dan Sukan FitMalaysia yang boleh ditukar kepada MalaysiaCergasTerima kasih aduan daripada pihak tuan. Pihak kami akan menjalankan siasatan dan menghantar surat teguran kepada pihak yang berkenaan jika perkara ini betul.Lain-lain24.11.2014
1) Apakah jawapan yang sesuai bagi mengisi tempat kosong di bawah? Jantungnya _____________kencang semasa keputusan peperiksaan diumumkan. "Berdenyut" atau "berdegup" atau kedua-dua jawapan boleh digunakan?Kamus Pelajar Edisi Kedua, BERDEGUP - bergerak turun naik atau kembang kempis; berdenyut

Kamus Dewan Edisi Keempat-BERDENYUT--bergerak turun naik atau kembang kempis spt gerakan nadi, ubun-ubun, jantung, dll):

Kedua-duanya boleh digunakan bagi jantung.
Tatabahasa07.08.2012
Salam 55 Tahun Kemerdekaan Malaysia, 1. Terjemahan LCD dalam bahasa Melayu, apa? 2. Adakah pihak DBP ada menerbitkan buku tentang Kesantunan Bahasa? 3. Ada Munsyi Dewan yang mengatakan bahawa perkataan MAHU dan HENDAK sama sahaja. Pandangan tuan? 4. Mengapakah frasa 'Kita semua' ... dikatakan lewah? Contohnya: BAHASA KEBANGSAAN, BAHASA KITA SEMUA! 5. Tema GUNAKANLAH BAHASA KEBANGSAAN, BAHASA NADI JATI DIRI BANGSA dikatakan tidak gramatis. Pandangan tuan? 6. Ungkapan JENDELA BAHASA gramatis atau tidak sekiranya dijadikan judul program bahasa di sekolah? 7. Beza kain rentang, banner, sepanduk dan gegantung? Terima kasih.1. Padanan bahasa Melayu untuk "liquid crystal display (LCD)" ialah paparan hablur cecair (LCD)

2. Buku yang diterbitkan oleh DBP ialah Santun Berbahasa oleh Dr. Awang Sariyan dan Kesantunan Bahasa dalam Pengurusan Pentadbiran dan Media oleh Profesor Emeritus Dato' Dr. Asmah Haji Omar.

3. Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat, "mahu" bermaksud i. suka akan, suka hendak, bersedia akan ii. hendak, akan. "Hendak" pula bermaksud i. berhasrat akan, ingin akan ii. akan, bermaksud akan, mahu iii. untuk. Berdasarkan maksud yang diberikan, terdapat maksud yang sama pada kedua-dua perkataan.

4. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, kita bermaksud kata ganti diri orang yang bercakap serta sekalian yang hadir (mendengarnya), saya dan kamu semua. Oleh itu, perkataan 'semua' dalam 'kita semua' tidak perlu digunakan kerana perkataan kita telah merangkumi maksud semua.

5. Pada pandangan kami, tema yang lebih baik ialah GUNAKANLAH BAHASA KEBANGSAAN, BAHASA JATI DIRI BANGSA

6. Pada pandangan kami, penggunaan JENDELA BAHASA tidak jelas maksudnya. Kami tidak dapat memahami apakah yang ingin diketengahkan dengan ungkapan tersebut? Walau bagaimanapun, pihak puan boleh menggunakan ungkapan tersebut sekiranya pihak puan telah mempunyai konsep yang khusus mengenainya.

7. Sepanduk dan kain rentang ialah padanan bahasa Melayu untuk banner. Gegantung ialah padanan bahasa Melayu untuk bunting.
Istilah31.08.2012
Ada atau tidak bagi perkataan pembugaran?. Jika ada mohon berikan penjelasan. Sebab saya terlibat dengan program nilam. Ramai yang gunakan perkataan pembugaran nilam... Adakah perkataan ini sesuai digunakan untuk dibuat banting?

“Pembugaran” berasal daripada kata dasar “bugar” yang bermaksud segar atau sangat sihat (Kamus Dewan Edisi Keempat). Konteks Pembugaran Nadi Ilmu Amalan Membaca (NILAM) boleh digunakan pada paparan kain rentang, gegantung dan seumpamanya.

Lain-lain21.04.2022
1
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata nadi