Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Artikel ; Ensiklopedia ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Jurnal ; Universiti Awam ; Pengesahan Bahasa ; Kerajaan Malaysia ; Novel ; Hasil Penyelidikan ; Kamus Istilah Sains Kewangan ; Glosari Linguistik Korpus ; Glosari Linguistik Korpus 2 ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Ujian
PERKATAAN PADANAN BIDANG HURAIAN
jellium modelModel yang mengandaikan suatu gugusan atom sebagai suatu atom besar. Cas nukleus setiap atom dianggap bertaburan secara seragam di dalam sfera bersaiz gugusan tersebut. Aras tenaga dalam model ini diperoleh daripada penyelesaian persamaan Schrodinger seperti yang dilakukan untuk atom hidrogen.
Josephson modelSatu model yang melibatkan penerowongan pasangan Cooper bagi elektron melalui suatu halangan penebat tipis berketebalan nanometer yang memisahkan dua bahan superkonduktor. Penerowongan ini membolehkan pengaliran arus elektrik terus merentasi halangan walaupun tanpa medan elektrik luar. Lihat juga kesan Josephson.
ball-and-stick modelModel kimia yang menganggap bola sebagai atom dan tiap- tiap batang sebagai ikatan. Keupayaan saling tindak ikatan akan dipilih bergantung pada jenis ikatan. Oleh itu, fungsi tenaga dan parameter yang lain dapat disesuaikan dengan susunan atom.
hard-sphere repulsionKeadaan tolakan antara molekul dalam tindak balas pelanggaran fasa gas biomolekul, dalam teori pelanggaran sfera keras. Tolakan sfera keras biasanya digunakan sebagai model untuk memahami tindak balas nanozarah koloid.
adenosineNukleosida yang terdiri daripada adenina dan D-ribosa. Adenosina ialah bahan kimia yang digunakan dalam bidang perubatan dan memainkan peranan penting dalam proses biokimia seperti pemindahan tenaga dalam adenosina trifosfat (ATP) dan adenosina difosfat (ADP). Bahan ini menjadi model untuk pembuatan bionanosensor pada masa hadapan.
1
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata model