Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Perkhidmatan ; Artikel ; Puisi ; Ensiklopedia ; Buku ; Multimedia ; Jurnal ; Pengesahan Bahasa ; Kerajaan Malaysia ; Novel ; Dialek ; Pantun ; Kamus Dewan Perdana ; Kamus Istilah Sains Kewangan ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Khidmat Nasihat
Soalan Jawapan Jenis Soalan Tarikh Soalan
minat terhadap sejarah dan minat akan sejarah. Kata sendi nama yang mana betul?Minat terhadap Sejarah. Untuk keterangan lanjut berkaitan dengan Tatabahasa, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga.Tatabahasa07.04.2009
MINAT DALAM BIDANG SASTERA,MACAM MANA UNTUK MENDALAMINYE?Zulkarnain, Khidmat Nasihat DBP mencadangan saudara banyak membaca buku-buku sastera yang serius.Lain-lain05.02.2009
bagaimanakah memupuk minat pelajar cina terhadap sastera melayu?KN DBP hanya dapat menjawab soalan berbentuk fakta.  Oleh sebab soalan saudara/saudari tersebut bersifat subjektif, kami menyarankan saudara/saudari membuat penelitian minat pelajar-pelajar Cina tersebut terlebih dahulu terhadap bentuk-bentuk sastera Melayu yang mereka minat. Selain itu, saudara/saudari juga boleh meneliti faktor tidak minat mereka kepada sastera Melayu. Walau apa pun yang perlu ditekankan kepada mereka adalah bahawa asas sesuatu sastera, tanpa mengira bangsa adalah satu matlamat, iaitu melahirkan insan yang berjiwa murni dan bersahsiah tinggi.Lain-lain14.06.2008
saya memang minat untuk menulis,boleh tak beri saya beberapa tip untuk menulis dengan betul.. anak noor

Untuk menghasilkan karya yang baik berikut disenarai beberapa tip khususnya dalam penulisan kreatif, iaitu puisi, cerpen, novel dan drama:

1. Karya mengandungi pemikiran dan perasaan

2. Karya diolah dengan keindahan bahasa yang baik

3. Karya mempunyai nilai-nilai murni

4 Karya mampu merangsang pemikiran pembaca

Untuk makluman, puan boleh merujuk beberapa buah buku panduan penulisan yang telah diterbitkan oleh DBP. Sekian, terima kasih 

Lain-lain02.07.2009
Assalammualaikum.....sy nk tanya...sy betul-betul minat dalam karya penulisan dan sekiranya sy ada masa free..sy pasti mengkarya sesuatu yang sy suka...jadi boleh sy tahu bagaimana untuk sy memperbaiki karya sy dan mengembangkan bakat sy itu....sy betul-betul minat sastera dan bahasanya sekali terlalu indah dan unuk... 1. Perkara utama untuk menjadi seorang penulis ialah sdr. perlu mempunyai minat/keinginan yang kuat untuk menulis dan mampu menyampaikan maklumat dalam bentuk karya/tulisan yang boleh difahami dan dimanfaatkan oleh pembaca sasaran. Keperluan asas untuk menjadi seorang penulis ialah sdr. menguasai ilmu bidang yang hendak ditulis, mempunyai kemahiran bahasa, memahami pembaca sasaran, mengetahui proses penerbitan dan mempunyai komitmen/disiplin yang tinggi. Untuk mengetahui dan memahami hal penulisan dengan lebih mendalami, sdr. perlu membaca buku tentang penulisan dan menyertai kursus penulisan yang dianjurkan oleh mana-mana badan atau organisasi. Untuk menjadi seorang penulis yang berjaya sdr.  perlu menulis dan terus menulis. Saudara boleh menghubungi Ketua Bahagian Pembinaan Bakat di Dewan Bahasa. Saudara juga boleh menyertai KEPEZI iaitu Kelab Penulis Zaharah Nawawi.  

 

  
Sastera30.04.2011
Adakah betul ayat 'kebolehan pengamatan juga adalah bergantung kepada minat' ? Saya kurang pasti dengan penggunaan adalah sebelum perkataan bergantung.Ayat yang betul ialah "Kebolehan pengamatan juga bergantung pada minat."Lain-lain01.04.2023
Tuan, lihat ayat (1) di bawah dahulu. 1. Saya berharap agar / bahawa minat saya dalam bahasa Melayu tidak dibantah oleh anggota keluarga saya. dalam ayat (1) yang saya berikan, kata hubung "agar" atau "bahawa" lebih sesuai dan tepat digunakan?Ayat yang gramatis ialah Saya berharap minat saya dalam bahasa Melayu tidak dibantah oleh anggota keluarga.Tatabahasa29.12.2014
Tuan, saya minat menulis dan berkarya, bagaimana caranya untuk saya memulakan bidang menulis karya di Dewan Bahasa dan Pustaka? Apakah yang sesuai untuk saya? Adakah Dewan Bahasa dan Pustaka menerbitkan novel dan jenis apakah yang sesuai? Dan adakah DBP juga menerima cerpen, sajak, puisi, cereka dan lain-lain karya? Terima Kasih.Sdr. boleh menghantar karya berdasarkan kepada minat sdr. (sama ada puisi, cerpen, novel dan lain-lain) kepada pihak DBP untuk tujuan penerbitan. Karya kreatif (puisi, cerpen dan rencana dan lain-lain) boleh dihantar kepada editor majalah terbitan DBP. Alamat boleh dirujuk pada setiap majalah yang berkaitan. Bagi manuskrip novel, sdr. boleh menghantar teks tersebut berserta disket kepada Ketua Bahagian Penerbitan Sastera, Dewan Bahasa dan Pustaka, Peti Surat 10803, 50926 Kuala Lumpur. Sekian.Lain-lain12.01.2009
pembetulan ayat Pengkhususan pada minggu hadapan adalah berkaitan dengan cara-cara yang berkesan untuk menarik minat pelajar untuk belajar

Pembetulan ayat: Pengkhususan topik pada minggu hadapan adalah berkaitan cara-cara belajar yang berkesan untuk menarik minat pelajar.  

Tatabahasa14.09.2020
Salam Sejahtera, Saya minat mohon untuk sema lakaran visual iklan Syarikat saya. Sila semak lampiran fail yang saya hantar. Terima Kasih.
Pengesahan iklan tidak dapat diproses melalui KNB dan E-mel. Untuk pengesahan iklan, kemukakan permohonan tuan/puan melalui portal “DBP SAH BAHASA”:  https://dbpsahbahasa.my/.

Untuk penambahbaikan pada iklan tersebut, sila betulkan iklan tersebut kepada PERKHIDMATAN REKA BENTUK DAN HIASAN DALAMAN dan hantar permohonan pengesahan iklan ini melalui portal DBP Sah Bahasa. Sila kemukakan iklan yang lebih jelas untuk pengesahan. 
Penyemakan dan penterjemahan19.11.2020
Tesaurus
 
minat (kata nama)
Bersinonim dengan kegemaran, kesukaan, kecenderungan, kecondongan, keghairahan, hobi;,
Kata Terbitan : berminat, meminati, peminat,