Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Artikel ; Puisi ; Khidmat Nasihat ; Peribahasa ; Pantun ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Ensiklopedia
Tajuk Sinopsis Bidang Klasifikasi
PUNCAK MENARA

Puncak menara , istilah seni bina yang

digunakan untuk menggambarkan struktur tirus

yang terletak di atas sebuah menara. Kebanyakan

puncak menara tinggi dan meruncing ke atas. Ia

mungkin berbentuk seperti piramid yang

memanjang, berbentuk kon atau oktagon.

Kebanyakan puncak menara diperbuat daripada

batu atau kayu yang dilitupi dengan kerikil atau

sabak.

UMUM
BURUNG BAYAN

Burung bayan ialah anggota kecil dalam famili

burung nuri. Burung bayan berwarna terang

dengan bulunya berwarna hijau, merah, biru,

jingga, kuning atau ungu. Ekornya sama ada

pendek dan bersegi empat, atau panjang dan

meruncing.

Burung bayan biasanya merupakan haiwan

kesayangan yang manja dan pandai. Burung ini ialah

akrobat semula jadi dan dapat melakukan berbagai-bagai

kepandaian di tangga dan jungkang-jungkit

mainan.

UMUM
DESTARDESTAR, sejenis pakaian di kepala yang di sesetengah tempat dikenali dengan setangan, tengkolok atau tanjak, mengikut reka bentuknya. Destar biasanya menggunakan kain yang dipintal dan diikat di kepala seperti serban, atau diikat di keliling tarbus tinggi atau kopiah. Ada juga destar yang dibuat daripada sehelai kain (setangan) yang sederhana besarnya dan diikat di kepala mengikut cita rasa pemakainya. Sekiranya lipatan kain itu meruncing ke atas, ikatan ini disebut tanjak. Tengkolok pula lebih rumit reka bentuknya yang biasanya dipakai oleh raja dan orang bangsawan.BUDAYAKonsep
1
Tesaurus
 
runcing (adjektif)
Bersinonim dengan rancung, lancip, tirus, cerucup, gonjong, loncos, merunjung, mengerucut, luncung, rancap;,
Kata Terbitan : meruncing, meruncingkan, keruncingan,