Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Artikel ; Kerajaan Malaysia ; Majalah ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Ensiklopedia
Tajuk Sinopsis Bidang Klasifikasi
SHEPARD, SAM

Shepard, Sam (1943 ), penulis drama dan

pelakon filem Amerika. Dramanya yang terkenal

menggambarkan masyarakat Amerika sebagai

mati, merosot, atau mengalami kemusnahan.

Kebanyakan karya Shepard menggabungkan

simbolisme dan amalan dengan unsur kebudayaan

popular, seperti Wild West, muzik rock, cerita

detektif, dan pawagam. Shepard berlakon dalam

beberapa buah filem, termasuklah Days of Heaven

(1978), Frances (1982), The Right Stuff (1983), dan

Country (1984).

UMUM
ASHURBANIPAL

Ashurbanipal, yang juga dieja Assurbanipal ,

ialah raja besar Assyria yang terakhir. Selama

pemerintahannya (668627 S.M.), Assyria menjadi

kuasa dunia yang utama. Empayarnya termasuk

Babylonia, Parsi, Syria, dan Mesir. Tetapi dalam

pemerintahannya juga kuasa Assyria mula merosot.

Pada tahun 651 S.M., orang Assyria diusir keluar

dari Mesir. Perang saudara dengan Babylonia

melemahkan lagi empayarnya, walaupun Assyria

memenangi perang itu pada tahun 648 S.M.,

Ashurbanipal merupakan pahlawan yang digeruni

dan penaung seni yang agung. Di istana dirajanya,

baginda mengumpulkan satu koleksi besar tulisan

Sumeria, Babylonia, dan Assyria. Perpustakaan

yang terdiri daripada batu bersurat daripada tanah

liat ini, kini tersimpan di Muzium British,

merupakan panduan yang paling baik tentang

sejarah Mesopotamia.

Lihat juga Dunia, Sejarah (gambar).

UMUM
SUIT

Suit ialah sejenis gubahan muzik. Kebanyakan suit

terdiri daripada sebilangan gubahan pendek,

biasanya dalam nada yang sama. Suit tersebut

umumnya terdiri daripada lagu-lagu dansa yang

mempunyai rentak dan suasana yang berbeza. Suit

berkembang pada tahun 1500-an dan popularitinya

merosot selepas tahun 1750. Johann Sebastian

Bach menggubah beberapa suit penting untuk

hapsikod dan orkestra pada awal tahun 1700-an.

UMUM
SETEM PERDAGANGAN

Setem perdagangan ialah premium atau

bonus yang diberikan oleh peruncit kepada

pembeli barangan yang membeli secara tunai.

Setem ini dikumpulkan untuk ditukarkan dengan

barangan lain ataupun untuk mendapatkan

diskaun daripada barang dagangan peruncit

tersebut. Syarikat setem perdagangan menjual

setem itu kepada peruncit. Syarikat juga boleh

menebus (menukar) setem tersebut untuk

mendapatkan pelbagai barangan seperti

perkakas, barangan rumah atau peralatan sukan.

Kedai koperasi mungkin memberikan setem bagi

setiap pembelian. Setem ini juga boleh ditukarkan

untuk barangan lain di kedai koperasi. Ahli

perniagaan Amerika, Thomas Sperry,

menubuhkan syarikat setem perdagangan yang

pertama pada tahun 1896. Walaupun penggunaan

setem ini telah merosot, masih terdapat syarikat

yang memberikan setem ini untuk meningkatkan

hasil jualan.

UMUM
BIERSTADT, ALBERT

Bierstadt, Albert (18301902) ialah salah

seorang daripada pelukis landskap romantik

Amerika yang terkemuka. Dia mula-mula melihat

pemandangan yang indah di Barat Amerika pada

tahun 1859 semasa menyertai ekspedisi tinjauan.

Dia membuat lakaran pada ketika itu juga dan

mengambil gambar yang kemudian dilukis

menjadi panorama besar Pergunungan Barat.

Hanya sedikit berasaskan kepada lakarannya dan

foto, lukisan Bierstadt mengungkapkan landskap

yang tersergam indah, yang diperhebat dengan

penggunaan pencahayaan yang dramatik. Bierstadt

menerima 25 000 dolar Amerika untuk sebuah

lukisan, harga yang paling tinggi yang pernah

dibayar bagi lukisan di Amerika pada masa itu.

Walau bagaimanapun, reputasinya merosot di

akhir kerjayanya. Pada hari ini, terutama lukisannya

yang lebih kecil, kembali popular disebabkan

timbulnya minat baru terhadap pergerakan

romantik tahun 1800-an.

UMUM
1
Tesaurus
 
rosot
Kata Terbitan : merosot, merosotkan, kemerosotan,