Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Artikel ; Ensiklopedia ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Khidmat Nasihat
Soalan Jawapan Jenis Soalan Tarikh Soalan
Adakah kata sendi nama 'daripada' diperlukan dalam ayat di bawah: Akibat daripada tindakan manusia, kualiti alam sekitar kian merosot. Atau ayat di bawah lebih sesuai: Akibat tindakan manusia, kualiti alam sekitar kian merosot.Ayat yang betul ialah, Akibat tindakan daripada manusia, kualiti alam sekitar kian merosot.Lain-lain23.05.2020
maksud warisan tradisional? faktor yang menyebabkan warisan tradisional semakin merosot?Warisan tradisional ialah bahan-bahan sama ada benda atau bukan benda seperti rumah Melayu lama (benda) dan pantun (bukan benda) yang menjadi lambang atau identiti sesebuah bangsa atau suku kaum. Untuk menyatakan bahawa warisan tradisional semakin merosot pada hari ini adalah sesuatu yang subjektif.Lain-lain12.02.2008
Negara pengeluar beras dunia sedang berhadapan dengan masalah pembekalan berikutan pengeluaran yang paling merosot sekali ke atas komoditi tersebut. Adakah "berikutan" perlu tambah "dengan"?"Ke atas" atau "atas"?Mana satu yg gramatis?1. "berikutan" tidak perlu tambah "dengan"

2. Ayat yang betul ialah "Negara pengeluar beras dunia sedang berhadapan dengan masalah pembekalan berikutan pengeluaran yang paling merosot sekali terhadap komoditi tersebut."
Lain-lain21.08.2021
Salam sejahtera Tuan, saya ingin dapatkan terjemahan tepat ke dalam bahasa Melayu untuk perkataan 'decadent'. Pangkalan data mengatakan ertinya adalah orang yg telah runtuh /akhlaknya, moralnya/. Tapi satu lagi konteks adalah bererti " a person who is luxuriously self-indulgent." Contoh konteks - "for half a million dollars, he offers rich decadents the chance to lead a deadly safari" (didapati dari Google). Harap Tuan dapat membantu. Terima kasih.Menurut data kami, istilah "decadent" dalam bahasa Melayu ialah "Merosot". Decadent = adj (telah) merosot; (of person ) merosot /akhlaknya, moralnya/: a ~ civilization, tamadun yg telah merosot; an effete and ~ nobility, golongan bangsawan yg lemah dan telah merosot akhlaknya;Makna20.08.2014
Pada marcapada ini, minat membaca dalam kalangan remaja semakin merosot. penggunaan "pada marcapada ini" sesuai dlm ayat ini?Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat, marcapada bermaksud dunia sekarang ini. Oleh itu, perkataan yang betul ialah pada marcapada dan tidak perlu ikuti dengan perkataan ini.Tatabahasa25.07.2013
Salam Tuan/Puan, Setahu saya perkataan 'ianya' tidak boleh digunakan dalam ayat. Bagaimana sekiranya terdapat ayat yang berbunyi "ianya tidak mungkin berlaku" atau "statistik tidak langsung menunjukkan ianya merosot". Sekian, terima kasih.Perkataan "ianya" tidak boleh digunakan kerana kata "ia" dan 'nya" merupakan kata ganti nama diri orang ketiga dan tidak boleh disekalikan/digabungkan penggunaannya. Ayat tersebut boleh dibetulkan menjadi, "ia tidak mungkin berlaku" dan "statistik tidak langsung menunjukkan kemerosotan".Tatabahasa20.03.2015
Bolehkah "para hadirin sekalian" ditulis dalam karangan berformat syarahan? Saya telah menulis "para hadirin sekalian" sebanyak 3 kali dalam peperiksaan SPM 2011 hari ini, jika salah, adakah banyak markah peperiksaan akan merosot? Sila beritahu jika salah, terima kasih.Pengulangan perkataan/frasa dibolehkan asalkan bersesuaian maknanya dan fungsinya dalam wacana tersebut. Walau bagaimanpun untuk tujuan peperiksaan lebih baik saudara merujuk dan berbincang dengan guru mata pelajaran Bahasa Melayu di sekolah. Tatabahasa14.11.2011
saya ingin kan penjelasan maksud dan juga penngunaan dalam ayat bagi perkataan-perkataan berikut:- i) merudum ii) merundum iii)merundung

1. ejaan yang betul ialah merudum yang bermaksud berlari beramai-ramai atau jatuh atau merosot dgn teruknya contoh ayat: nilai ringgit merudum kerana diserang oleh pedagang mata wang

2. merundung bermaksud  mengacau, mengganggu, menyusahkan: ia merundung suaminya dengan meminta dibelikan itu dan ini.

Tatabahasa02.10.2011
Apakah terjemahan yang tepat bagi istilah Drop Point, Drop Zone dan Drop Off?Istilah "drop point" boleh diterjemahkan sebagai "takat titis" (bidang Kejuruteraan) manakala "drop zone" diterjemahkan sebagai "zon jatuh" (bidang Aeroangkasa) atau "zon jatuhan" (bidang Sukan). Kami mencadangkan istilah "drop off" diterjemahkan sebagai "merosot", "berkurangan" atau "serahan", bergantung pada konsep dan konteks penggunaan istilah tersebut.Istilah04.10.2020
betul atau salah ayat di bawah untuk perkataan memburuk keaadaan banjir semakin memburuk di Terengganu kalau betul apa alasannya

Ayat keadaan banjir semakin memburuk di Terengganu betul. Mengikut data DBP, penggunaan memburuk bermaksud bertambah buruk, menjadi semakin merosot. Contoh lain daripada data kami adalah seperti yang berikut:
1.  keadaan ekonomi yang semakin memburuk di beberapa negara Asia

2.  kualiti udara yang semakin memburuk.
Makna26.11.2014
1
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata merosot;