Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Artikel ; Puisi ; Ensiklopedia ; Peribahasa ; Novel ; Dialek ; Pantun ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Khidmat Nasihat
Soalan Jawapan Jenis Soalan Tarikh Soalan
Salam sejahtera, Saya ingin bertanya, apakah perbezaan antara 'resapan' dan 'peresapan'? Dapatkah pihak tuan/puan memberikan contoh penggunaan bagi setiap perkataan? Terima kasih.Selamat ptg.
1. Resapan ialah apa-apa yg telah meresap Contoh: Kertas itu sudah berbulu-bulu dan berbelang-belang oleh resapan air.
2. Peresapan ialah perihal (proses) meresap, meresapi atau meresapkan. Contoh: Peresapan unsur-unsur budaya material.
Istilah20.07.2016
Boleh berikan saya antara dialek/ bahasa yang dipinjam meresap masuk menjadi bahasa standard di Malaysia? Adakah bahasa jawa merupakan sebahagian darinya? Saya hanya ketahui bahasa Inggeris dan bahasa Arab merupakan sebahagian darinya. Lain- lain dialek atau bahasa? Terima kasih.Tuan boleh merujuk buku-buku berkaitan dialek ini di Pusat Dokumentasi Melayu, Dewan Bahasa dan Pustaka. Terima kasih.Lain-lain07.10.2014
erti mencurah air ke daun keladiMaksud peribahasa itu ialah memberikan nasihat (ajaran dan sebagainya) yang tidak dapat meresap ke dalam hati.Makna13.05.2010
1)simpulan bahasa untuk mengucapkan penghargaan 2)simpulan bahasa untuk kenduri di rumah kediaman sempena hari perayaan. 3)Simpulan bahasa untuk "Menjadi sebati dan meresap ke jiwa"Sekiranya tuan ingin mendapatkan simpulan bahasa yang sesuai, sila rujuk kamus peribahasa dan menyemak enteri satu demi satu, ataupun semak di PRPM dan semak satu per satu makna yang diberi sekiranya ada maklumat tentang simpulan bahasa atau kiasan. Simpulan bahasa sama seperti peribahasa disusun mengikut abjad bukan mengikut makna. Justeru, sesiapa yang memerlukan maksud yang berkenaan perlu membuat kerja rumah dengan menyemak satu per satu.Lain-lain12.09.2021
1)simpulan bahasa untuk mengucapkan penghargaan 2)simpulan bahasa untuk kenduri di rumah kediaman sempena hari perayaan 3)Simpulan bahasa untuk "Menjadi sebati dan meresap ke jiwa"Sekiranya tuan ingin mendapatkan simpulan bahasa yang sesuai, sila rujuk kamus peribahasa dan menyemak enteri satu demi satu, ataupun buat carian di PRPM dan semak satu per satu makna yang diberi sekiranya ada maklumat tentang simpulan bahasa atau kiasan. Lain-lain08.09.2021
Selamat sejahtera... Saya ingin tanya tentang sesuatu istilah yang kurang difahami oleh kami. Apakah yang dimaksudkan dengan bahasa berdifusi luar dalam perancangan bahasa Melayu? Terima kasih.Berdifusi bermaksud meresap (masuk ke dalam bahasa contohnya, kebudayaan dan lain-lain, contohnya; sesuatu bahasa itu dikatakan berdifusi jika ia bergerak dan menyebar ke dlm bahasa lain. Jika diteliti ungkapan yang saudara berikan proses ini (berdifusi) benar dalam konteks bahasa Inggeris, tetapi tidak jelas dalam konteks bahasa Melayu. Untuk maklumat lanjut sila rujuk buku Perancangan Bahasa (Abdullah Hassan) atau makalah yang berkaitan. Lain-lain23.03.2009
Abdul Raqiib Basiran SAB 3.12 PAGI Abdul Raqiib Basiran Assalamualaikum pihak pengendali laman DBP. Abdul Raqiib Basiran Saya ingin tanyakan padanan istilah yang lebih bercitra Melayu bagi imersif. Contoh ayat, teknologi bunyi yang ditawarkan Dolby tersebut memberikan pengalaman dengar yang lebih imersif, seolah-olah ia berada di telinga anda. Bolehkah saya gunakan perkataan "meresap" bagi menggantikan "imersif"? Abdul Raqiib Basiran Terlebih dahulu, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih.Kata meresap boleh digunakan untuk menggantikan perkataan imersif.Tatabahasa26.08.2017
While blinking, our eyelids spread tears evenly on our eyes in order to moisten the eyeballs. Terjemahan: Apabila kelopak mata berkelip, air mata akan merebak keseluruh mata untuk melembapkan bola mata. Adakah perkataan "merebak" sesuai digunakan untuk terjemahan tersebut?Jika dirujuk kepada ayat yang diberikan, perkataan yang paling sesuai bagi menggambarkan situasi tersebut ialah "merembes" yang bermaksud meresap masuk atau keluar (berkenaan benda cair).Makna27.09.2018
apakah maksud peribahasa membuang garam ke laut dengan mencurah air ke daun keladi? adakah kedua-duanya sama maksud?Peribahasa "Membuang garam ke laut" bermaksud menolong orang yang tidak perlu ditolong; atau berbudi kepada orang kaya. Peribahasa lain yang sama makna ialah memberi garam kepada laut atau memberi lauk kepada orang membantai. Mencurah air ke daun keladi bermaksud memberikan nasihat (ajaran dan sebagainya) yang tidak dapat meresap ke dalam hati.Lain-lain09.05.2012
1
Tesaurus
 
resap
Kata Terbitan : meresap, meresapi, meresapkan, terserap, resapan, keresapan, peresapan,