Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
Tepatkah jika "jungle tracking" diterjermahkan kepada "meredah hutan" dalam bahasa Melayu? | Cadangan istilah kami ialah "merentas hutan". | Istilah | 08.03.2007 |
1. Pertandingan karangan atau pertandingan mengarang? 2. mengikut ekspedisi meredah / merempuh hutan belantara? Terima kasih. | Frasa yang lazim digunakan ialah pertandingan mengarang, namun perlu dilengkapkan objek yang dikarang seperti "pertandingan mengarang esei". | Tatabahasa | 17.10.2014 |
Haji Daud ___________ semak menuju ke kebun getah pada setiap pagi. A mengharungi B meranduk C melintas D meredah | Mengikut Kamus Dewan, keempat-empat jawapan yang disediakan betul dan boleh menjadi jawapan untuk soalan yang dikemukakan. | Makna | 03.09.2014 |
soalan 1. Padi yang dibajainya subur A. Menghijau B. kehijauan 2.Apakah perbezaan antara memotong,mengerat,memangkas,mencantas ,membelah 3.Baju ini engkau yang beli.jadi tentulah baju ini A. milikku B.milikmu C.milikkau D.miliknya apakah jawapannya. 3. perbezaan menyusuri,merentasi,melintasi,meredah | 1. Padi yang dibajainya subur menghijau. 2. Memotong sama maksudnya denga mengerat dan memangkas sama maksudnya dengan mencantas, manakala membelah bermaksud memecahkan (membahagikan) menjadi dua atau banyak bahagian. 3. Baju ini engkau yang beli. Jadi tentulah baju ini milikmu/milikkau. 4. Menyusuri bermaksud berjalan mengikut tepi, merentasi sama maknanya dengan melintasi dan meredah bermaksud menempuh. | Tatabahasa | 01.05.2012 |
1 Ravi terpaksa bekerja menampung kehidupan keluarganya . menampung boleh digunakan dalam ayat ini? 2 Beberapa batang pokok dan tiang lampu telah rebah setelah ditiup angin kencang. rebah atau tumbang lebih sesuai digunakan ? apakah perbezaan perkataan ini? 3 Apakah maksud pecah buku lali kaki Amir setelah dihempap kayu besar ? 4 Apakah maksud katak di bawah sabut kelapa ? 5 Apakah maksud anak tekak atau anak lidah? 6 Gemersik bunyi gesekan biola yang dimainkan oleh pemuzik itu. gemersik atau gemerisik ? 7 Pak Mat meredah gerimis senja demi mencari sesuap nasi untuk keluarganya. Aapakah maksud meredah gerimis senja? 8 Apakah maksud talam dua muka ? Terima kasih | 1. Ravi terpaksa bekerja menampung kehidupan keluarganya . menampung boleh digunakan dalam ayat ini 2. Beberapa batang pokok dan tiang lampu telah rebah setelah ditiup angin kencang. rebah atau tumbang, kedua-duanya boleh digunakan 3. Apakah maksud pecah buku lali kaki Amir setelah dihempap kayu besar. - pecah bermaksud berbelah-belah menjadi kecil-kecil, oleh itu, pecah tidak sesuai dalam ayat ini. 4. Apakah maksud katak di bawah sabut kelapa. - peribahasa ini tiada dalam sumber rujukan kami 5. Anak tekak atau anak lidah ialah daging yang terjuntai pd pangkal kerongkong. 6. Gemersik bunyi gesekan biola yang dimainkan oleh pemuzik itu. 7. Meredah gerimis senja bermaksud menempuh hujan yang menitik halus-halus pada waktu senja. 8. Talam dua muka bermaksud bermuka dua atau munafik. | Tatabahasa | 07.10.2010 |
Salam, Saya sedang menyediakan satu karya berbentuk puisi. Saya tidak pasti untuk mengkategorikannya. Saya turunkan sebahagian daripadanya di bawah ini: Kami perantau dari desa Menjejak kota mengisi dada Menimba ilmu mengasuh minda Menjadi perintis bahasa ibunda Menyahut seruan negara tercinta Membina jenerasi anak bangsa Kami perantau tiada nama Hidup susah serba sederhana Beranikan diri meredah dunia Mengejar cita-cita sampai jaya Membina hidup yang lebih selesa Membalas budi ibubapa dan negara Kami kini meniti usia Banyak bersyukur dengan yang ada Muhasabah diri membersih dada Mengenang yang lalu mengambil iktibar Memandang ke depan mengumpul bekal Mengisi usia yang masih tinggal Mohon bantun. Terima kasih. | Setelah meneliti karya saudara, ia memang sebuah karya puisi moden, iaitu sajak tentang kehidupan. Hanya cadangan saya, saudara perlu menulis puisi tersebut mengikut format yang betul, iaitu memecahkannya kepada baris demi baris supaya ia dapat dihayati oleh pembaca dengan baik. Syabas atas usaha saudara dan teruskan menulis. | Lain-lain | 10.11.2011 |
Tuan / Puan Selamat pagi. Ingin dapatkan bantuan untuk semak terjemahan seperti bawah adalah betul maksudnya:- OUTRIDE FEAR = Redah Ketakutan OUTRIDE ANYTHING = Redah Segalanya Harap dapat nasihat. Terima Kasih. | Tidak ada maklumat tentang outride fear dan outride anything dalam pangkalan data kami. Bagi menyesuaikan dengan konsep fizikal dan abstrak, frasa yang betul ialah mengatasi ketakutan (bentuk abstrak/perasaan) dan mengatasi segala halangan (bentuk abstrak/perasaan) atau meredah segalanya (bentuk fizikal). | Lain-lain | 04.08.2017 |
Assalamualaikum. Saya nak bertanya. Adakah wujud perkataan "sesat barat"? Jika ada, adakah ianya satu bentu penggandaan berentak? | Untuk makluman saudara, sesat barat bukan kata ganda berentak. Dalam Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020: 2083) sesat barat diolah sebagai frasa di bawah entri sesat dan takrifannya adalah seperti yang berikut: sesat barat a sesat dan bertambah sesat lagi sehingga tidak tahu akan jalan keluar: Dgn bersusah payah, Nek Munah meredah semak samun, duri dan onak hingga sesat barat entah ke mana. b salah sama sekali pegangan, kepercayaan dsb yg diikuti; c kelam-kabut dan tidak dapat menyelesaikan sst masalah; Saudara juga boleh mendapatkan penerangan berkaitan kata ganda berentak dengan merujuk Tatabahasa Dewan Edis Ketiga (DBP, 2008: 78 - 79). | Lain-lain | 03.07.2021 |