Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Artikel ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Jurnal ; Pengesahan Bahasa ; Kerajaan Malaysia ; Hasil Penyelidikan ; Dialek ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Ensiklopedia
Tajuk Sinopsis Bidang Klasifikasi
AHLI DIET

Ahli diet ialah orang yang merancang menu dan

menyelia penyediaan makanan. Lihat Diet;

Pemakanan.

UMUM
REKA BENTUK PERINDUSTRIAN

Reka bentuk perindustrian ialah proses

merancang serta mengembangkan keluaran dan

sistem. Pereka bentuk perindustrian mencipta

keluaran untuk membentuk sesuatu tugas khusus.

Keluaran mestilah menarik serta selamat, boleh

diharap, dan mudah diselenggara. Keluaran itu

hendaklah mudah dan tidak mahal untuk dibuat

atau dikeluarkan. Pereka bentuk perindustrian

mestilah menggabungkan kebolehan seni dengan

pengetahuan tentang ilmu kejuruteraan, kos,

bahan, proses pembuatan, dan keadaan pasaran.

UMUM
MADISON, JAMES

Madison, James (17511836) ialah presiden

keempat Amerika Syarikat yang berkhidmat dari

tahun 1809 hingga tahun 1817. Dia digelar Bapa

Perlembagaan Amerika Syarikat kerana dia

merancang sistem sekatan dan imbangan yang

boleh mengawal kerajaan Amerika Syarikat. Dia

menjadi presiden Amerika Syarikat semasa perang

tahun 1812 antara Amerika dan Britain. Madison

lahir pada 16 Mac, 1751 (5 Mac mengikut kalendar

yang digunakan pada masa itu), di Port Conway,

Virginia, pada waktu itu koloni British. Pada tahun

1776, dia berkhidmat di Majlis Perundangan

Virginia yang pertama yang menemukannya

dengan Thomas Jefferson (lihat Jefferson, Thomas ).

Pada tahun 1779, Madison telah dipilih untuk ke

Kongres Benua, dan kembali pada tahun 1783

untuk berkhidmat selama tiga penggal di dewan

perundangan negeri Virginia.

UMUM
ARKITEK

Arkitek, seorang profesional yang dilatih dengan kemahiran merancang, mereka bentuk, mengatur dan menyelia kerja-kerja pembinaan bangunan.

KEJURUTERAANDisiplin Ilmu
KEMENTERIAN PERDAGANGAN ANTARABANGSA & INDUSTRI

Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri, agensi yang merancang, menggubal dan melaksanakan dasar berkaitan dengan perdagangan luar dan pembangunan industri negara.

EKONOMI DAN PENGURUSANInstitusi/Organisasi
PERGERAKAN FENIAN

Pergerakan Fenian ialah kumpulan pejuang

yang ditubuhkan oleh nasionalis Ireland untuk

membebaskan Ireland daripada pemerintahan

Inggeris. Pada akhir tahun 1850-an, negarawan

Ireland yang dikenali sebagai Fenian mula

merancang revolusi untuk mencapai kemerdekaan.

Kumpulan Fenian mendapat namanya daripada

Fianna, kumpulan wira mitos orang Ireland (lihat

Kesusasteraan Ireland [Kisah kewiraan cinta, dan

rupa]).

UMUM
PERANCANGAN BANDAR

Perancangan bandar ialah proses mengawal

pertumbuhan bandar dan pekan. Perancang

bandar orang yang mengendalikan proses ini,

menasihati kerajaan mengenai cara memajukan

komuniti. Mereka juga menasihati kerajaan dan

pemaju hartanah yang merancang untuk

memajukan komuniti yang baru.

UMUM
KOMPLOT RUMAH RYE

Komplot Rumah Rye ialah rancangan

yang direka oleh anggota radikal Parti Whig

Inggeris pada tahun 1682 dan tahun 1683.

Pengkomplot merancang untuk membunuh

Charles II, raja England, dan adik lelakinya James,

Duke of York, penganut Roman Katolik dan

pewaris takhta.

UMUM
MURAL

Mural ialah gambar atau reka bentuk yang

menghiasi dinding. Kebanyakan mural menghiasi

dinding di dalam bangunan, tetapi sesetengahnya

menghiasi siling dan dinding luar. Mural dalaman

hendaklah harmoni dengan gaya dan skala bilik.

Pelukis mural mesti merancang coraknya supaya

pintu, tingkap dan perabot tidak menjejaskan

keharmoniannya. Kebanyakan mural dilukis. Tetapi

sesetengahnya dibuat daripada kepingan kecil

kaca, batu dan bahan-bahan lain. Mural ini

dinamakan mozek. Rencana ini hanya

membincangkan mural yang dilukis.

UMUM
PERPUSTAKAAN NEGARA MALAYSIA (PNM)

Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) ialah

perpustakaan awam induk yang menyimpan

pelbagai khazanah ilmu dalam pelbagai bentuk dan

menyediakan perkhidmatan kepada pengguna,

pembaca dan penyelidik. Ia merupakan sebuah

Jabatan Kerajaan Persekutuan yang berperanan

merancang dan membangunkan prasarana

perpustakaan di seluruh negara.

UMUM
Tesaurus
 
rancang2
Kata Terbitan : merancang, terancang, rancangan, perancangan, perancang,