Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
Pihak kami sedang merancang mengadakan program berkaitan kesihatan untuk komuniti. Program ini akan melibatkan pengguna. Bercadang menggunakan tagline = "Kenali Ubat, Komuniti Sihat Sejahtera. Mohon pandangan pihak tuan tentang kesesuaian bahasa dalam tagline tersebut | Cogan kata yang dicadangkan boleh digunakan. | Tatabahasa | 22.02.2012 |
Oleh hal yang demikian, setiap pihak seharusnya merancang strategi dan menitikberatkan mekanisme yang ampuh dalam usaha menangani masalah yang semakin menular di Malaysia ini seperti kata pepatah tiba di mata dipejamkan, tiba di perut dikempiskan. apakah maksud peribahasa tersebut? | Encik Yu, Peribahasa ini bermaksud perbuatan yang tidak adil. | Lain-lain | 04.06.2010 |
salam.Dewan bahasa dan pustaka wilayah selatan merancang program puisi di sekitar johor pada waktu terdekat ini? bagaimana saya ingin menghubungi penulis sajak atau syair di sekitar negeri johor memandangkan saya sedang membuat kajian tentang puisi di negeri johor. terima kasih.. | Untuk mendapatkan maklumat lanjut, sila hubungi Encik Rusdi Abd. Rahman, Pegawai Perancang Bahasa, Dewan Bahasa dan Pustaka Wilayah Selatan, no. telefon 07-2358802, no faks 07-2358802 atau melalui e-mel rar@dbp.gov.my. | Lain-lain | 01.02.2010 |
Salam sejahtera, saya ingin bertanya jika DBP ada merancang untuk menambah akses kepada portal sesawang prpm bukan sahaja melalui laman sesawang, malah melalui aplikasi atau perisian khusus di masa depan? Sekian, terima kasih. | Salam sejahtera, Untuk makluman tuan, pihak DBP akan terus menambah baik perkhidmatan berdasarkan keperluan dan teknologi masa kini yang bersesuaian. Terima kasih atas keprihatinan dan kejasama. Sekian | Lain-lain | 27.05.2020 |
Terjemahan perkataan life skills. Sebagai makluman, pihak kami sedang merancang untuk mengadakan kursus kemahiran jangka pendek bagi meningkatkan kemahiran golongan belia. Cadangan awal tajuk kursus ini Life Skills: Weekend Courses. Namun alangkah manisnya jika kami dapat menggunakan Bahasa Malaysia/Melayu sepenuhnya | Padanan bahasa Melayu untuk istilah "life skill" dalam bidang Pendidikan ialah kemahiran hidup. | Istilah | 17.12.2022 |
saya merupakan pengerusi kelab bahasa melayu di sekolah . kami merancang untuk mengadakan lawatan ke jabatan dewan bahasa dan pustaka. jadi, apakah tindakan yg selanjutnya harus saya ambil? | Tuan boleh menghubungi Ketua Bahagian Komunikasi Korporat DBP iaitu Tuan Haji Razali bin Che Mat melalui talian 03-2147 9464 atau e-mel razali3@dbp.gov.my untuk maklumat lanjut. Selain itu, tuan juga boleh menulis surat kepada Ketua Bahagian Komunikasi KOrporat DBP, Aras 11, Menara DBP, Dewan Bahasa dan Pustaka, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur. | Lain-lain | 16.02.2014 |
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, Tidakkah pihak DBP ada merancang untuk mengulang cetak novel karya Ramlee Awang Murshid berjudul Igauan Maut? Pada pendapat saya, sekiranya novel ini diulang cetak, sudah pasti akan mendapat sambutan yang hangat memandangkan begitu ramai peminat karya-karya ciptaan Saudara Ramlee di luar sana. Sekiranya pihak DBP meninjau laman Facebook Kelab RAM (lebih 26,000 pengikut) atau ke laman web Kelab RAM, begitu ramai peminat setia yang tercari-cari novel ini bagi melengkapkan koleksi mereka. Ada yang sanggup meminjam sesama sendiri dan tawar-menawar bagi mendapatkannya. Pada hemat saya, sekiranya novel ini diulang cetak, bukan sahaja mampu memberi khabar gembira buat peminat-peminat Saudara Ramlee, malah pihak DBP juga boleh meraih keuntungan dengan edisi ulang cetak ini seperti mana karya-karya laris lain yang telah diulang cetak. Diharapkan agar cadangan saya ini mendapat perhatian yang sewajarnya daripada pihak DBP. Sekian, terima kasih. | Waalaikumsalam. Untuk pengetahuan tuan, DBP akan mencetak ulang buku ini. Kami berharap berita ini akan menggembirakan tuan dan semua peminat/pengikut penulis terkenal ini. | Lain-lain | 28.06.2012 |
Adakah mencatur bermaksud bermain catur? | Mencatur dan bermain catur membawa maksud yang berbeza. Mencatur bermaksud merancang dan mengatur (hidup, nasib dan sebagainya seseorang) dengan strategi tertentu untuk kepentingan tertentu. Manakala bermain catur pula merujuk kepada aktiviti bermain catur. | Makna | 11.12.2021 |
"Salam DBP. Apakah terjemahanyang paling tepat untuk 'trip making'?" | Kami mencadangkan frasa "trip making" diterjemahkan kepada "merancang perjalanan". | Penyemakan dan penterjemahan | 22.04.2014 |
salam sejahtera dan salam 1 malaysia. kami ingin mewujudkan sebuah tadika, dan dalam masa ini kami telah merancang dua nama atas nama tadika tersebut. iaitu. Smarties Kids OneStop Centre. dan Smarties Kids School. so di sini kami mahu bertanya berkenaan makna "smarties" dan adakah penggunaanya akan merosakkan penggunaan bahasa? sekian, terima kasih. | Untuk makluman, DBP tidak memberi khidmat nasihat tentang bahasa Inggeris dan hanya memberi khidmat nasihat tentang bahasa Melayu. Pihka kami juga mengesyorkan supaya pihak tuan menggunakan bahasa Melayu dalam penamaan tadika tersebut. Terima kasih. | Lain-lain | 17.07.2011 |