Kata |
Takrif |
Sumber |
menyogok | 1 memberi wang sogok; memberi rasuah; menyuap. 2 merodok ke dlm lubang dll; menjolok. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
menyogok | 1. merodok (ke dlm), menjolok: ia mengambil gelasnya, ~ mulut kawannya dgn gelas itu; 2. ki memberi rasuah, menyuap; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menyogok | 2 merodok ke dlm lubang dll; menjolok. | Kamus Pelajar |
menyogok | 1 memberi wang sogok; memberi rasuah; menyuap. | Kamus Pelajar |
sogok, = wang ~, = sogokan | menyogok | Kamus Pelajar |
menyuap | 2 memberi rasuah; menyogok. | Kamus Pelajar |
suap | 2 memberi rasuah; menyogok. | Kamus Pelajar |
menyuapi | memberi wang suap kpd, memberi rasuah, menyogok: mana-mana yg boleh diugut telah diugut, dan mana-mana yg boleh disuap telah juga disuap; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sorong; menyorong | 2 memberi rasuah; menyogok: Perbuatan ~ pegawai-pegawai kerajaan hendaklah dihentikan. | Kamus Pelajar |
wang sogok (sorok, suap) | wang yg diberikan utk menyogok (menyuap); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
Kata |
Takrif |
Sumber |
table | under the ~, menyogok, sbg sogokan: they offered me $5,000 under the ~, mereka cuba memberikan $5,000 sbg sogokan kpd saya or menyogok saya $5,000; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
grease | ~ sos palm, (colloq), /menyogok, menyuap/ sso: he had to ~ several palms to get the job, dia terpaksa menyogok beberapa orang utk mendapatkan pekerjaan itu. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
bribe | vt 1. give bribe to (to induce dishonest act) memberi rasuah kpd, menyogok, menyuap: they ~d the witness to give false evidence, mereka menyogok saksi itu supaya memberikan keterangan palsu; 2. persuade or influence as if by bribery, mengupah: the child was ~d to take the bitter medicine, budak itu diupah supaya memakan ubat yg pahit itu. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
buy | ~ so. over, menyogok, memberi rasuah kpd sso; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
tamper | b. (fig.) menyogok, memberi rasuah: dont try to ~ with the jury, jangan cuba memberi rasuah kpd juri. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
corrupt | 1. cause to become depraved, merosakkan: unsound moral values have ~ed our youth, nilai-nilai akhlak yg kurang baik telah merosakkan golongan remaja kita; 2. bribe, memberi rasuah kpd, menyogok, menyuap: to ~ the voters, menyogok para pengundi; 3. adulterate, mencemarkan: the language has been ~ed by the introduction of foreign words, bahasa itu telah dicemarkan oleh kemasukan perkataan-perkataan asing. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
square | 8. (colloq) bribe, menyogok, menyuap: the police believe that the sole witness had been ~d, polis percaya bahawa saksi yg satu-satunya itu telah disogok; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
surfeit | b. provide (so.) with too much of st, menyogok [sso dgn sst yg] banyak: he had been so ~ed with food and drink by his host that he was relieved when the visit ended, dia telah disogok dgn makanan yg banyak oleh tuan rumah yg menyebabkan dia berasa lega apabila lawatan itu berakhir; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
surfeit | he film companies have ~ed us with violent films, syarikat-syarikat perfileman telah menyogok kita dgn filem-filem ganas yg banyak. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
bribery | n 1. giving of bribe, /pemberian, memberi/ rasuah, penyogokan, menyogok: he got the contract by ~, dia mendapat kontrak itu dgn memberi rasuah; 2. taking of bribe, /penerimaan, menerima/ rasuah. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
Istilah Sumber |
Istilah Sasar |
Bidang |
Subbidang |
Huraian |
bureaucratic corruption | rasuah birokrasi | Pentadbiran | Pentadbiran Awam | Pemberian untuk menyogok atau menyuap kakitangan perkhidmatan awam bagi mendapatkan sesuatu faedah sebagai pulangan. Pemberian ini membolehkan seseorang yang berkuasa melakukan sesuatu tindakan untuk kepentingan individu dan orang yang memberi suapan tersebut. Rasuah ini juga boleh berlaku dalam bentuk salahguna kuasa pegawai yang bertanggungjawab untuk kepentingan diri atau pihak tertentu. Amalan rasuah dan penyelewengan birokrasi merosakkan imej dan menjejaskan kepentingan awam. Sebagai contoh, pemberian sogokan wang kepada pengarah jabatan kerajaan untuk mendapatkan tender pembinaan jambatan. Sinonim penyelewengan birokrasi |
Kata |
Sebutan |
Jawi |
menyogok | [me.nyo.go/] | مڽوݢوق |
|
|