Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Perkhidmatan ; Artikel ; Puisi ; Dialek ; Pantun ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Khidmat Nasihat
Soalan Jawapan Jenis Soalan Tarikh Soalan
maksud peribahasa cina, menyimpang seinci, rugi seribu batu dan contohPeribahasa Cina tidak ada dalam pangkalan data kami, dan kami tidak dapat memberikan maklumat tentang ungkapan yang tersebut.Lain-lain01.05.2014
Apakah dia lesen puisi? untuk apakah lesen puisi ini?Tiada istilah 'lesen puisi'. Mungkin saudara bermaksud  'lecentia poetica', iaitu suatu keistemewaan bagi seorang penyair untuk menyimpang atau lari daripada aturan biasa penulisan. Tujuan lecentia poetica atau kebebasan penyair ini adalah untuk menghasilkan satu bentuk pengucapan yang baru daripada yang biasa dihasilkan oleh penyair lain. Selain daripada tujuan tersebut, lecentia poetica ini dapat membentuk identiti seseorang penyair.Lain-lain05.05.2010
Terdapat pelbagai ciri-ciri bahasa Melayu.Bahasa bersifat dinamis,sejagat,dan bervariasi.Berikan maksud bahas bersifat dinamis,sejagat dan bervariasi.Menurut Kamus Dewan, sejagat bermaksud seluruh dunia, sedunia, atau antarabangsa. Variasi pula bermaksud penyimpangan atau sesuatu yg menyimpang drpd keadaan (sifat, ciri-ciri, dsb) yg lazim atau standard. Variasi juga dikaitkan dengan bentuk dll yg tidak seragam atau berbeza-beza, kelainan atau pelbagaian (dlm bentuk, reka cipta, dll). Berdasarkan pengertian yang telah diberikan, diharap agar saudara boleh mengaitkan pengertian bahasa bersifat sejagat dan bervariasai.Makna14.08.2007
Adakah ada pengunaan ayat "dikecualikan" ? Contoh ayat : Semua pekerja mulai hari ini "dikecualikan" bertugas akibat wabak Covid-19.
Perkataan "dikecualikan" berasal daripada perkataan "kecuali" yang membawa maksud melainkan, selain, lain daripada; yang menyimpang daripada kebiasa­an, yang tidak dikenakan sesuatu peraturan, kekecualian; berkecuali; ada kecualinya; tidak ber­pihak kepada(bersekutu dengan) mana-mana pihak, berdiri sama tengah. 

Berdasarkan contoh ayat yang diberikan, cadangan ayat yang gramatis ialah: Mulai hari ini, semua pekerja dikecualikan daripada bertugas akibat wabak Covid-19.
Tatabahasa12.01.2021
Saya ingin menggunakan perkataan 'devian' sebagai tajuk kursus - Devians, konflik dan kawalan sosial'. apakah ejaan yang betul. Adakah devian atau devians?Ejaan yang betul ialah devian. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat maksud devian ialah seseorang yg pe­rangai­nya menyimpang daripada normal.Makna13.08.2018
Apakah perbezaan antara ketepatan kata dan kesesuaian kata?

Mengikut Kamus Dewan, kata tepat bermaksud 1. betul (arahnya, tujuannya); 2. tidak menyimpang daripada sasarannya (tujuannya), 3. tidak kurang dan tidak lebih (waktu); 4. tidak bersalahan lagi (dugaan, ramalan), betul, cocok: 5. sesuai dan patut (peraturan, kritikan, jitu; 7. Tidak tirus, iaitu betul-betul 90 darjah.

Sesuai bermaksud 1. padan benar (keadaan, rupa), cocok benar: 2. berpadanan , berpatutan; 3. setimbal, seimbang, selaras:; 4. sepakat, sehati, setuju 5. serasi,cocok benar

Dari segi makna mengikut Kamus Dewan, ketepatan kata boleh membawa maksud kata yang patuh pada hukum tatabahasa bahasa Melayu, gramatis dan makna semantik, manakala kesesuaian kata ialah kata yang mengambil kira faktor pragmatik.
Istilah11.01.2015
penggunaan tatabahasa di dalam karya sastera terutamanya puisi, adakah pelanggaran tatabahasa dibenarkan? contohnya: Apa yang kau hidu-hidu, di ambang pintu itu? = 'kau' dan perbuatan 'hidu-hidu' sepatutnya rapat? Betapa kau di luar tadi, di jalan pergunungan, =penggunaan kata ganti nama kau (sepatutnya engkau)Lecentia poetica, iaitu suatu keistemewaan bagi seorang penyair untuk menyimpang atau lari daripada aturan biasa penulisan. Tujuan lecentia poetica atau kebebasan penyair ini adalah untuk menghasilkan satu bentuk pengucapan yang baru daripada yang biasa dihasilkan oleh penyair lain. Walau bagaimanapun lecentia poetica lebih kepada gaya penulisan, manakala aspek tulisan masih perlu akur kepada pedoman ejaan yang ada. Oleh itu, ejaan yang betul ialah kauhidu ... dan kau di luar .... (kata sendi nama di tidak ditulis bersambung dengan huruf sebelum atau selepasnya).Sastera13.09.2011
Salam sejahtera. Terima kasih dengan khidmat yang telah diberikan. Merujuk kembali kepada jawapan pada persoalan yang telah saya kemukakan seperti berikut: Soalan : Apakah betul ejaan terjemahan "bias" daripada bahasa Inggeris masih sama ejaannya dan bagaimana dengan sebutannya dalam bahasa Melayu? Terima kasih. Jawapan : Terjemahan bahasa Melayu bagi "bias" ialah berat sebelah. Bias dalam bahasa Melayu bermaksud menyimpang atau bertukar arah kerana sesuatu sebab. Persoalan yang saya maksudkan adakah kata "bias" sudah diterima sebagai kata serapan dalam bahasa Melayu dan bagaimanakah kata tersebut dieja? Sekian, terima kasih.

Puan Sozilawati,

Perkataan bias tidak diserapkan ke dalam bahasa Melayu. Cuam kadangkala digunakan dalam percakapan tidak rasmi. Dalam bahasa Melayu, disesuaikan mengikut penggunaannya, kita masih gunakan berat sebelah atau memihak kepada sesuatu pihak.

Tatabahasa04.10.2010
dia langsung tidak bimbang tentang risiko yang bakal dihadapinya. Munsyi, adakah langsung betul digunakan? TK

Saudara/saudari,

Langsung menurut Kamus Dewan Edisi Keempat bermaksud, 1. terus dan tidak berantara; lantas:Dia mencapai tuala mandi ~ ke perigi. 2. tidak tergendala; jadi: Pertandingan itu tidak ~ kerana hari hujan. 3. tepat dan tidak menyimpang:Dlm pertikaian ini, kami terlibat secara ~. 4. sedikit pun; sama sekali:Dia tidak mengambil berat ~ ttg hal rumah tangganya.

Merujuk pada konteks ayat di atas, penggunaan perkataan langsung merujuk kepada 'sedikit pun, sama sekali'. Oleh itu, penggunaan perkataan langsung dalam ayat di atas adalah betul.

Tatabahasa01.09.2012
Terjemahan 'temperature excursion'? Pertanyaan sebelum ini, tuan jawab: Dalam bidang kejuruteraan excursion diterjemahkan kepada ekskursi atau persiaran. jika bersesuaian dengan konteks penggunaannya kami cadangkan perkataan tersebut diterjemahkan kepada suhu persiaran. Tetapi saya dalam bidang kesihatan. Contoh ayat: Temperature excursions based on stability data for each product must be readily available to distribution staff. Bolehkah diterjemah kepada: 'penyimpangan suhu'Untuk makluman, "penyimpangan" ialah padanan bahasa Melayu untuk perkataan bahasa Inggeris "deviation". Kesesuaian terjemahan perkataan ini bergantung pada konsep atau makna perkataan tersebut. Sekiranya tuan pasti maksud istilah ini  ialah "suhu tersebut menyimpang daripada suhu yang lazim atau standard", perkataan "penyimpangan" boleh digunakan. Setelah merujuk internet, maksud yang diberi untuk "temperature excursion' ialah "differences in temperature relating to environmental factors" (perbezaan suhu ysng berkaitan dengan faktor persekitaran). Berdasarkan maksud ini,  istilah tersebut boleh juga diterjemahkan kepada perbezaan suhu.Istilah17.03.2014
1
Tesaurus
 
simpang (kata nama)
Bersinonim dengan cabang, cagak, canggah;,
Kata Terbitan : bersimpang, menyimpang, menyimpangkan, persimpangan, penyimpangan,