Kata |
Takrif |
Sumber |
restu | 1. berkat dan perkenan drpd Allah yg mendatangkan kebaikan kpd seseorang atau manusia: berdoa memohon ~ drpd Ilahi; kejayaan itu hanyalah dgn ~ Allah; 2. persetujuan drpd seseorang atau sesuatu pihak yg mempunyai kuasa, hak tertentu dsb utk membenarkan seseorang atau sesuatu pihak yg lain melakukan sesuatu, kebenaran, keizinan: si anak mendapat ~ drpd ibunya; baginya, tanpa ~ ayah dan ibu, sesuatu perkara yg akan dilakukan tidak akan sempurna; 3. sl pengaruh baik atau buruk, guna-guna, jampi, mentera; merestui 1. mengurniakan kebaikan, kesejahteraan atau rahmat kpd: saya berdoa agar Allah ~ pekerjaan haji jemaah yg terbabit dan menerima ibadah mereka sbg haji mabrur; selepas bersolat, si suami berdoa semoga Allah ~ rumah tangga yg baru dibinanya itu; 2. memberikan persetujuan, kebenaran atau keizinan kpd seseorang atau sesuatu pihak utk melakukan sesuatu dsb, bersetuju dgn, mengizinkan, membenarkan: penubuhan parti itu direstui oleh kerajaan; dr awal-awal lagi ibu tidak ~ perkahwinan kami; 3. sl mengenakan pengaruh (guna-guna, jampi). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
Istilah Sumber |
Istilah Indonesia |
Istilah Brunei |
Istilah Malaysia |
Bidang |
incantation | penjampian | menteraan, jampian | mentera jampi | Antropologi |
Istilah Sumber |
Istilah Sasar |
Bidang |
Subbidang |
Huraian |
chant royal | chant royal | Kesusasteraan | Tiada | Mentera untuk raja-raja. |
conjuration | konjurasi | Kesusasteraan | Tiada | Suatu susunan ayat atau kata-kata yang dapat menimbulkan kuasa ghaib. Contoh: jampi mentera. |
Bahasa Suku Kaum |
Takrif |
Contoh Ayat |
Rujukan |
Sumber |
menyuan Tb | pembacaan mentera yang dilakukan sebelum padi bukit ditanam, biasanya dilakukan oleh bobolian. | Kita ada adat menyuan. Ada adapt monomparoi. Pak cik tahu, kalau tanaman padi dua kali setahun dibuat, alamat adat-adat kita akan lenyap, ujar Sunan membenarkan kata-kata Turagai tadi. "Dia memang berhajat mahu membelakangkan adat-adat kita, pak cik." | Susuk Tingkayu | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
mominsala Kd KB | sejenis roh jahat. | 17. Mominsala Kerjanya mengganggu orang yang membaca mentera dalam upacara puja, tinggal di halaman rumah. | Sepintas Lalu Mengenai Adat Istiadat Dusun/ Kadazan Kota Belud | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
sigar Kd Pn | tengkolok, destar, dibuat dari kain yang khas ditenun untuk itu. Salah satu pakaian kemuliaan, yang dipakai dalam istiadat orang Dusun, terutama dalam perkawinan dan upacara istiadat dan pemujaan yang besar. Ada kalanya disebut dalam mentera tonigar, minigar, monigar, panigar. | Mula-mula pawang-pawang yang terdiri dari kaum wanita duduk berbaris dalam rumah, membelakangi dinding beranda. Pawang-pawang wanita ini memakai tengkolok kepala, yang disebut sigar. | Dusun | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
gorinding Kd | sejenis alat yang dibunyikan semasa upacara ritual. Ia terdiri daripada tiga bahagian iaitu, bahagian yang dipegang dibuat daripada tanduk atau teras kayu. Kemudian tali-tali benang yang diikat pada lobang tanduk atau teras kayu yang dipegang itu. Seterusnya ialah bahagian loceng yang bergantungan pada tali-benang itu. Ketika menggunakannya tangan orang bergerak turun-naik dan berpusing, dan dengan itu gonding ini akan berayun-ayun. Geraknya selaras dengan irama dan lajunya pembacaan mentera. | Kepala Maria turut disentuh oleh Abon yang berjalan ke sana ke mari dengan gorindingnya. Akhirnya, sekali dua dia menyentuhkan gorinding itu ke seluruh tubuh suami Solisir. Tetapi nyawa lelaki itu telah berakhir. | Debur Menerpa | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
gonding Kd | sejenis alat yang dibunyikan semasa upacara ritual Ia terdiri daripada tiga bahagian iaitu, bahagian yang dipegang dibuat daripada tanduk atau teras kayu. Kemudian tali-tali benang yang diikat pada lobang tanduk atau teras kayu yang dipegang itu. Seterusnya ialah bahagian loceng yang bergantungan pada tali-benang itu. Ketika menggunakannya tangan orang bergerak turun- naik dan berpusing, dan dengan itu gonding ini akan berayun-ayun. Geraknya selaras dengan irama dan lajunya pembacaan mentera. | Kemudian tangan Abon membunyikan gonding dengan menggoyang-goyangkannya. Dan ketika itu Abon sedang menurun untuk merayu dilanjutkan usia suami Solisir, ketika itulah suami Solisir menghembuskan nafasnya yang terakhir. | Debur Menerpa | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
Kamus Thai 2.indb เมืองหาดใหญ ่ เจริญอย ่ างมากในช ่ วงสิบปีนี้ Kota Hadyai berkembang pesat dalam tempoh 10 tahun ini. 3 membaca: พระสงฆ ์ เจริญ พระพุทธมนต ์ ในทุก ๆ เช ้ า Sami membaca mentera setiap pagi. เจริญก ้ าวหน ้ า [-ka:una:] ว berkem- bang maju: ธุรกิจของเขาเจริญก ้ าวหน ้ า อย ่ างไม ่ หยุดหย ่ อน Perniagaannya terus berkembang maju. เจริญตาเจริญใจ
|
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata mentera |
|
|