Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Artikel ; Puisi ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Novel ; Pantun ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Ensiklopedia
Tajuk Sinopsis Bidang Klasifikasi
PERGUNUNGAN GLASSHOUSE

Pergunungan Glasshouse menjulang di

sebelah timur Banjaran Blackall di bahagian

tenggara Queensland, Australia.

UMUM
ALPS

Alps ialah sistem pergunungan yang terbesar di

Eropah. Puncaknya yang menjulang tinggi dilitupi

salji dan lembahnya yang damai menjadikannya

salah satu pemandangan yang paling menakjubkan

di benua Eropah.

UMUM
BUTTE

Butte ialah bukit atau gunung kecil yang

berlereng curam yang terdiri sendirian, menjulang

tegak di sekitar kawasan desa. Perkataan butte ialah

perkataan Perancis yang bermakna timbunan.

UMUM
PERGUNUNGAN OLIMPIK

Pergunungan Olimpik ialah sebahagian

Banjaran Pantai Pasifik di Amerika Syarikat.

Pergunungan ini menjulang di utara Washington

dan meliputi kawasan seluas kira-kira 9060 kilometer

persegi, kebanyakannya terletak di Taman Negara

Olympik.

UMUM
AUSTRIA

Austria ialah negara kecil di tengah Eropah yang

terkenal dengan keindahan pemandangan

pergunungannya. Pergunungan Alps yang

menjulang dan kaki bukitnya terbentang merentasi

barat, selatan dan bahagian tengah negara ini. Di

banyak kawasan, lembah yang luas, dan

menghijau memisahkan gunung-ganang. Austria

mempunyai banyak tasik yang cantik dan jernih.

Hutan tebal meliputi kebanyakan tanah di negara

ini.

UMUM
TIBET

Tibet ialah kawasan di sebelah selatan Asia

Tengah. Ia selalu digelar Bumbung Dunia. Gunung-ganangnya

diseliputi salji dan penaranya yang

terdedah kepada angin adalah yang tertinggi di

dunia. Gunung tertinggi di dunia, Gunung Everest,

menjulang sepanjang kawasan pergunungan di

bahagian selatan Tibet. Ka-erh, di barat Tibet

dipercayai bandar tertinggi di dunia. Ia terletak

lebih daripada 4570 meter di atas aras laut. Dasar

lembah di Tibet lebih tinggi daripada puncak

gunung di kebanyakan negara lain. Lhasa ialah ibu

negara Tibet.

UMUM
STROMBOLI

Stromboli ialah sebuah pulau di Laut Tyrrhenian di

luar pantai timur laut Sicily (lihat Itali [peta muka

bumi]). Pulau ini meliputi lebih kurang 12 kilometer

persegi dan mempunyai 386 orang penduduk.

Stromboli terkenal kerana gunung berapinya yang

menjulang setinggi 924 meter. Gunung berapi ini

ialah salah sebuah daripada sebilangan kecil gunung

berapi di Eropah yang sentiasa aktif. Penulis zaman

purba pernah melaporkan aktiviti gunung berapi ini

berkurun-kurun yang lalu. Ledakan gunung berapi

yang membawa kemusnahan jarang-jarang berlaku

di Stromboli kerana laharnya mengalir bebas, dan

tidak mengumpulkan tekanan dalaman yang boleh

menyebabkan ledakan dahsyat.

UMUM
OLGAS

Olgas merupakan sekumpulan singkapan batu

besar dan bulat yang terletak 32 kilometer di barat

Ayers Rock di Wilayah Utara Australia. Ia meliputi

kawasan seluas 25 kilometer persegi, dan

dikelilingi oleh dataran gumuk pasir. Gunung

Olga, puncak yang tertinggi, menjulang setinggi

1025 meter di atas aras laut.

UMUM
RIMU

Rimu ialah nama bagi beberapa spesies pokok

tinggi di New Zealand. Satu spesies juga dikenali

sebagai pain merah . Kayunya, yang bercorak cantik

dan sangat berharga, digunakan untuk membina

rumah. Rimu boleh ditanam untuk mengawal

hakisan tanah. Pokok ini tumbuh menjulang tinggi,

dengan dahannya yang melentok berwarna hijau

pucat dan daun halus yang tumbuh rapat pada

batangnya. Seperti semua pain, pokok ini

mempunyai bunga yang tidak menyerlah sama ada

bunga jantan atau bunga betina. Bunganya tumbuh

di hujung dahan; bunga jantan dalam bentuk

mayang dan bunga betina dalam bentuk kon kecil.

Setiap pokok mengeluarkan hanya bunga jantan

atau bunga betina.

UMUM
TASIK TE ANAU

Tasik Te Anau ialah tasik yang terbesar di Pulau

Selatan New Zealand. Tasik ini luasnya 344

kilometer persegi dan panjangnya melebihi 64

kilometer. Ia mempunyai tiga buah terusan yang

panjang yang menganjur ke luar ke arah

pergunungan di bahagian barat. Kebanyakan

puncak gunung di sekeliling tasik ini menjulang

hingga melebihi 1800 meter di atas aras laut. Te

Anau, sebuah bandar kecil di hujung selatan tasik

ini, merupakan tempat percutian yang popular.

Antara tarikannya ialah perjalanan dengan bot di

Tasik Te Anau. Tasik ini juga merupakan tempat

permulaan Milford Track, iaitu lorong pejalan kaki

yang mengambil masa selama tiga hari untuk

sampai ke Milford Sound. Untuk lokasi, lihat New

Zealand (peta rupa bumi).

UMUM
1
Tesaurus
 
julang
Kata Terbitan : menjulang,

Puisi
 

Merokok tembakau Padang,
     Asap menjulang ke udara;
Tinggal adik tinggallah sayang,
     Abang ditempuh sengsara.



Lihat selanjutnya...