Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Artikel ; Puisi ; Ensiklopedia ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Kerajaan Malaysia ; Novel ; Dialek ; Kamus Dewan Perdana ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Pantun
Pantun Sumber Tema
Apabila jaga meninggi hari, Banyak kerja tidak menjadi; Apabila suka iri-mengiri, Rosak binasa seisi negeri.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Anak geroda meninggi hari, Mati ditembak di dalam buai; Banyak muda dapat dicari, Gelak di manakan sesuai.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Bila bintang nampak meninggi, Tanda hari beransur siang; Apabila abang hendak pergi, Tanda berkurang kasih sayang.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Anak gagak terbang meninggi, Bila penat hingga di dahan; Awak hendak orang tak sudi, Bila diingat binasa badan.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Adat Melayu pantang meninggi, Meninggikan diri tanda takbur; Jahatlah laku melupakan budi, Hutang budi sampai ke kubur.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Naik bukit hari meninggi, Hendak dicincang nangka muda; Biar saya tak makan sehari, Asal berpandang sesama muda.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Banyak sungguh bintang meninggi, Ada satu bintang kejora; Banyak sungguh orang di sini, Cuma yang satu permainan mata.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Kacip baling ke bulan, Bintang tidak meninggi hari; Saya ke mari menghadap tuan, Tuan nak tolak ke mana lagi.Kurik Kundi Merah SagaAdat
Burung jelatik burung jeladan, Burung tekukur terbang meninggi; Sudahlah paut samalah padan, Marilah ukur samalah tinggi.Kurik Kundi Merah SagaPeribahasa
Kalau ditabur biji ketari, Biji pauh jangan dipetik; Kalau tidur meninggi hari, Rezeki jauh langkah pun pendek.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
1
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata meninggi

Puisi
 

Banyak sungguh bintang meninggi,
     Ada satu bintang kejora;
Banyak sungguh orang di sini,
     Cuma yang satu permainan mata.



Lihat selanjutnya...