Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Perkhidmatan ; Artikel ; Ensiklopedia ; Buku ; Jurnal ; Universiti Awam ; Pengesahan Bahasa ; Kerajaan Malaysia ; Novel ; Hasil Penyelidikan ; Kamus Dewan Perdana ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Khidmat Nasihat
Soalan Jawapan Jenis Soalan Tarikh Soalan
Salam hormat, mohon khidmat nasihat berhubung perkataan "menyertai" dan "mengikuti". Contoh ayat : Permohonan menyertai kursus anjuran INSAN atau Permohonan mengikuti kursus anjuran INSAN? Sekian, terima kasih.

Mengikut Kamus Dewan, perkataan menyertai dan mengikuti membawa maksud yang sama. Oleh itu, ayat yang dicadangkan tersebut adalah betul penggunaan bahasanya.

Untuk rujukan:

(Maksud perkataan MENYERTAI ialah 1. mengiringi, mendampingi, mengikuti: setiap pelajaran yg saya berikan itu, disertai dgn latihan; bantahan mereka kali ini disertai dgn ugutan yang lebih hebat; 2. bersama-sama dgn., menemani, mengawani (utk. menolong dll): Tuhan ~ orang yang sabar; 3. mengikut serta, turut bersama: tidakkah ibu bapa mereka melarang mereka ~ tarian itu? (Kamus Dewan Edisi Keempat))

Tatabahasa27.07.2018
Saya sedang mengikuti pengajian separuh masa sekarang ni dan saya juga sedang membuat kajian tentang bahasa kebangsaan kita.. soalan saya mengenai bahasa kebangsaan kita. Bahasa kebangsaan kita adalah bahasa utama di malaysia, tetapi bahasa yang selalu di pakai sekarang ialah bahasa international iaitu bahasa english. kenapakah kita tidak menggunakan bahasa kita dalam apa jua urusan di negara kita?bagaimanakah kita sebagai rakyat malaysia untuk membangunkan semula bahasa kebangsaan kita? bagaimana pula kerjasama kerajaan dan swasta dalam membangunkan bahasa kebangsaan?Usul untuk menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan lambang penyatuan telah diterima dan termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan (1957) apabila negara kita mencapai kemerdekaan. Bahasa Melayu dijadikan bahasa rasmi yang tunggal dalam menggantikan bahasa Inggeris. Pelaksanaan sepenuhnya bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dikuatkuasakan oleh Akta Bahasa Kebangsaan 1963/1967  (Akta 32) melalui Seksyen 5, 6, 7 dan 8. Bahasa kebangsaan ialah bahasa yang digunakan untuk tujuan perpaduan dalam kalangan warganegara manakala bahasa rasmi ialah bahasa yang dipilih untuk tujuan urusan sehari-hari negara. Sesuatu bahasa itu tidak boleh dianggap bahasa rasmi hanya kerana terdapat undang-undang dan peruntukan dalam perlembagaan yang memberikan taraf tersebut. Sesungguhnya bahasa itu sendiri haruslah dapat berfungsi sebagai bahasa rasmi apabila memenuhi beberapa kegiatan pada peringkat kenegaraan seperti:·        Sebagai bahasa lisan para pegawai kerajaan semasa menjalankan tugas-tugas rasmi negara;·        Sebagai media segala urusan surat-menyurat dalam dan antara jabatan kerajaan;·        Digunakan dalam semua rekod kerajaan;·        Sebagai media untuk menulis semua undang-undang dan peraturan negara; dan

·        Digunakan dalam semua jenis borang urusan rasmi kerajaan.

DBP menjalankan pengembangan bahasa Melayu dalam negara terbahagi kepada sektor awam dan sektor swasta. Untuk sektor awam, empat sektor utama yang terlibat, iaitu Sektor Kerajaan Pusat; Sektor Kerajaan Negeri dan Tempatan; Sektor Badan Berkanun; dan Sektor Pendidikan. Manakala dalam sektor swasta pula tumpuan diberikan kepada empat sektor, iaitu Sektor Perdagangan Dalam Negeri; Sektor Perkhidmatan Kewangan; Sektor Industri Khusus; dan Sektor Media Massa.

 

Lain-lain10.05.2008
saya ingin mengikuti kursus-kursus jangka pendek yang berkaitan dengan bidang bahasa ataupun sastera. namun, bagaimanakah caranya? Siapakah yang perlu saya hubungi?Kursus jangka pendek dalam bidang bahasa dan sastera yang dikendalikan oleh DBP hanya di peruntukkan untuk staf DBP.DBP mengendalikan program kursus berbayar jika ada permohonan dan permintaan dari jabatan luar dengan megendalikan sepenuh nya kursus secara pakej berdasarkan modul-modul kursus yang diperlukan oleh pelanggan.Setakat ini DBP belum menawarkan kursus kepada awam secara individu.  Lain-lain30.01.2008
Lawatan sambil belajar tergolong sebagai frasa yang mengandungi kata majmuk atau sebaliknya? Contoh: Saya mengikuti lawatan sambil belajar di Pulau Pinang. Apakah ayat di atas tergolong sebagai ayat majmuk?Saya mengikuti lawatan sambil belajar di Pulau Pinang. Ayat tunggal, saya (subjek - kata nama), mengikuti lawatan sambal belajar (predikat - frasa kerja), di Pulau Pinang (keterangan predikat).Tatabahasa11.01.2019
Apakah beza mengikut dan mengikuti?Moho penjelasan. Terima kasih.Untuk makluman, “mengikut” bermaksud “pergi bersama-sama dengan”. Contoh dalam ayat, Budak itu "mengikut" ayahnya ke hutan memikat burung.”  Manakala “mengikuti” bermaksud “turut di belakang orang”. Contoh dalam ayat, Dia "mengikuti" ayahnya keluar dari rumah secara sembunyi-sembunyi”.Tatabahasa20.05.2020
Penggunaan 'seperti' atau 'sebagaimana'.. MBK mengikuti aktiviti kokurikulum seperti murid lain... atau MBK mengikuti aktiviti kokurikulum sebagaimana murid lain. Mana ayat yang betul?Perkataan sepertimana, sebagaimana dan seperti mempunyai maksud yang sama (boleh rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat). Maka, penggunaan salah satu daripada sepertimana, sebagaimana atau seperti betul dalam ayat yang dikemukakan.Tatabahasa13.09.2018
Kamus Dewan Bahasa menunjukkan mengikut dan mengikuti adalah sama erti. Boleh Tuan/Puan memastikan ayat-ayat yang mana betul. 1. Adik mengikut ibu ke pasar. 2. Adik mengikuti ibu ke pasar.
Menurut data kami, kedua-dua ayat tersebut betul.
Tatabahasa02.08.2017
Saya ingin mengetahui adakah pihak DBP ada menyediakan kursus seperti kursus penterjemahan. Saya berminat untuk mengikuti kursus tersebut tetapi tidak mengetahui bagaimana dan di mana serta pihak yang ada menyediakan kursus berkenaan. Sekiranya pihak DBP ada menganjurkan kursus tersebut, saya ingin mengetahui dengan jelas bagaimana caranya untuk mengikuti kursus tersebut. Sekian, terima kasihSaya ingin mengetahui adakah pihak DBP ada menyediakan kursus seperti kursus penterjemahan. Saya berminat untuk mengikuti kursus tersebut tetapi tidak mengetahui bagaimana dan di mana serta pihak yang ada menyediakan kursus berkenaan. Sekiranya pihak DBP ada menganjurkan kursus tersebut, saya ingin mengetahui dengan jelas bagaimana caranya untuk mengikuti kursus tersebut. Sekian, terima kasih
Akademi DBP ada menyediakan Kursus Penataran Bahasa Melayu:Bahasa Melayu dalam Penterjemahan. Untuk keterangan lanjut, puan boleh menghubungi pegawai Akademi DBP iaitu Puan Faridah Abd. Rahman, 03-2147 9223; e-mel faridah@dbp.gov.my. Untuk kursus penterjemahan bahasa-bahasa lain, puan boleh menghubungi Institut Terjemahan dan Buku Negara; dan Persatuan Penterjemah Negara (03- 21424381) /Puan Saodah (012-22067076) , Setiausaha Kehormat Persatuan Penterjemah Malaysia.
Pembinaan Bakat24.01.2014
Salam. Ingin bertanya. Mana satu yang betul? Jawapan atau jawaban? Pernah mengikuti kursus anjuran DBP pd tahun 2008 (bengkel tatabahasa) - yang digunapakai ialah jawaban. tetapi ada rakan yang pernah juga mengikuti kursus anjuran DBP - dimaklumkan bahawa 'jawapan' yang betul. Terima kasih.Jawapan dan jawaban boleh digunakan dan merupakan varian. Jawaban adalah betul dari segi morfologi manakala jawapan pula diterima pakai disebabkan kelaziman penggunaannya. Kamus Dewan Edisi Keempat menjadikan jawapan sebagai subentri kepada jawab.Tatabahasa17.01.2013
Cerpen itu ______ tulis bedasarkan pengalaman sebenar saya semasa mengikuti kursus itu. 'akan saya' atau 'saya akan', yang manakah lebih sesuai??Ayat yang tepat ialah "Cerpen itu akan saya tulis berdasarkan pengalaman sebenar saya semasa mengikuti kursus itu."Tatabahasa16.07.2013