Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Perkhidmatan ; Artikel ; Puisi ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Peribahasa ; Multimedia ; Jurnal ; Kerajaan Malaysia ; Novel ; Hasil Penyelidikan ; Dialek ; Pantun ; Kamus Dewan Perdana ; Istilah Sains Kewangan ; Glosari Linguistik Korpus ; Domain_Fik ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Ensiklopedia
Tajuk Sinopsis Bidang Klasifikasi
SEGREGASI

Segrerasi ialah pengasingan kumpulan manusia

mengikut adat atau mengikut budaya. Ia lazimnya

berasaskan perbezaan asal usul etnik, agama,

kekayaan, atau budaya. Sesetengah orang

menganggap perbezaan sedemikian amat

penting.

UMUM
AHLI SUNNAH

Ahli Sunnah ialah golongan yang mengikut dan

berpegang pada Sunnah yang terdiri dari

kalangan  sahabat dan sesiapa yang mengikut

mereka dengan baik sehingga hari kiamat. Ibn

Rajab berkata: Al-Sunnah ialah perjalanan Nabi

Muhammad SAW dan para sahabatnya yang

bersih daripada syubahat dan hawa nafsu.

UMUM
SYAABAN

Syaaban ialah bulan kelapan mengikut takwim

Hijrah. Ia dikenali dengan nama ini pada tahun

412 M. Semasa hayat Kilab ibn Murrah, datuk

kelima dalam salasilah keturunan Rasulullah

s.a.w. Dikatakan nama Syaaban bermakna

berpecah menjadi kumpulan kerana kabilah Arab

memohon agar dipecah-pecahkan mengikut

pasukan tertentu bagi tujuan membuat serangan

selepas mereka berehat pada bulan Rejab, iaitu

bulan yang diharamkan berperang. Lihat Rejab.

UMUM
TARTARUS

Tartarus, mengikut mitos Yunani yang awal,

ialah sebuah lubang yang dalam di bawah

permukaan bumi. Jauhnya ke dalam perut bumi

adalah sejauh muka ke langit. Tembok tinggi dan

sebatang sungai berapi yang dikenal sebagai

Phlegethon (atau Pyriphlegethon) mengelilingi

Tartarus.

UMUM
ANNUNCIATION

Annunciation, mengikut Luke (1:2638) ialah

pengumuman yang dibuat oleh malaikat Gabriel

kepada Mary. Gabriel memberi tahu bahawa Mary

adalah ibu yang akan melahirkan Jesus, yang akan

dikenali sebagai the Christ.

UMUM
HAK MENGGELEDAH

Hak menggeledah. Mengikut undang-undang

antarabangsa, sesebuah negara yang sedang

berperang berhak melawat dan menggeledah

kapal dagang negara berkecuali.

UMUM
ZIP

Zip, mengikut istilah yang selalu digunakan

ialah sebarang jenis kancing gelangsar. Kancing

ini mempunyai dua belah barisan gigi dan lekuk

yang boleh padan dengan elok antara satu dengan

lain.

UMUM
AEGIS

Aegis, mengikut dongeng orang Yunani purba,

ialah nama perisai yang dibuatkan oleh Vulcan

untuk Jupiter. Jupiter mencipta guruh dengannya.

Minerva (Athena), anak perempuan Jupiter,

membawa perisai ini bersama-samanya sebagai lambang

kuasa, apabila dia keluar menjalankan tugas bagi

pihak ayahnya. Di bahagian tengah perisai tersebut

terukir kepala Medusa, anak perempuan dewa laut,

Phorcys. Kepala yang diukir ini dikatakan dapat

menukar manusia kepada batu.

UMUM
REJAB

Rejab ialah bulan ketujuh mengikut takwim Hijrah.

Nama Rejab digunakan sejak tahun 412 M. semasa

zaman Kilab ibn Murrah, iaitu datuk Rasulullah s.a.w.

Bulan ini dinamakan Rejab kerana orang Arab

memuliakan dan menghormati bulan ini dengan

mengelakkan diri daripada melakukan pertumpahan

darah. Malah pada zaman Jahiliyah pun peperangan

diharamkan pada bulan ini.

UMUM
RABIULAWAL

Rabiulawal ialah bulan ketiga mengikut takwim

Hijrah. Bulan ini dinamakan Rabiulawal pada

tahun 412 M., semasa zaman Kilab ibn Murrah,

moyang kelima Rasulullah s.a.w.

UMUM
Puisi
 

Basikal Jepun basikal joli,
     Dibawa di simpang tiga;
Hendak mengikut tidak berani,
     Takut ditinggal tengah jeraya.



Lihat selanjutnya...
Peribahasa
129

Cut your coat according to your cloth

Berbelanjalah mengikut kemampuan

Air dalam berenang; air dangkal bercebuk

We are facing a difficult moment in our lives. So, we must be prudent and cut your coat according to your cloth.

Kita kini menghadapi saat-saat sukar dalam hidup kita. Jadi, berjimat cermatlah. Air dalam berenang; air dangkal bercebuk.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu



Lihat selanjutnya...