Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Artikel ; Puisi ; Ensiklopedia ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Kerajaan Malaysia ; Kamus Dewan Perdana ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Pantun
Pantun Sumber Tema
Ke darat mengembang payung, Payung dikembang hari pun hujan; Kalau tak dapat bunga sekuntum, Biarlah kumbang mati beragan.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Bagaimana bunga mahu mengembang, Sebelum dipetik dialah layu; Bagaimana hamba datang meminang, Sebelum adik berkata setuju.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Dayang Aspah anak Nualam, Mengembang ku bunga kembang tuli; Ada panasnya bertengah malam, Turun embun bertengah hari.Kurik Kundi Merah SagaKiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran
Ah Liew peranakan Jepun, Mengembang bunga di dalam cawan; Berapa banyak bunga di taman, Satu buat memberi rawan.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Lambai-lambai di bawah batang, Mengembang bunga cempaka biru; Tuan kulambai serta datang, Tapi datangnya tersindu-sindu .Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Jikalau hari mulai panas, Cepat-cepat mengembang payung; Jikalau hati mulai cemas, Cepat-cepat abang berkunjung.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Sudah lama merendam selasih, Barulah kini mahu mengembang; Sudah lama kupendam kasih, Barulah kini bertemu pandang.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Barat daya kencang semalam, Tongkat patah titian roboh; Apalah daya bujang semalam, Mengembang bunga di wajahnya subuh.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
1
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mengembang

Puisi
 

Dayang Aspah anak Nualam,
     Mengembang ku bunga kembang tuli;
Ada panasnya bertengah malam,
     Turun embun bertengah hari.



Lihat selanjutnya...