Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Artikel ; Pengesahan Bahasa ; Novel ; Dialek ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Khidmat Nasihat
Soalan Jawapan Jenis Soalan Tarikh Soalan
Apakah maksud kata anjakan paradigma, kroni, globalisasi, dan autoriti(i) Anjakan paradigma bermaksud anjakan pemikiran seseorang atau organisasi pada sesuatu masa yang dipengaruhi oleh pengalaman, pengetahuan, kemahiran, dan kesedaran. (ii) Kroni bermaksud konco yakni rakan atau teman atau pihak yang ada pertalian dan hubungan. (iii). Globalisasi bermaksud keadaan yg menjadikan dunia mengecil dari segi hubungan manusia. (iv). Autiriti bermaksud kuasa atau hak.Makna12.10.2006
Selamat pagi. Dalam ayat di bawah, adakah perlu nama buku bahasa Cina yang telah diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu dicatatkan juga nama buku dalam bahasa asalnya seperti yang dibuat dalam kurungan? Terima kasih. Karya beliau yang diketahui umum termasuklah Tak Berotak dan Tak Rela (Meitounao he Bugaoxing), Kisah Tutu (Tutu de gushi), Saya Mampu Membesar dan Mengecil (Wo shi yige kedakexiao de ren), Saya Orang Limunan (Wo chenglege yinshenren ) dan lain-lain.Tajuk buku yang diterjemahkan dalam bahasa Melayu tidak perlu diletakkan tajuk dalam bahasa asalnya. Memadai tajuk dalam bahasa Melayu sahaja.Lain-lain06.07.2021
Adakah perbezaan antara perkataan kecil dan cilik ? Bolehkah tuan/puan menjelaskan? Adakah ayat yang saya menulis ini di bawah betul? Terima kasih. 1) Kita perlu mengecilkan api dapur untuk mengelakkan kemalangan. 2) Kita perlu mencilikkan api dapur untuk mengelakkan kemalangan. 3)Peranan kerajaan dan akhbar-akhbar tidak dapat diperkecil. 4) Peranan kerajaan dan akhbar-akhbar tidak dapat dipercilik. 5) Api pelita akan mengecil apabila sumbu pelita dimasukkan sedikit ke dalam. 6) Api pelita akan mencilik apabila sumbu pelita dimasukkan sedikit ke dalam. 7) Abu semakin terasa kekecilan dan kelemahan dirinya sebagai hamba Tuhan. 8) Abu semakin terasa kecilikan dan kelemahan dirinya sebagai hamba Tuhan.

Perkataan “cilik” dan “kecil” membawa maksud yang sama, iaitu masih rendah umurnya atau masih kanak-kanak. Walau bagaimanapun, perkataan “cilik” dan “kecil” perlu digunakan mengikut kesesuaian ayat dan konteks penggunaan.

 

Ayat yang betul adalah seperti yang berikut:

1. Kita perlu mengecilkan api dapur untuk mengelakkan kemalangan.

2. Peranan kerajaan dan akhbar tidak dapat diperkecil.

3. Api pelita akan mengecil apabila sumbu dimasukkan sedikit ke dalam pelita.

4. Abu semakin terasa kekecilan dan kelemahan dirinya sebagai hamba Tuhan.

 

Contoh lain penggunaan perkataan “cilik” dan “kecil” dalam ayat adalah seperti yang berikut:

1. Aktres cilik yang baru berusia 16 tahun ini menjadi rebutan kerana bakat semula jadinya itu.

2. Rumah kecil itu milik saya.

 

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Kamus Dewan Perdana (DBP, 2021), halaman 436 dan 997 dan laman web https://prpm.dbp.gov.my/

Tatabahasa19.01.2024
1
Tesaurus
 
kecil (adjektif)
1. Bersinonim dengan comel: halus, ketot, kemetot, kerdil, kurus, langsing, ramping,
Berantonim dengan besar

2. Bersinonim dengan sempit: tidak lapang, tidak luas, tidak lebar,
Berantonim dengan luas

3. Bersinonim dengan kanak-kanak: budak, muda, mentah, setahun jagung,
Berantonim dengan dewasa

4. Bersinonim dengan sedikit: secubit, sekelumit, sejemput, segenggam, sekepal,
Berantonim dengan banyak

5. Bersinonim dengan remeh-temeh: tidak penting, tidak mustahak,
Berantonim dengan penting

6. Bersinonim dengan mudah: senang, tidak rumit, tidak sukar, tidak payah,
Berantonim dengan besar

Kata Terbitan : sekecil-kecilnya, mengecil, mengecilkan, memperkecil-kecil, kecil-kecilan, kekecilan,