Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Artikel ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Jurnal ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Ensiklopedia
Tajuk Sinopsis Bidang Klasifikasi
PAKISTAN

Pakistan ialah negara Islam di selatan Asia. Nama

rasmi negara ini ialah Republik Islam Pakistan.

Lebih kurang 97 peratus penduduknya menganut

ajaran Islam. Agama merupakan sebab yang utama

Pakistan didirikan sebagai sebuah negara yang

merdeka.

UMUM
KASTA

Kasta ialah kumpulan sosial manusia yang

dibahagi-bahagikan mengikut kelahiran. Dalam

lingkungan sesuatu kasta, kebanyakan ahlinya

berkongsi kebudayaan atau pekerjaan yang sama,

menganut fahaman atau mazhab agama yang sama

atau mempunyai tahap kekayaan yang sama.

UMUM
PERISTIWA NATRAH

Peristiwa Natrah ialah peristiwa rusuhan yang

berlaku di Singapura pada tahun 1950 berikutan

bantahan orang Islam Singapura terhadap

keputusan Mahkamah Tinggi Singapura yang

membatalkan keislaman Natrah, seorang gadis

Belanda yang telah menganut agama Islam.

UMUM
BOTHWELL, EARL OF

Bothwell, Earl of (1536?1578) ialah bangsawan

Scotland yang menganut agama Protestan. Dia

adalah suami ketiga Mary, Ratu Scotland (lihat

Mary, Ratu Scotland).

UMUM
ASHA'IRAH, AL-

Ashairah, al- ialah pengikut aliran Abu al-

Hassan al-Asháriy Ali ibn Ismail ibn Ishaq

(meninggal dunia pada 324 H./935 M.). Dia

mempunyai darah keturunan Abu Musa al-

Ashariy r.a. Lihat Abu al-Hasan al-Ashariy. Pada

mulanya, dia menganut mazhab Muktazilah. Lihat

Muktazilah.

UMUM
SIHIR

SIHIR, ilmu hitam untuk tujuan pembenci, pengasih dan perosak yang wujud sejak zaman dahulu di kalangan masyarakat Melayu yang menganut kepercayaan animisme dan Hindu.  Ilmu sihir dalam masyarakat Melayu muncul dalam pelbagai bentuk dan dikenali dengan pelbagai nama, antaranya termasuklah tuju, lambai semangat, pulau dan santau.  Prinsipnya sama sahaja iaitu menguasai semangat individu yang disihir dan mendatangkan kemudaratan kepada pihak yang terkena sihir.

BUDAYAKonsep
ORANG NORMAN

Orang Norman ialah sekumpulan orang Viking,

atau Norsemen (orang Scandinavia), yang mula-

mula menduduki utara Perancis, kemudiannya

mara ke England, selatan Itali, dan Sicily. Pada

tahun 800-an M., pahlawan Norman memulakan

penaklukan dengan menyerang pantai dan lembah

sungai di Perancis. Menjelang tahun 900-an M.,

mereka sudah pun menetap di wilayah Perancis

yang terletak berhampiran muara Sungai Seine,

yang sekarang dikenali sebagai Normandy. Pada

tahun 911 M., seorang ketua Norman, Hrolf atau

Rollo (860?931?) menjadi duke untuk raja Frank,

Charles Yang Sederhana (Charles the Simple).

Orang Norman pun menganut agama Kristian dan

menerima adat Perancis. Ramai orang Norman

yang menjadi terkenal sebagai pentadbir, ketua

gereja, dan pahlawan Perang Salib.

UMUM
1
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata menganut