Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Perkhidmatan ; Artikel ; Puisi ; Ensiklopedia ; Buku ; Peribahasa ; Multimedia ; Jurnal ; Pengesahan Bahasa ; Kerajaan Malaysia ; Novel ; Dialek ; Pantun ; Kamus Dewan Perdana ; Istilah Sains Kewangan ; Domain_Fik ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Khidmat Nasihat
Soalan Jawapan Jenis Soalan Tarikh Soalan
Merujuk ulasan tuan tentang soalan 93. Tuan menyatakan bahawa ' antara perkataan yang lain yang boleh menerima imbuhan memper...i ialah peroleh, perbaiki...' . Sepatutnya 'oleh' menerima memper...i, ' baik' menerima 'memper...i'. Walau bagaimanapun, ' memperolehi' memperbaiki' memperkuasai', 'dll ( rujuk TD Ketiga, m/s 212 ) dikatakan bentuk yang lewah yang seharusnya dieja sebagai (memperoleh), (membaiki), menguasai dll. Kamus Dewan Edisi Keempat menyatakan bahawa' lewah' membawa maksud berlebih-lebih sehingga tertambah perkara, hal, dsb yang tidak perlu . Jadi 'memperolehi' adalah salah penggunaan imbuhan. 'Oleh' sebagai kata sendi nama hanya menerima 'memper...' bukan memper... i' (TD Edisi ketiga m/s 180)

Apitan memper-.....-i wujud hasil daripada perkembangan bahasa, iaitu keperluan menyatakan makna khusus bagi sesuatu perbuatan kata kerja, yang sebelum ini tidak terungkap dalam bahasa Melayu. Setakat ini hanya bentuk yang berikut yang wajar dianggap sebagai jenis kata kerja yang terbentuk dengan apitan memper-.....-i ini, iaitu memperingati, memperkawani, mempersuami, dan memperisteri. Bentuk mempersuami dan memperisteri  sebenarnya berbentuk mempersuamii dan memperisterii  tetapi telah berlaku pengguguran satu huruf i dalam kedua-dua perkataan ini.  Bentuk yang lazim digunakan dengan apitan memper-...-i seperti memperolehi, memperbaiki, memperkuasai, memperdalami, memperakui, mempersetujui dan memperhalusi merupakan bentuk terbitan yang lewah. Kata dasar bentuk terbitan di atas seharusnya menerima awalan meN- atau memper-, apitan men-...-i atau apitan memper-...-kan, seperti yang berikut: memperolehi seharusnya memperoleh, memperbaiki seharusnya memperbaik, memperkuasai seharusnya menguasai, memperdalami seharusnya mendalami, memperakui seharusnya mengakui/memperakukan, mempersetujui seharusnya menyetujui, memperhalusi seharusnya menghalusi.

Kami memohon maaf atas kekeliruan jawapan yang diberikan sebelum ini.  

Tatabahasa19.04.2010
Cikgu, kata dasar yang menerima ber-...-an perlu menerima kata sendi nama atau tidak jika belakangnya ialah kata nama yang berperanan sebagai objek? Contohnya: berhampiran dengan kedai runcit atau berhampiran kedai runcit?Ayat yang gramatis ialah "...berhampiran kedai runcit". Namun begitu, ayat "...berhampiran dengan kedai runcit" juga tidak salah.Tatabahasa18.05.2014
Salam Tuan/Puan, Mana satu yang betul untuk surat rasmi "Kami telah terima.." atau "Kami telah menerima.." Terima KasihFrasa yang betul ialah "kami telah menerima ..." atau "kami menerima ...".Tatabahasa01.04.2016
Faktor-faktor yang menyebabkan berlakunya pelbagai bentuk rasuah di sektor awam menurut (Grabosky & Lamour, 2000; Transparency International, 2015) adalah: (i) rasuah; apabila pegawai awam menerima atau menerima pertimbangan wang atau bukan wang untuk melakukan tindakan (atau tidak mengambil tindakan) dan dengan berbuat demikian melakukan pecah amanah. Merujuk ayat tersebut, adakah perkataan rasuah perlu deja huruf besar bagi huruf pertama Rasuah?

Perkataan rasuah dalam perenggan tersebut perlu dieja dengan huruf kecil.

Ejaan21.11.2021
Dia menerima Ijazah Sarjana Muda daripada Universiti Boston @ Dia menerima Ijazah Sarjana Muda dari Universiti BostonAyat yang betul ialah "Dia menerima Ijazah Sarjana Muda daripada Universiti Boston". Tatabahasa12.09.2011
Kata-kata yang menerima awalan memper- tidak perlu menerima akhiran -kan, kerana maksud menjadikan. Bagaimana pula dengan awalan "diper". Adalah awalan tersebut juga tidak menerima akhiran kan. Cth: diperluas atau diperluaskan. Mohon penjelasan. Sekian, terima kasih.

Terdapat dua pengertian khusus yang timbul melalui penggunaan apitan diper-...-kan dengan kata dasar, iaitu:

i. membawa pengertian terjadi atau disebabkan, contohnya dipertemukan - dijadikan atau disebabkan bertemu, dipersatukan - dijadikan atau disebabkan bersatu.

 ii. membawa pengertian menyebabkan sesuatu perbuatan yang terkandung dalam maksud kata kerja yang dilakukan oleh orang lain. Contonya diperdengarkan - menyebabkan sesuatu didengar oleh orang lain, diperlihatkan - menyebabkan sesuatu dilihat oleh orang lain.    

 Untuk keterangan lanjut, saudara boleh merujuk buku Tatabahasa dewan Edisi Ketiga, halaman 214.

Tatabahasa19.03.2015
Cikgu, "memuliakan maruah diri" atau "memulia maruah diri"? Kata dasar "mulia" patut menerima awalan meN- atau menerima apitan meN-...-kan?Pembentukan kata yang betul ialah "memuliakan", sila rujuk Kamus Dewan untuk melihat pembentukan kata yang betul daripada akar kata.Tatabahasa13.05.2014
Salam Sejahtera, tuan. Bolekah tuan tolong terangkan soalan-soalan saya yang berikut: 1. menghidangkan makanan yang pelbagai jenis / menghidangkan pelbagai jenis makanan ? 2. menerima banyak hadiah / menerima hadiah yang banyak ? Setahu saya, selepas kkt mesti diikuti terus dengan objek. Namun' saya masih terjumpa ayat-ayat tersebut dalam bahan-bahan bacaan. Ini amat mengelirukan saya. Minta tuan memberikan penjelasan kepada saya. 3. menyusun buku / menyusun buku-buku ? 4. menyusun ayat-ayat yang berikut / menyusun ayat yang berikut? Sekian, tyerima kasih.Frasa yang betul ialah:
1. menghidangkan pelbagai jenis makanan -
2. menerima banyak hadiah 
Pendapat tuan betul, kata kerja transitif mesti diikuti objek yang terdiri daripada frasa nama untuk melengkapkan maksudnya.
3. menyusun buku  
4. menyusun ayat yang berikut
Buku dan ayat dalam frasa di atas tidak perlu digandakan kerana perbuatan menyusun, iaitu meletakkan bersusun menunjukkan sesuatu yang banyak.
Tatabahasa07.04.2012
1. Dia menerima surat daripada Universiti Malaya. 2. Dia menerima surat dari Universiti Malaya. Mana yang betul?Ayat yang paling tepat ialah Dia menerima surat daripada Universiti Malaya. - menerangkan sumber/punca surat itu diterima.Tatabahasa21.01.2011
Salam sejahtera. Tuan, Ayat yang manakah betul; Kamal dan kakaknya segera balik ke kampung setelah menerima panggilan telefon daripada ibunya / Kamal dan kakaknya segera pulang ke kampung setelah menerima panggilan telefon daripada ibunya.Kamal dan kakaknya segera balik ke kampung setelah menerima panggilan telefon daripada ibunya / Kamal dan kakaknya segera pulang ke kampung setelah menerima panggilan telefon daripada ibunya. Kedua-dua ayat itu betul, balik dan pulang sama maknanya.Tatabahasa21.07.2008
Tesaurus
 
terima
Kata Terbitan : menerima, penerimaan, penerima,

Puisi
 

Kalau memanah burung helang,
     Bolehkah tidak dia mengena;
Kalau kakanda datang meminang,
     Adakah adinda sudi menerima?



Lihat selanjutnya...
Peribahasa
218

It's better to give than to receive

Berbuat baik kepada orang lain merupakan amalan mulia dan lebih baik daripada menerima pemberian atau kebaikan orang lain.

Tangan yang memberi lebih baik daripada tangan yang menerima

Believing that it's better to give than to receive, they donated half of their earnings to the needy.

Berpegang pada tangan yang memberi lebih baik daripada tangan yang menerima, mereka mendermakan separuh daripada pendapatan mereka kepada orang yang susah.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu



Lihat selanjutnya...