Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Artikel ; Khidmat Nasihat ; Jurnal ; Pengesahan Bahasa ; Kerajaan Malaysia ; Hasil Penyelidikan ; Dialek ; Kamus Istilah Sains Kewangan ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Ensiklopedia
Tajuk Sinopsis Bidang Klasifikasi
AEOLIA

Aeolia ialah nama satu kaum Yunani purba.

Mereka menduduki sebahagian besar kawasan di

timur Greece Tengah sebelum tahun 1150 S.M. Pada

akhir tahun 1100-an S.M., kaum Yunani lain dari

Doria menyerang wilayah Aeolia, dan ramai orang

Aeolia berpindah ke pantai barat Asia Kecil (kini

Turki), dan juga ke Pulau Lesbos dan Pulau Tenedos

yang berdekatan. Daerah pantai ini dinamai Aeolis.

Orang Aeolia menubuhkan satu gabungan yang

longgar sesama mereka. Pulau Lesbos maju sebagai

pusat perdagangan yang sibuk, selain daripada

menjadi tempat pengajian ilmu puisi yang masyhur.

Antara penyair terkenal dari sini termasuklah

Alcaeus dan Sappho.

UMUM
SETINGGAN DI AUSTRALIA

Setinggan di Australia pada mulanya ialah

penggembala-penggembala yang menduduki

tanah kerajaan secara haram. Lama-kelamaan,

ramai antara mereka menjadi penternak lembu

yang kaya dan dihormati.

UMUM
ZEBULUN

Zebulun ialah nama satu daripada 12 puak orang

Israel. Puak ini menduduki kawasan di barat daya

Galilee, di utara Dataran Esdraelon.

UMUM
DONIZETTI, GAETANO

Donizetti, Gaetano (17971848), penggubah

opera Itali. Semasa hidupnya, dia menduduki

tempat kedua selepas Gioacchino Rossini.

Donizetti menulis lebih kurang 65 opera

dan opereta, dan menjadi masyhur dengan

kemampuannya mereka cipta opera dalam masa

yang singkat.

UMUM
ANDREW, PRINCE

Andrew, Prince (1960 ), putera kedua Ratu

Elizabeth dari United Kingdom. Dia menduduki

tempat keempat dalam senarai pewarisan takhta.

UMUM
SARACENS

Saracens ialah panggilan yang diberikan oleh

orang Barat terhadap orang Islam yang menyerang

dan menduduki beberapa bahagian dunia Kristian di

Asia, Afrika dan Eropah dari tahun 600-an M. hingga

tahun 1000-an M. Nama ini juga ditujukan kepada

orang Palestin, Syria, dan orang Moor, yang berjaya

mengalahkan kerajaan Sepanyol pada tahun 700-an

M. semasa Perang Salib, dan orang Saljuk yang

berperang dengan tentera salib. Orang Yunani dan

orang Rom pada mulanya menggunakan perkataan

Saracen untuk menyatakan puak Arab yang tinggal di

Gurun Siro-Arab.

UMUM
ORANG NORMAN

Orang Norman ialah sekumpulan orang Viking,

atau Norsemen (orang Scandinavia), yang mula-

mula menduduki utara Perancis, kemudiannya

mara ke England, selatan Itali, dan Sicily. Pada

tahun 800-an M., pahlawan Norman memulakan

penaklukan dengan menyerang pantai dan lembah

sungai di Perancis. Menjelang tahun 900-an M.,

mereka sudah pun menetap di wilayah Perancis

yang terletak berhampiran muara Sungai Seine,

yang sekarang dikenali sebagai Normandy. Pada

tahun 911 M., seorang ketua Norman, Hrolf atau

Rollo (860?931?) menjadi duke untuk raja Frank,

Charles Yang Sederhana (Charles the Simple).

Orang Norman pun menganut agama Kristian dan

menerima adat Perancis. Ramai orang Norman

yang menjadi terkenal sebagai pentadbir, ketua

gereja, dan pahlawan Perang Salib.

UMUM
PERANCIS

Perancis ialah negara terbesar di Eropah Barat

dari segi keluasan. Paris, ibu negara Perancis dan

bandar terbesar di negara ini, menduduki tempat

sebagai sebuah daripada bandar yang terbesar di

dunia. Selama beratus-ratus tahun, Paris telah

menjadi ibu negeri kesenian dan ilmu

pengetahuan di dunia. Universitinya berusia lebih

800 tahun dan merupakan salah sebuah universiti

yang terbesar di dunia. Paris menarik seniman dan

penulis daripada semua bangsa. Banyak seniman

agung telah menghasilkan karya unggul di sana.

Paris merupakan bandar yang terkenal dengan

keindahan dan kegemilangan seni binanya. Setiap

tahun, berjuta-juta pelancong mengunjungi mercu

tanda Paris yang masyhur, seperti Katedral of Notre

Dame, Menara Eiffel, dan Louvre salah sebuah

muzium seni yang terbesar di dunia.

UMUM
NIGERIA

Nigeria ialah negara Islam yang terletak di

pesisiran pantai barat Afrika dan mempunyai

penduduk paling padat di benua Afrika.

Penduduknya mencecah sehingga 117 juta orang

dan menduduki tempat ke-10 di dunia dari segi

kepadatan penduduk.

UMUM
SALIM III

Salim III (11751223 H./17611808 M.), putera

Sultan Mustapha III ibn Sultan Ahmad III. Baginda

merupakan sultan ke-28 dalam salasilah

Kesultanan Kerajaan Uthmaniyyah. Salim III

menduduki takhta menggantikan bapa saudaranya

Sultan Abdul Hamid I pada tahun 1203 H./1789 M.

Sewaktu mengambil alih tampuk pemerintahan,

keadaan negara agak huru-hara sehingga Rusia

dan Austria menguasai kerajaan Uthmaniyyah

sebanyak dua kali, iaitu sekitar tahun 1203 H./1789

M. Rusia juga menguasai bandar al-Hasinah yang

terletak di tepi laut dan sebahagian besar negeri

Aflaq, Baghdan (Molavia) dan Busarabia pada

tahun 1205 H./1791 M. Persengketaan itu berakhir

dengan perdamaian antara kedua-dua negara

tersebut pada tahun 1206 H./1796 M. Akhirnya

Rusia berkuasa di negeri al-Qaram dan

sebahagian negeri Quban, Busarabia dan

beberapa negeri lain. Bandar Otshakov juga

diserahkan melalui Perjanjian Yash.

UMUM
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata menduduki