Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Artikel ; Khidmat Nasihat ; Peribahasa ; Multimedia ; Kerajaan Malaysia ; Pantun ; Kamus Dewan Perdana ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Ensiklopedia
Tajuk Sinopsis Bidang Klasifikasi
TERSEDU

Tersedu ialah pengambilan udara secara

mendadak dan tidak dapat dikawal yang

disebabkan oleh kekejangan diafragma. Diafragma

ialah otot yang besar, kuat, dan berbentuk kubah

yang terletak di bawah rongga dada. Ia mengecut

dan mengendur untuk membawa udara masuk ke

dalam paru-paru dan mengeluarkannya.

UMUM
ANAFILAKSIS

Anafilaksis ialah reaksi sistem imun yang teruk

dan sering kali berlaku secara mendadak ke atas

alergen (bahan asing). Dalam sesetengah keadaan,

pendedahan kepada sesuatu alergen mengakibatkan

kejutan dan kadangkala menyebabkan kematian.

Punca biasa yang menyebabkan anafilaksis ialah

penyuntikan antibiotik ke dalam manusia yang secara

abnormal sensitif terhadapnya. Bagi sesetengah

orang sengatan penyengat boleh juga menyebabkan

anafilaksis. Peningkatan sensitiviti terhadap sesuatu

alergen adalah disebabkan oleh pendedahan

kepadanya sebelum itu, diikuti oleh pengeluaran

antibodi oleh sistem imun.

UMUM
AIR TERJUN

Air terjun ialah air sungai atau air anak sungai

yang jatuh secara mendadak. Air terjun biasanya

terjadi apabila sebatang sungai merentasi batuan

pejal yang tahan terhadap hakisan (lihat Hakisan ).

UMUM
DATARAN

Dataran ialah kawasan tanah yang luas, hampir

rata dan tidak terdapat perubahan ketinggian yang

mendadak. Dataran biasanya lebih rendah daripada

tanah di sekitarnya dan boleh ditemui di tepi pantai

ataupun di kawasan pedalaman.

UMUM
PERTOLONGAN CEMAS

Pertolongan cemas ialah rawatan serta-merta

yang diberi kepada mangsa yang mengalami

kemalangan, sakit yang mendadak, atau lain-lain

kecemasan perubatan. Pertolongan cemas yang betul

dapat menyelamatkan nyawa mangsa, lebih-lebih lagi

jika mangsa itu mengalami pendarahan yang banyak,

terhenti pernafasannya, atau terkena racun.

Pertolongan cemas juga boleh mencegah masalah

perubatan yang selanjutnya yang terhasil daripada

kecederaan atau sakit.

UMUM
SUHU PELEBURAN POLIMERSuhu berlakunya perubahan keadaan polimer daripada pepejal ke cecair. Pada takat suhu peleburan, polimer mengalami perubahan sifat fizikal secara mendadak. Bahan polimer tidak mempunyai suhu peleburan yang tajam seperti bahan bermolekul kecil yang ringkas, contohnya air yang melebur tepat pada suhu 0ºC.KEJURUTERAANDisiplin Ilmu
EPILEPSI

Epilepsi ialah salah satu daripada beberapa

kecacatan fungsi otak dengan tanda-tanda seperti

serangan yang mendadak dan berulangan.

UMUM
PERANG GERILA

Perang gerila ialah perang oleh kumpulan

pejuang yang berkeliaran dan menyeksa musuh

melalui serang hendap, penyerbuan mendadak,

dan serangan skala kecil yang lain. Gerila

mungkin tersusun, tetapi mereka biasanya

berjuang dalam kumpulan kecil. Mereka biasanya

beroperasi di belakang barisan musuh dan

menggunakan taktik hentam-dan-lari dan sabotaj

untuk mengejutkan dan menyeksa musuh. Mereka

mengambil kesempatan atas ciri-ciri kawasan

semula jadi seperti hutan, bukit, tasik, dan

sungai kepada bersembunyi dan melancarkan

serangan. Apabila keganasan dilancarkan di

kawasan bandar, operasi sedemikian biasanya

dikenali sebagai Keganasan Bandar. Mereka

melakukan pengeboman, penculikan, dan

tindakan ganas yang lain. Gerila kadang-kadang

dikenali juga sebagai pejuang bawah tanah atau

penentang , atau partisan . Taktik gerila biasanya

digunakan oleh kumpulan yang terhad sumbernya

untuk menentang musuh yang lebih hebat dari

segi kuasa dan kekuatan. Perkataan gerila

bermaksud perang kecil dalam bahasa Sepanyol

dan pertama kali digunakan semasa Perang

Semenanjung Napoleon (18081814).

UMUM
ASMA

Asma ialah penyakit yang melibatkan kesesakan

nafas. Kesukaran bernafas ini boleh menyerang

penghidap asma dengan serangan tiba-tiba dan

mendadak yang berlaku secara berkala. Gejalanya

termasuklah bunyi berdehit dari dada semasa

menarik nafas malah lebih kuat lagi bunyi berdehit

semasa menghembuskan nafas. Pesakit mungkin

tercungap-cungap dan berasa seolah-olah dia

kelemasan.

UMUM
MULLER, HERMANN JOSEPH

Muller, Hermann Joseph (18901967), ahli

genetik Amerika. Muller telah membuktikan

bahawa sinar-x boleh menghasilkan mutasi

(perubahan mendadak pada gen) dengan

mendedahkan lalat buah kepada sinar-x. Dengan

hasil kajiannya ini, yang diterbitkan pada tahun

1927, dia telah dianugerahi Hadiah Nobel tahun

1946 untuk fisiologi atau perubatan.

UMUM
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mendadak