Kata |
Takrif |
Sumber |
mendadak | (dgn) tiba-tiba; (dgn) serta-merta: Ia masuk ke bilik itu ~ saja. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
mendadak sontak | dgn tiba-tiba, dgn sekonyong-konyong. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mendadak sontak | sangat tiba-tiba, serta-merta. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mendadak | (dgn) tiba-tiba, (dgn) tidak disangka-sangka, (dgn) serta-merta: ia berangkat dgn ~; perubahan ~; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bidan terjun | a) bidan yg dipanggil secara mendadak (tidak diberitahu terlebih dahulu); b) orang yg diminta melakukan sesuatu pekerjaan secara mendadak (kerana orang yg sepatutnya tidak ada atau tidak hadir); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bidan tarik | a) bidan yg dipanggil secara mendadak (tidak diberitahu terlebih dahulu); b) orang yg diminta melakukan sesuatu pekerjaan secara mendadak (kerana orang yg sepatutnya tidak ada atau tidak hadir); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menerjahkan | 1 menghulurkan (senjata, kayu dsb) secara mendadak atau dgn tiba-tiba: Mangsa serangan mengelak drpd terkena senjata tajam yg diterjahkan ke arahnya. 2 mengemukakan (soalan, kemusykilan dsb) secara mendadak atau dgn tiba-tiba: Tanpa henti, para penonton ~ soalan-soalan yg berkaitan dgn tajuk ceramah. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
dadak | ; mendadak (dgn) tiba-tiba; (dgn) serta-merta: Ia masuk ke bilik itu ~ saja. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
tergempar | dgn mendadak; dgn tiba-tiba: mesyuarat ~. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
sontak II | ; mendadak ~ dgn tiba-tiba, dgn sekonyong-konyong. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
Kata |
Takrif |
Sumber |
inroad | n incursion, serangan /mengejut, mendadak/; make ~s /into, on/, a. invade area held by enemy, menyerang [sst] secara /mengejut, mendadak/: to make ~s into enemy territory, menyerang kawasan musuh secara mengejut; b. invade new area held by competitor, menembusi: with the new man at the helm, the company is reportedly making ~s into the advertising industry, dgn pelantikan orang baru ke pucuk pimpinan, syarikat itu dilaporkan sedang menembusi industri pengiklanan; c. encroach on esp so as to consume, banyak menghabiskan [n]: the purchase of the house made ~s into his savings, pembelian rumah itu telah banyak menghabiskan wang simpanannya; a hobby that made ~s on his leisure time, kegemaran yg banyak menghabiskan masa lapangnya. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
incursion | n serangan mendadak: they built high walls to protect the city from the ~s of hostile tribes, mereka membina tembok tinggi utk melindungi bandar itu drpd serangan mendadak suku kaum yg suka bermusuhan. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
abrupt | adj 1. sudden, tiba-tiba, mendadak; (of corner, turn, etc) tajam: an ~ change in the weather, perubahan cuaca yg tiba-tiba; come to an ~ end, tiba-tiba (sahaja) /berakhir, tamat, selesai/, /berakhir, tamat, selesai/ dgn tiba-tiba; come to an ~ /halt, stop/, tiba-tiba (sahaja) berhenti, berhenti dgn /tiba-tiba, mendadak/ (sahaja); 2. brusque, kasar: an ~ reply, jawapan yg kasar; an ~ manner of speaking, gaya pertuturan yg agak kasar; 3. Disconnected, tdk lancar, terputus-putus: an ~ style of writing, gaya penulisan yg tdk lancar; 4. steep, curam: an ~ descent, jalan turun yg curam. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
drastic | adj drastik, mendadak; (of medicine) drastik: the government has taken ~ measures to curb inflation, kerajaan telah mengambil langkah-langkah yg drastik utk mengawal inflasi; ~ reductions in prices, penurunan harga yg drastik. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
abruptness | n 1. suddenness, tiba-tiba, mendadak; 2. Brusqueness, kasar: ~ of manner, gaya yg kasar; 3. Disconnectedness, ketidaklancaran, tdk lancar, terputus-putus; 4. steepness, kecuraman: the ~ of the slope, kecuraman cerun itu. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
confound | vt 1. puzzle, baffle, (act.) membingungkan; (pass.) bingung: his sudden outburst ~ed her, kemarahannya yg mendadak membingungkan wanita itu; 2. (old-fashioned) confuse, keliru; 3. (old-fashioned) a. defeat (enemy, rival, etc) mengalahkan; b. thwart (plan, attempt, etc) menggagalkan; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
jump | lain; impatient to find out how the story ended, she ~ed to the last chapter, krn tdk sabar utk mengetahui kesudahan cerita itu, dia melompat ke bab akhir; 6. rise suddenly, melambung naik, /meningkat, bertambah/ dgn /tiba-tiba, mendadak/; (of price, rent, etc), /melambung, melompat/ naik, naik dgn /tiba-tiba, mendadak/: exports ~ed last year, eksport melambung naik tahun lepas; the population ~ed to 16,000,000, jumlah penduduk meningkat dgn tiba-tiba ke 16,000,000; due to the sudden increase in demand, the price of palm oil ~ed sharply, oleh sebab permintaan bertambah dgn tiba-tiba, harga minyak sawit melambung naik; 7. (of heart) berdebar-debar: her heart ~ed at the sight of him, hatinya berdebar-debar apabila terpandang lelaki itu; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
access | he wanted ~ to the files, dia menghendaki kemudahan melihat fail-fail tersebut; ~ to such informationi, /hak, peluang/ mengetahui maklumat-maklumat demikian; 3. sudden onset, a. (of illness, disease) serangan yg /tiba-tiba, mendadak/: an ~ of fever, serangan demam yg tiba-tiba; b. (of anger, passion, etc) landaan, [often dilanda, melanda]: to suffer from ~es of rage, dilanda perasaan marah yg amat sangat; in an ~ of despair, dlm keadaan putus asa yg melandanya (itu); | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
jump | n 1. leap, lompatan, loncatan: he won with a ~ of seven feet, dia menang dgn lompatan setinggi tujuh kaki; /high, long/ ~, lompat /tinggi, jauh/; 2. obstacle, lompatan, loncatan: the ~s have not been set up yet, lompatan-lompatan itu belum dipasang lagi; 3. sudden rise, /meningkat, bertambah/ dgn /tiba-tiba, mendadak/; (of price, rent, etc), /melambung, meloncat/ naik, naik dgn /tiba-tiba, mendadak/: a ~ in share prices, harga syer yg melambung naik; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
acute | adj 1. keenly perceptive, shrewd, tajam + approp n: an ~ critic, seorang pengkritik yg tajam kritikannya; an ~ businessman, ahli perniagaan yg tajam perkiraannya; 2. sensitive, keen, tajam: an ~ sense of smell, deria bau yg tajam; ~ hearing, pendengaran yg tajam; 3. critical, genting, runcing: an ~ shortage of steel, masalah kekurangan keluli yg genting; 4. intense, amat sangat: ~ distress, kesedihan yg amat sangat; ~ pains in the chest, rasa sakit yg amat sangat di dada; 5. (of illness) akut, mendadak: ~ appendicitis, apendisitis akut; an ~ attack of pneumonia, serangan pneumonia yg mendadak; 6. ( math) a. (of angle) tirus: ~ angle, sudut tirus; b. (of triangle) bersudut tirus. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
Istilah Sumber |
Istilah Sasar |
Bidang |
Subbidang |
Huraian |
peripeteia | peripeteia | Kesusasteraan | Tiada | Perubahan yang mendadak terhadap situasi kehidupan dan nasib sesebuah watak dalam drama. Peripeteia melibatkan kejatuhan sementara dalam komedi yang akan membawa kepada kejayaan dan kemewahan. Konsep ini pertama kali digunakan oleh Aristotle dalam karyanya berjudul The Poetics semasa beliau membincangkan tentang wira tragik dalam drama tragedi. Peripeteia berasal daripada perkataan Yunani yang bermaksud perubahan mendadak. Lihat juga komedi, tragedi. |
acute | akut | Herba | Fitoterapi | Kesakitan teruk yang dialami secara mendadak dalam jangka waktu yang singkat. |
halocline | haloklin | Sains Marin | Tiada | Lapisan air yang mengalami perubahan mendadak nilai kemasinannya berbanding dengan lapisan air di bahagian atas dan bawahnya. Haloklin menyebabkan stratifikasi turus air yang menghalang percampuran air di lapisan atas dan bawah. Contohnya, haloklin yang berlaku di kawasan muara disebabkan kemasukan air tawar dari sungai, seterusnya menghasilkan lapisan air dengan cerun kemasinan yang tinggi. |
xenon transient | fana xenon | Sains Nuklear | Kejuruteraan Reaktor | Peningkatan atau penurunan mendadak kepekatan xenon (penyerap neutron) di dalam teras reaktor nuklear untuk sementara waktu akibat perubahan kuasa reaktor nuklear. |
acute | akut | Kejururawatan | Tiada | Keadaan penyakit yang teruk dan muncul secara mendadak dalam tempoh yang singkat. |
algal bloom | ledakan alga | Perikanan | Akuakultur | Fenomena apabila berlakunya pertumbuhan alga secara mendadak dan mengakibatkan perubahan warna pada air kolam atau sungai. |
thermocline | termoklin | Sains Marin | Tiada | Lapisan air yang cerun suhunya berubah dengan mendadak berbanding dengan lapisan di bahagian atas dan bawahnya. Termoklin menyebabkan stratifikasi turus air yang menghalang percampuran air di lapisan atas dan bawah. |
pycnocline | piknoklin | Sains Marin | Tiada | Lapisan air dengan nilai ketumpatannya berubah secara mendadak berbanding dengan lapisan di bahagian atas dan bawahnya. Piknoklin menyebabkan stratifikasi yang menghalang percampuran turus air di lapisan atas dan bawah. |
diesel knock | ketukan diesel | Kejuruteraan Automotif | Enjin | Bunyi bising disebabkan perubahan tekanan mendadak dalam enjin diesel apabila berlaku pembakaran tidak terkawal. Keadaan ini terjadi apabila enjin tersebut beroperasi dalam keadaan sejuk atau berfungsi dalam kelajuan yang rendah. Ketukan diesel dipengaruhi nombor setana dan pemasaan suntikan lewat. |
deus-ex-machina | dens-ex-machina | Kesusasteraan | Tiada | Alat penceritaan yang digunakan secara mendadak, tidak wajar, kurang munasabah, diada-adakan atau secara paksa. Tujuannya untuk menyelesaikan keadaan sukar yang timbul dalam cerita yang tidak dapat di tangani oleh pengarang dengan meyakinkan. Deus-ex-machina boleh muncul dalam pelbagai bentuk seperti kebetulan yang tidak disangka-sangka, magis, sakti atau kuasa ghaib yang muncul secara tiba-tiba untuk membantu wira yang hampir tewas. Hal ini dianggap satu kelemahan dalam penulisan, biasanya digunakan dengan nada negatif dan sering ditemui dalam melodrama. Deus-ex-machina berasal daripada drama Yunani purba apabila watak tuan diselitkan dalam cerita untuk menyelamatkan situasi yang genting. Tuhan diturunkan ke pentas dengan menggunakan jentera. Deus-ex-machina sering ditemui dalam cerita yang mempunyai plot yang rumit dan berbelit-belit seperti dalam novel Ton Jone (1749) oleh Joseph Fielding dan Bleak House (1852) oleh Charles Dickens. Dalam sastera Melayu, alat penceritaan seperti ini biasa digunakan, dan kehadirannya ditandai dengan frasa, ...maka dengan sekonyong-konyongnya.... Deus-ex-machina berasal daripada perkataan Latin yang bermaksud tuhan jentera. Lihat juga melodrama, plot. |
Kata |
Takrif |
Bahasa |
Tema |
semena, semena-mena | mendadak, sekonyong-konyong, tiba-tiba: lau iyen ~ ujan hari itu hujan mendadak; tapak jegem ~ datang dgn mendadak. | Melanau Mukah | |
dadak | mendadak mandada, mangajut. | kedayan | |
ipiu | belok mendadak, belok tiba-tiba, belok serta-merta; | Melanau Mukah | |
kelijah | tiba-tiba, serta-merta, sekonyong-konyong, segera, mendadak. | Melanau Mukah | |
Bahasa Suku Kaum |
Takrif |
Contoh Ayat |
Rujukan |
Sumber |
monomparoi Tb | adat ketika berhuma. | Hatinya berasa amat geram dengan perubahan yang mendadak itu. Baginya, menanam padi dua kali setahun itu akan melenyapkan adat monomparoi yang sudah dijalankan sejak lama. Lagipun penanaman padi dua kali setahun itu belum pernah dibuat. | Susuk Tingkayu | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
ketam kelitak MSr | sejenis ketam bakau. | Tiba di satu selekoh, Anjang Husin membuat putaran yang mendadak. Beberapa ekor ketam kelitak yang merayap di dahan puncak pokok bakau yang separuh tenggelam, berterjunan ke dalam air bila terkena gegaran ombak dayung Anjang Husin. | Antologi Cerpen Hati | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
tompek ambulung Bj Sm | lempeng sagu. | Mereka yang terdiri daripada embok-embok, ada antaranya belum sembuh daripada sakit pening dan yang amat kepayahan mengunyah tompek ambulung, secara mendadak serentak datang; bagaikan pahlawan kerdil mencabar gerombolan lembaga yang menyerupai wajah Haji Salam itu, yang bagaikan gerombolan gergasi!. | Dari Dalam Cermin | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
embok-embok Bj Sm | datuk, nenek. | Mereka yang terdiri daripada embok-embok, ada antaranya belum sembuh daripada sakit pening dan yang amat kepayahan mengunyah tompek ambulung, secara mendadak serentak datang; bagaikan pahlawan kerdil mencabar gerombolan lembaga yang menyerupai wajah Haji Salam itu, yang bagaikan gerombolan gergasi! | Dari Dalam Cermin | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
Kamus Sains.indb 8/08 11:46:30 AM 93 apoplastogamy (apoplastogami) Pembiakan yang melibatkan pertaupan apoplasmodium, tetapi tidak atau be- lum melibatkan pertaupan nukleus. (BIO) apoplexy (apopleksi) 1. Strok yang terjadi secara mendadak akibat lesi atau kerosakan pembuluh darah di otak seperti perdarahan, trombosis atau embolisme yang ditandai koma dan kelumpuhan. 2. Pendarahan darah dengan banyak dalam organ. (UBAT) aporepressor (aporepresor) Nama khusus ring (gelang putus) 1. Penopengan gelang untuk menutup lubang lebihan. 2. Gelang tanda kedudukan pada ros siling. (KEJ) breakdown (runtuh) Keadaan wujudnya arus elektrik yang besar dan biasanya meningkat secara mendadak dengan penambahan kecil voltan. Keadaan tersebut boleh berlaku antara dua elektrod dalam gas terkurung, tiub gas, atmosfera (sebagai kilat), penebat elektrik dan diod semikonduktor yang pincang songsang. (FIZ) breakdown voltage
|
Kamus Teknologi Maklumat ct.indd komputer. Setelah menjangkiti sektor but, fail asal dalam sektor ini akan dipindahkan ke sektor lain dalam sistem komputer yang akan ditandakan sebagai rosak. Peningkatan kadar sektor storan yang rosak secara mendadak menunjukkan kewujudan virus sektor. Contoh virus sektor ialah BRAIN. Sinonim virus sektor but. virus sektor but (Ig. boot sector virus) Lihat virus sector. virus sektor but induk (Ig. master boot
|
Kata |
Sebutan |
Jawi |
mendadak | [men.da.da/] | مندادق |
Istilah Bahasa Melayu |
Istilah Bahasa Inggeris |
Huraian |
Peringkat |
lonjakan pertumbuhan | growth spurt | Proses pertumbuhan yang berlaku apabila kadar pertumbuhan meningkat secara mendadak. | Menengah Rendah |
metamorfosis | metamorphosis | Perubahan struktur dan fisiologi yang berlaku dalam kitar hidup sesuatu organisma daripada peringkat awal sehingga dewasa, seperti yang berlaku pada serangga dan amfibia. Perubahan ini berlaku secara mendadak atau secara beransur-ansur. Metamorfosis terbahagi kepada metamorforsis tak lengkap dan metamorfosis lengkap. | Menengah Atas |
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata mendadak |
|
|