Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
Mereka sedang menarik tali jaring badminton itu. Perkataan berlawan bagi menarik ialah ( menyorong, melepaskan, mendorong, menghulur ) | Antonim bagi menarik ialah menolak. Bagi perbuatan menarik jaring badminton, antonim bagi perkataan tersebut memasang jaring. | Tatabahasa | 20.07.2013 |
sangat menarik | Makna menarik menurut Kamus Dewan Edisi Keempat ialah memikat (menawan) hati; b) menyukakan (menghiburkan, menggirangkan) hati kerana cantik dll; c) menimbulkan atau membangkitkan rasa kasih (sayang, ingin, dll). | Makna | 10.12.2009 |
Soalan lain beritan dengan karangan Bagaimanakah menulis karangan yang lebih menarik Bolehkah saya tahu akan beberapa tip menulis karangan yang menarik | Untuk menghasilkan karangan yang lebih menarik, puan disarankan supaya membaca lebih banyak bahan bacaan ilmiah dan kerap membuat latihan menulis karangan. Dalam karangan bahasa Melayu, terdapat beberapa aspek utama, iaitu pendahuluan, isi dan penutup. Karangan yang menarik lazimnya terletak pada kekuatan wacana yang dikupas dan diolah, disokong dengan pembentukan ayat yang kreatif dan berkesan melalui kosa kata yang tepat, serta mempunyai pengetahuan tentang frasa-frasa menarik seperti peribahasa dan kata-kata hikmah. Puan juga boleh merujuk buku berkaitan penulisan karangan seperti buku Petua Pintar Karangan Cemerlang, Dewan Bahasa dan Pustaka, 2017; buku Siri Pendidikan Bahasa: Cara Terbaik Menulis Karangan SPM, Abdul Ghalib Yunus, ALex Leong Jun Wei, Wong Hooi Mun, Dewan Bahasa dan Pustaka, 2019; Seni mengarang (penulisan karangan KBSM, popular, ilmiah: Panduan untuk pelajar, guru, mahasiswa, wartawan, editor, pekerja) Sulaiman Masri Karisma, Publications 2004; buku Perlakuan dan proses menulis karangan bahasa Melayu, Marohaini Yusoff, Penerbit Universiti Malaya 2004.
| Lain-lain | 14.01.2021 |
bunyi hembusan seruling itu menarik sekali. tuan..adakah kesalahan dalam ayat ini? tq | Ayat yang betul ialah 'Bunyi tiupan seruling itu menarik sekali.' atau 'Bunyi seruling itu menarik sekali.' | Tatabahasa | 18.09.2011 |
Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Maaf, saya ingin bertanya tentang banyak tempat menarik atau banyak tempat-tempat menarik? Mohon penjelasan lanjut daripada pihak DBP. Sekian, terima kasih. | Waalaikumsalam, Jawapan yang betul ialah banyak tempat menarik Banyak merupakan kata sifat. Banyak bermaksud jumlah yang besar. Tempat-tempat merupakan kata adjektif ganda. Untuk keterangan lebih lanjut, saudari boleh rujuk Tatabahasa Dewan edisi ketiga di halaman 239. | Tatabahasa | 21.05.2020 |
Pemancing itu .........(menyentak/menarik/merentap/merenggut) kailnya apabila umpan kailnya diragut ikan. Pilihan jawapan yang mana satu yang paling tepat kerana apabila saya merujuk kamus maksud kesemua perkataan berkenaan hampir sama terutama menyentak/ merentap dan merenggut. Terima kasih. | Saudara, Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat: Menyentak bermaksud menarik kuat-kuat, merengkuh, merenggut: disentak-nya nyiur gading dr mulut ular itu dgn tangan kiri; 2. menarik dgn pantas (keris, pedang, dll), mencabut, menyendal: maka Terung Pipit disentaknyalah keris panjang, dilambungnya naik ke perahu; 3. menarik (mengecut, mengendur) dgn tiba-tiba: mesti-lah ada sebab otot itu ~ semasa tersentuh pd tembaga atau besi Menarik pula membawa maksud 1. menghela supaya bergerak ke arah diri sendiri (maju ke hadapan, keluar, tercabut, dll), menyentak, menyeret: ~ perahu ke darat; Merentap bermaksud menarik dgn paksa atau kekerasan, menyentak, merenggut: dgn marah, ia ~ tangan gadis itu; Manakala, merenggut didefinasikan sebagai 1. menarik (mengambil, mencabut, menyentak, merebut) dgn kekerasan, merampas: perompak itu ~ beg dr tangannya; Ratna dgn tiba-tiba ~ surat khabar yg sedang dibaca Mansor; 2. meraih, merengkuh: ~ dayung; ~ kaki menarik-narik kaki, hampir mati. Seperti yang diterangkan oleh saudara, ketiga-tiga perkataan iaitu menyentak, merentap dan merenggut memiliki maksud yang hampir sama, jadi ketiga-tiga perkataan tersebut boleh digunakan dalam konteks ayat tersebut. | Tatabahasa | 05.08.2012 |
Perkataan 'menarik' dalam Jawi Za'ba dieja sebagai . manakala, dalam ejaan Jawi Moden dieja sebagai . boleh saya tahu mengapa huruf kaf berubah menjadi qaf di akhir ? | Sistem Ejaan Jawi Baharu menyelaraskan sistem ejaan Jawi bagi memudahkan pembelajaran. Ejaan kata jati Melayu dibezakan dengan kata pinjaman/kata asing. Kata jati Melayu diselaraskan ejaannya seperti dan dengan kata pinjaman seperti dan . | Ejaan | 24.05.2021 |
RAMAI yang menarik nafas lega apabila kerajaan mengumumkan penangguhan pengambilalihan 51 peratus kepentingan dalam Institut Jantung Negara (IJN) oleh konglomerat Sime Darby Berhad. Apakah maksud 'konglomerat' ? | Konglomerat ialah firma perniagaan yg besar yg terdiri drpd gabungan beberapa syarikat dgn tujuan utk meningkatkan kecekapan melalui fungsi pemasaran, agihan, dan pembelian. | Istilah | 20.12.2008 |
Pak Mamat dan kawannya berusaha______ bangkai lembu yang telah dilanggar di tengah jalan tersebut. A menarik B menghela C mengheret D menyorong ( tuan, apakah jawapan yang paling sesuai?) tq | Ayat ini perlu disertai dengan visual ceritanya kerana menarik bermaksud menghela supaya bergerak ke arah diri sendiri; mengheret bermaksud menarik (dengan paksa), menghela (dengan kuat), atau menyeret menarik sesuatu (dengan bergeser di tanah) dan menyorong bermaksud menolak ke hadapan. Tanpa berpandukan kepada visual, pada pendapat kami jawapan ayat tersebut ialah mengheret atau menyorong. | Tatabahasa | 20.07.2011 |
perbezaan antara maksud perkataan 'persona' dan 'pesona' | Pesona ialah kata Melayu yang bermaksud: guna-guna, mantera, sihir, fitnah. mempesona: memikat (menarik) hati, sangat menarik perhatian: Persona ialah kata Inggeris (daripada bahasa Sepanyol) dan tidak terdapat dalam bahasa Melayu. | Makna | 03.07.2009 |
|
Puisi |
---|
|
Sayang Cik Mat anak seorang, Pandai menarik kaki dulang; Lautan besar saya harung, Ini pula kekasih orang.
Lihat selanjutnya... |
|