Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Artikel ; Dialek ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Khidmat Nasihat
Soalan Jawapan Jenis Soalan Tarikh Soalan
Penggunaan memek muka dapat membantu keberkesanan komunikasi. Memek muka, mimik muka atau ada perkataan lain?Memek muka ialah kerut muka seseorang kerana sesuatu perasaan sama ada hendak menangis, risau, geli hati dan sebagainya. Menurut rujukan kami, tiada perkataan lain selain memek muka.Lain-lain19.01.2009
assalamualaikum... saya ingin mengetahui apa yang dimaksudkan dengan ekstralinguistik? apakah benar ia bukan bahasa lisan tetapi merupakan bahasa gerak bahadan atau memek muka? minta penjelasan dan laman sesawang yang boleh saya rujuk. terima kasih

Konteks ekstralinguistik ialah konteks yang buka berupa unsur-unsur bahasa. Konteks ekstralinguistik itu mencakup praanggapan, pelaku (orang yang terlibat dalam peristiwa komunikasi berbahasa termasuklah penutur dan pendengar), topik, latar (tempat, waktu dan peristiwa komunikasi), saluran (ragam bahasa dan sarana yang digunakan dalam penggunaan wacana) dan kod (bahasa yang digunakan dalam wacana). Untuk maklumat lanjut rujuk buku/makalah yang berkaitan, antaranya  Unsur-unsur Ekstralinguistik dalam Pemelajaran Bahasa, Noor Aina Dani, Pelita Bahasa, Jun 1988.

Lain-lain03.11.2010
1
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata memek